Persatuan Amal Kebajikan Rakyat Muallim

Persatuan Amal Kebajikan Rakyat Muallim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Amal Kebajikan Rakyat Muallim, Non-Governmental Organization (NGO), Tanjung Malim.

03/08/2026

Kekurangan bukan penghalang untuk berjaya. Semoga anak-anak PDK UPSI terus berani bermimpi, menimba ilmu dan membina masa depan yang lebih cerah. Teruskan melangkah, kerana setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. ❀️

Bunga mekar di tepi laman,
Harum mewangi setiap hari.
Teruslah belajar bina impian,
Insya-Allah berjaya nanti.

USAHAWANITA OKU JADI INSPIRASI DALAM KURSUS AISKRIM BATANG VIRAL ANJURAN AKAR DAN PDK UPSITANJONG MALIM, 2 Ogos 2026 – "...
03/08/2026

USAHAWANITA OKU JADI INSPIRASI DALAM KURSUS AISKRIM BATANG VIRAL ANJURAN AKAR DAN PDK UPSI

TANJONG MALIM, 2 Ogos 2026 – "Kekurangan bukan penghalang untuk berjaya." Itulah mesej yang dizahirkan menerusi Kursus Aiskrim Batang Viral anjuran Persatuan Amal Kebajikan Rakyat Muallim (AKAR) dengan kerjasama PDK UPSI, yang berjaya menghimpunkan 30 peserta terdiri daripada murid-murid PDK UPSI, ahli AKAR dan warga komuniti.

Majlis telah diraamikan kan oleh Tok Pat Raja, Ketua Kampung Simpang 4. Turut hadir memberikan sokongan ialah Pengerusi AKAR, Tuan Saiful Zizuan Mahayuddin, serta Ketua Biro Wanita AKAR, Puan Junaida Jamaludin, sebagai tanda komitmen AKAR dalam memperkasa keusahawanan dan pembangunan komuniti yang inklusif dan Biro OKU & WARGA EMAS Puan Farah dan urusetia terlibat

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang menjana pendapatan melalui bidang keusahawanan, khususnya dalam penghasilan aiskrim batang sebagai salah satu peluang perniagaan yang berpotensi dan boleh diusahakan dari rumah dengan modal yang berpatutan.

Keistimewaan program ini ialah perkongsian ilmu daripada Puan Farizan, seorang usahawanita OKU yang berjaya membina perniagaan aiskrim batang dari rumah. Beliau berkongsi pengalaman, cabaran serta perjalanan membangunkan perniagaan sehingga berjaya menjana pendapatan sendiri. Kisah beliau membuktikan bahawa kekurangan fizikal bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan apabila disertai dengan usaha, kesungguhan dan semangat yang tinggi.

Sepanjang kursus, para peserta didedahkan dengan teknik penyediaan aiskrim batang, pemilihan bahan mentah, penyediaan resipi, kaedah pembungkusan, penyimpanan produk serta strategi pemasaran sebagai persediaan untuk memulakan perniagaan sendiri.

Program ini bukan sahaja memberi ilmu dan kemahiran baharu kepada peserta, malah menjadi platform untuk meningkatkan keyakinan diri, khususnya dalam kalangan murid-murid PDK UPSI. Perkongsian daripada seorang usahawanita OKU yang telah membuktikan kejayaannya menjadi inspirasi kepada peserta bahawa setiap individu mempunyai peluang untuk berdikari serta menjana pendapatan tanpa mengira kekurangan yang dimiliki.

AKAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDK UPSI, Tok Pat Raja, Puan Farizan, para sukarelawan dan semua peserta yang telah menjayakan program ini. Diharapkan jalinan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing, sekali gus memperkasakan golongan OKU dan warga komuniti melalui bidang keusahawanan.

04/07/2026

πŸ”₯ TINGGAL 10 KEKOSONGAN SAHAJA! πŸ”₯
(Terhad kepada 20 peserta sahaja)

πŸ₯œ Jom sertai Kelas Usahawan Kacang Tojen!

Nak cari pendapatan tambahan? Nak belajar buat kacang tojen yang sedap dan boleh dijual? Ini peluang anda!

βœ… Belajar dari A hingga Z
βœ… Resipi premium yang terbukti sedap
βœ… Teknik pembungkusan & branding
βœ… Tips pemasaran untuk mula berniaga

πŸ“… 11 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•’ 3.00 Petang hingga selesai
πŸ“ Bengkel Ohana Mewah Niaga, No. 55, PPSK FELCRA Serigala, Slim River

πŸ’° Yuran:
πŸ‘₯ Ahli AKAR – RM10
πŸ‘₯ Bukan Ahli – RM15

⚠️ Terhad 20 peserta sahaja! Sekarang tinggal 10 kekosongan. Siapa cepat, dia dapat tempat!

