Project Obesity Awareness

Project Obesity Awareness Obesity Awareness � • Health • Wellness • Lifestyle Small steps, big changes!

09/01/2026

Setiap hari kita lihat berita tentang kesihatan.
Tapi… sejauh mana kita benar-benar ambil peduli?

Video ini sebagai satu peringatan kecil — tentang diri kita, pilihan kita dan kesihatan kita.✅

📌 Tonton video ini sampai habis.
Mungkin ia buat kita berfikir.
Mungkin juga ia jadi langkah pertama ke arah perubahan.

📝 Kami amat hargai jika anda dapat luangkan sedikit masa untuk beri maklum balas melalui Google Form (link di ruangan komen).
Pandangan anda sangat bermakna untuk penambahbaikan dan kesedaran bersama 💬✨

Sampai Jumpa di lain masa, Terima kasih support kami semua 💗🥹





09/01/2026

Diet ekstrem: Solusi atau Ilusi? Dapatkan jawapannya dalam podcast kali ini.❓❓

Bersama-sama kita mencari dan merungkai kepada persoalan ini🧐






08/01/2026

Pernah dengar tentang OMAD dan IF?
Adakah ia berkesan atau sekadar trend semata-mata? Jom dengar perbincangan santai kami tentang pengurusan obesiti secara bijak. 🎙️✨





08/01/2026

Sejauh mana kita benar-benar faham tentang obesiti? Apakah langkah terbaik untuk menghindari penyakit obesiti?🤷🏼‍♀️

Dapatkan jawapannya dalam episod podcast kali ini. Klik dan dengarkan sekarang. 🎧📢





07/01/2026

Jom borak tentang obesiti tanpa stigma dan tanpa menghukum. Dengarkan podcast kami dan mula ambil peduli tentang kesihatan diri🎙️✨





06/01/2026

⚠️ Obesiti bukan sekadar isu penampilan — ia isu kesihatan serius.

Video ini memaparkan realiti bagaimana obesiti menyebabkan seseorang cepat letih serta meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan masalah jantung.

📽️ Jom tonton video ini bersama-sama
Kerana obesiti membawa padah…
Cegah sebelum terlambat.💔

Kesedaran hari ini, kesihatan untuk masa depan 💪✨





02/01/2026

Obesiti bukan sekadar isu berat badan tetapi hasil gabungan faktor pemakanan, aktiviti fizikal dan persekitaran.

Cuba korang senaraikan faktor- faktor mempengaruhi obesiti yang ada dalam klip video ni 🤔





01/01/2026

Video ini membuka ruang untuk kita faham obesiti dengan lebih tepat.

Ikuti kempen kami untuk perkongsian seterusnya! 💪🏻

Tahukah anda?Ramai orang dewasa di Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.Keadaan ini boleh menin...
31/12/2025

Tahukah anda?
Ramai orang dewasa di Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
Keadaan ini boleh meningkatkan risiko kepada pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan masalah jantung.

Namun, obesiti boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Mulakan hari anda dengan lebih banyak bergerak, kurangkan duduk terlalu lama dan sasarkan 10,000 langkah sehari 🚶‍♂️🚶‍♀️

Jom berubah. Kekal aktif demi kesihatan diri dan keluarga.

👉🏻 Ikuti kempen kami dan bersama-sama amalkan gaya hidup sihat! Jangan lupa Follow, Like dan Share 👍🏻
💪🏻

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

31/12/2025

Video ini bermula dengan realiti yang sukar didengar.
Dan berakhir dengan harapan yang kita semua perlukan.

Obesiti bukan tentang rupa.
Ia tentang pilihan, gaya hidup, dan masa depan.

Mahasiswa UPSI,
ini bukan pengakhiran — ini permulaan.

⏳ Stay tuned

Address

Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim
35900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Project Obesity Awareness posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share