JPKK BEROP Tanjong MALIM

JPKK BEROP Tanjong MALIM Pengurusan Dan Aktiviti Kampung Berop/ Kampung Mogah / Kampung Simpang 4 Luar & Dalam

KORBAN MADANI KAMPUNG SIMPANG 4 TG MALIM, PERAK.7 JUNE 2025 / PADANG KG. SIMPANG 4 /  9 PAGIAlhamdulillah ibadah korban ...
08/06/2025

KORBAN MADANI KAMPUNG SIMPANG 4 TG MALIM, PERAK.

7 JUNE 2025 / PADANG KG. SIMPANG 4 / 9 PAGI

Alhamdulillah ibadah korban telah selesai dengan jayanya hasil dari kerjasama penduduk kampung yang di ketuai Pengerusi JPKK Kg Berop Tuan Raja Mohd Nor bersama JK Surau Kg Simpang 4 serta penduduk Kampung.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kamil Munim atas sumbangan lembu korban serta penduduk-penduduk kampung yang menyertai korban.

Semoga ibadah kita ini diterima dan diberkati Allah Swt.

Alhamdulillah Program Sejati Madani JPKK Kampung Berop “ Madu Kelulut “ dengan rasminya telah bermula.
12/09/2024

Alhamdulillah Program Sejati Madani JPKK Kampung Berop “ Madu Kelulut “ dengan rasminya telah bermula.

Alhamdulillah dan terima kasih Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim khususnya PLB kerana meluluskan projek tebatan dan baiki...
12/09/2024

Alhamdulillah dan terima kasih Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim khususnya PLB kerana meluluskan projek tebatan dan baiki tebing Sungai Bernam di Kampung Simpang Empat Dalam.






Taman Bernam/ 23 Ogos 2024Bersama En Hayat Pegawai JKM Slim River menyerahkan bantuan dri JKM Slim River untuk keluarga ...
23/08/2024

Taman Bernam/ 23 Ogos 2024

Bersama En Hayat Pegawai JKM Slim River menyerahkan bantuan dri JKM Slim River untuk keluarga yang amat memerlukan.

InsyaAllah kita bantu keluarga ini untuk dapatkan bantuan bulanan dari JKM.

KURSUS PEMANTAPAN PERSONALITI PEMIMPIN DESA BIL. 3/2024 (NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN & NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS)Kursu...
23/08/2024

KURSUS PEMANTAPAN PERSONALITI PEMIMPIN DESA BIL. 3/2024 (NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN & NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS)

Kursus Pemantapan Personaliti Pemimpin Desa sedang berlangsung bermula 29 hingga 31 Julai di Hotel Excelsior, Ipoh, Perak.

Kursus Pemantapan Personaliti Pemimpin Desa adalah kursus lanjutan daripada Kursus Kepimpinan MyDesa yang bertujuan antara lain untuk meningkatkan kefahaman kepada pemimpin kampung tentang kepentingan sikap, pemikiran dan perlakuan yang positif dalam kepimpinan.

Peserta yang hadir adalah merupakan pemimpin desa dari Negeri Perak dan Negeri Sembilan.

Seramai 56 orang peserta dari Negeri Perak iaitu Larut Matang, Kerian, Batang Padang, Kuala Kangsar, Kinta, Manjung, Hilir Perak dan Muallim.

Manakala peserta dari Negeri Sembilan p**a seramai 44 orang dari daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Jempol dan Kuala Pilah.

Sumber Foto: Bahagian Pengurusan Desa dan Pemerkasaan Komuniti (BDPK), INFRA.






Mesyuarat Pengerusi JPKK Muallim.6 Ogos 2024 / PPSK Felcra Seri GalaAlhamdulillah banyak isu yang telah dibincangkan dan...
23/08/2024

Mesyuarat Pengerusi JPKK Muallim.

6 Ogos 2024 / PPSK Felcra Seri Gala

Alhamdulillah banyak isu yang telah dibincangkan dan telah dirancang dengan baik.

14 Ogos 2024 , Pejabat Daerah Muallim. 'Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana sepakat' ungkapan Ybrs Tuan Pe...
23/08/2024

14 Ogos 2024 , Pejabat Daerah Muallim.

'Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana sepakat' ungkapan Ybrs Tuan Pegawai Daerah Muallim kepada semua Pengerusi JPKK Daerah Muallim sempena dengan kunjung hormat mereka bertemu Ybrs Tuan Pegawai Daerah Muallim.

Sesi kunjung hormat tersebut yang diuruskan oleh Ybrs Tuan Ketua Penolong Pegawai Daerah Muallim serta Bahagian Pembangunan Luar Bandar turut membincangkan beberapa isu khususnya isu bencana di Daerah Muallim.

Sebagai 'buah tangan' kepada kunjung hormat tersebut, setiap Pengerusi JPKK diberikan bendera sempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara.

CnP Pages Pejabat Tanah.

18 Ogs 2024 / UPSIMenghadiri  Program Sentuhan Kasih Desa Madani, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sempena bulan ke...
23/08/2024

18 Ogs 2024 / UPSI

Menghadiri Program Sentuhan Kasih Desa Madani, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sempena bulan kemerdekaan 2024.

Dua acara turut berlangsung iaitu Kembara Merdeka & Eksplorasi Desa.

Saya menghadiri program ceramah “ Islam kesederhanaan dalam kontroversi hari ini” yang disampaikan oleh Dato’ Dr Afifi A...
23/08/2024

Saya menghadiri program ceramah “ Islam kesederhanaan dalam kontroversi hari ini” yang disampaikan oleh Dato’ Dr Afifi Al-Akiti, Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan Upsi.

Serahan Kerusi roda kepada penduduk Kg Berop.Semoga Keluarga ini dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan.
23/08/2024

Serahan Kerusi roda kepada penduduk Kg Berop.

Semoga Keluarga ini dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan.

Address

No 53 , Kampung Simpang 4
Tanjung Malim
35900

Telephone

+60186617133

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK BEROP Tanjong MALIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share