FB Masjid Jamek Tanjung Rambutan

FB Masjid Jamek Tanjung Rambutan Facebook Masjid Jamek Tanjung Rambutan diwujudkan bagi menyalurkan maklumat dan kegiatan semasa masjid kepada ahli kariah khususnya dan masyarakat amnya.

01/06/2026

Kuliah Maghrib
Isnin 1/6/26
Af Ust Hj Ahmad Nizam
📚 Fiqus Sirah

31/05/2026

Kuliah Maghrib
Ahad 31/5/26
Af Ust Abd Halim Abd Majid
📚 Tafsiran Al' Quran Abrur Athir

28/05/2026

Sebahagian aktiviti Qurban diMJTR -Khamis 28/5/26 bersamaan
11 Zulhijjah 1447H....

28/05/2026
28/05/2026

Video -video pendek ketika Majlis Qurban diMJTR..

MAJLIS QURBAN MASJID JAMEK TANJONG RAMBUTAN MERIAH DENGAN PENYERTAAN PENDUDUK SETEMPATTANJONG RAMBUTAN, 28 Mei 2026 – Ma...
28/05/2026

MAJLIS QURBAN MASJID JAMEK TANJONG RAMBUTAN MERIAH DENGAN PENYERTAAN PENDUDUK SETEMPAT

TANJONG RAMBUTAN, 28 Mei 2026 – Majlis Qurban anjuran Masjid Jamek Tanjong Rambutan telah berlangsung dengan penuh meriah pada pagi Khamis, 28 Mei 2026 bersamaan 11 Zulhijjah 1447H di perkarangan kawasan masjid tersebut.

Sebanyak 12 ekor lembu telah dikorbankan dalam majlis berkenaan hasil kerjasama ahli jawatankuasa masjid, para sukarelawan serta ahli kariah yang hadir seawal pagi bagi menjayakan ibadah korban tahunan itu.

Menariknya, seekor daripada lembu yang dikorbankan merupakan sumbangan daripada Parlimen Tambun yang telah dihadiahkan khas untuk menyediakan juadah sup kepada para petugas dan hadirin pada hari tersebut.

Suasana gotong-royong jelas dapat dilihat apabila para peserta bersama-sama menjalankan kerja-kerja penyembelihan, melapah, memotong serta membungkus daging korban ke dalam plastik untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan penduduk yang memerlukan di sekitar kawasan Tanjong Rambutan.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua AJK, sukarelawan dan ahli kariah yang telah memberikan kerjasama dan tenaga dalam memastikan majlis berjalan lancar serta mencapai objektif ibadah korban dan semangat kebersamaan dalam komuniti setempat.

Majlis berakhir pada tengah hari dalam suasana harmoni dan penuh semangat ukhuwah sesama masyarakat setempat.

Pada hari Isnin, 25 Mei 2026 bersamaan 8 Zulhijjah 1447H, telah berlangsung satu majlis ringkas penyerahan sumbangan kep...
25/05/2026

Pada hari Isnin, 25 Mei 2026 bersamaan 8 Zulhijjah 1447H, telah berlangsung satu majlis ringkas penyerahan sumbangan kepada Tabung Palestine berjumlah RM6,650.00 di Masjid Jamek Tanjong Rambutan.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Masjid Jamek Tanjong Rambutan iaitu En.Janahuddin kepada Af Ust Cikgu Mohd Azmi Hamid.
Majlis berlangsung dalam suasana penuh sederhana dan penuh keinsafan selepas AF Ust Cikgu Mohd Azmi Hamid selesai menyampaikan kuliah Maghrib yang menyentuh mengenai keadaan umat Islam di seluruh dunia secara umum, serta memberi penekanan khusus terhadap penderitaan rakyat Palestine di Gaza yang terus menghadapi pelbagai ujian dan penindasan.
Semoga sumbangan yang dihulurkan ini menjadi tanda solidariti, kasih sayang dan keprihatinan umat Islam dalam membantu saudara-saudara kita di bumi Palestine.

25/05/2026

Kuliah Maghrib
Isnin 25/5/26
Af Ust Cikgu Mohd Azmi Hamid
📚 Isu Selasa Palestine

24/05/2026

Kuliah Maghrib
Ahad 24/5/26
Af Ust Amirul Asyraf
📚Dosa-Dosa Besar

23/05/2026

Kuliah Maghrib
Sabtu 23/5/26
Af Ust Khairul Azhar Abd Aziz
📚 Tafsir Surah Al-Waqiah

Address

Jalan Besar
Tanjung Rambutan
31250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FB Masjid Jamek Tanjung Rambutan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to FB Masjid Jamek Tanjung Rambutan:

Share