23/09/2026
PERMOHONAN SKIM BANTUAN YURAN PENGAJIAN PROGRAM PASCASISWAZAH ✨🎓
Semester 1, Sesi 2026/2027
Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) UPSI membuka peluang kepada pelajar yang layak untuk memohon Skim Bantuan Yuran Pengajian Program Pascasiswazah bagi Semester 1, Sesi 2026/2027.
📝 Kaedah Permohonan:
1️⃣ Lengkapkan borang permohonan yang boleh dicetak melalui laman sesawang WEZAS atau Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI.
2️⃣ Hantar borang yang lengkap kepada Pejabat Institut Pengajian Siswazah (IPS) sebelum atau pada:
📅 2 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 5.00 petang
📞 Sebarang pertanyaan:
Hotline Zakat WEZAS: 017-208 2453
Jangan lepaskan peluang ini! 🌟
Semoga bantuan yang disediakan dapat meringankan beban kewangan dan membantu mahasiswa meneruskan pengajian dengan lebih lancar.