πŸ“ž Daftar sekarang:
πŸ“² Puan Anis – 011-2431 8709
πŸ“² Puan Junaida – 017-478 6270

Belajar hari ini, mula jana pendapatan esok! πŸ’ͺπŸ₯œ

AKAR HEBAT β€’
AKAR MANTAP β€’
AKAR BERMANFAAT

πŸ₯œ KELAS Rm15 sahaja?      Dapat ilmu😍😍😍😍😍Jom sertai Kelas Usahawan Kacang Tojen!Belajar A hingga Z dan mula jana pendapa...
03/07/2026

πŸ₯œ KELAS Rm15 sahaja?
Dapat ilmu😍😍😍😍😍

Jom sertai Kelas Usahawan Kacang Tojen!
Belajar A hingga Z dan mula jana pendapatan sendiri.

πŸ“… 11 Julai 2026
⚠️ Tempat terhad. Daftar sekarang!

πŸ“² WhatsApp:
011-2431 8709 (Puan Anis)
017-478 6270 (Puan Junaida

24/06/2026

SELAMAT HARI BAPA 2026 πŸ’™πŸ’›

PEJUANG AKAR, TONGGAK KELUARGA, NADI KOMUNITI

Sempena Hari Bapa, Pejuang AKAR memilih untuk bukan sekadar meraikan, tetapi turun padang membantu membaik pulih rumah asnaf sebagai tanda kasih, keprihatinan dan tanggungjawab kepada masyarakat.

Dengan semangat gotong-royong, para sukarelawan berganding bahu membaiki atap rumah, menyediakan juadah dan menghulurkan tenaga demi memastikan sebuah keluarga dapat menikmati kediaman yang lebih selesa dan selamat.

Bukan sekadar sambutan, tetapi silaturahim yang berpanjangan. Setiap keringat yang dicurahkan bukan hanya membina sebuah rumah, malah mengeratkan ukhuwah, menyemai kasih sayang dan menyuburkan semangat kebersamaan dalam komuniti.

Terima kasih kepada semua ayah dan Pejuang AKAR yang terus menjadi contoh teladan melalui pengorbanan, kasih sayang dan khidmat bakti. Semoga setiap usaha yang dilakukan menjadi amal jariah serta membawa sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.

"Bukan sekadar sambutan, tetapi silaturahim yang berpanjangan."

UCAPAN MAAL HIJRAH 1448HAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam.Sem...
17/06/2026

UCAPAN MAAL HIJRAH 1448H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita berhijrah ke arah yang lebih baik dalam setiap aspek kehidupan. Marilah kita memperkukuhkan keimanan, memperbanyakkan amal kebajikan, memelihara perpaduan serta menyemai nilai kasih sayang sesama insan.

Semoga semangat hijrah Rasulullah SAW menjadi inspirasi untuk kita terus melangkah dengan penuh keazaman, memperbaiki diri, berkhidmat kepada masyarakat dan menyumbang kepada kesejahteraan ummah.

"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati."

Ikhlas daripada,
En. Saiful Zizuan Mahayuddin
Pengerusi
Persatuan Amal Kebajikan Rakyat Muallim (AKAR)

Salam Maal Hijrah 1448H.
Hijrah Membina Insan, Kebajikan Memperkasa Masyarakat.

Biro Kebajikan & Prihatin RakyatBiro Kesukarelawanan NGO AKARAHAD INI KAMI TURUN PADANG! ❀️🏠"Bukan sekadar membaiki bumb...
16/06/2026

Biro Kebajikan & Prihatin Rakyat
Biro Kesukarelawanan NGO AKAR

AHAD INI KAMI TURUN PADANG! ❀️🏠

"Bukan sekadar membaiki bumbung, tetapi mengukuhkan harapan sebuah keluarga."

Misi Prihatin AKAR bersama RELA Muallim berganding bahu membantu keluarga asnaf melalui kerja-kerja membaik pulih kediaman demi keselesaan dan kesejahteraan mereka yang memerlukan.

Terima kasih atas segala sumbangan, sokongan dan keprihatinan daripada YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Tanjong Malim, serta YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam menjayakan misi kebajikan ini.

Setiap sumbangan membawa makna, setiap usaha menghadirkan senyuman.
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

MADANI Bekerja, Rakyat Disantuni.
AKAR Γ— RELA – Bersatu Berbakti, Ikhlas Berkhidmat.




















08/06/2026

"SKUAD AKAR – SENTIASA SIAGA, APABILA DIPERLUKAN."

🀝 Bersedia menghulurkan bantuan, menyantuni masyarakat dan berbakti dengan penuh keikhlasan demi kesejahteraan bersama.

πŸ’›πŸ–€

05/06/2026

"Alhamdulillah, satu lagi langkah dalam memperkukuhkan khidmat masyarakat. Penerimaan Sijil CDA ini menjadi simbol amanah, komitmen dan semangat untuk terus berbakti tanpa batasan."


Address

Tanjung Malim

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Amal Kebajikan Rakyat Muallim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share