01/11/2024
DIRGAHAYU TUANKU
Daulat Tuanku! Sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, kami dari Sekretariat Kebajikan Siswa FSK (Sejiwa@FSK) menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah. Semoga Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, keberkatan dalam memerintah, dan kebijaksanaan dalam memimpin negeri Perak yang tercinta ke arah kemakmuran, perpaduan, dan kesejahteraan yang berterusan. Kami berdoa agar Tuanku sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, diberi kekuatan untuk membawa kemajuan dan kegemilangan kepada negeri Perak. Daulat Tuanku!
"Kebajikan Terjaga, Hidup Sejahtera"