24/09/2024
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KINDING PERDANA
22 SEPTEMBER 2024 (AHAD)
TAMAN KINDING PERDANA, TANJUNG RAMBUTAN, IPOH,
PERAK.
PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA AJK DAN PENDUDUK TAMAN KINDING PERDANA.
Tujuan gotong royong ini dilaksanakan bagi membenteras nyamuk aedes, haiwan berbisa serta mencegah jenayah bagi menjamin kebersihan dan keselamatan keluarga tercinta
Gotong royong ini akan diadakan secara berperingkat-peringkat dan akan dimaklumkan kepada penduduk dari semasa ke semasa.
Selain daripada itu, aktiviti ini juga memupuk sikap kejiranan, berkerjasama, bersatu padu serta menjalinkan ukhwah sesama penduduk.
Terima kasih kepada semua AJK dan penduduk yang memberi sokongan dan meluangkan masa bagi menjayakan program gotong- royong.