Karnival Sukan Rakyat Tanjong Karang

Karnival Sukan Rakyat Tanjong Karang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Karnival Sukan Rakyat Tanjong Karang, Non-Governmental Organization (NGO), Jalan Nilam 1, Taman Nilam, Tanjung Karang.

Sejarah KASURA

Karnival Sukan Rakyat Dun Permatang (KASURA) telah di asaskan oleh Tuan Haji Mohd Yahya Bin Mat Sahri dan dilaksanakan oleh En Nasir Bin Faroji bermula tahun 2008 di Kampung Seri Tiram Jaya.

AKU DULU.... ⚽️Dulu-dulu, bola sepak antara sukan yang paling popular di kampung. Zaman ketika media sosial belum wujud,...
09/08/2026

AKU DULU.... ⚽️

Dulu-dulu, bola sepak antara sukan yang paling popular di kampung. Zaman ketika media sosial belum wujud, tiada telefon pintar di tangan. Petang-petang, kita keluar rumah dan berkumpul di padang untuk menyaksikan pasukan kampung beraksi.

Padangnya mungkin tidaklah secantik mana. Serba sederhana, tetapi semangatnya luar biasa. Ada sorakan, ada gelak tawa, ada usik-mengusik dan paling penting, ada semangat kebersamaan.

Masing-masing datang memberi sokongan kepada pasukan pilihan. Menang atau kalah, kita tetap bersama. Ketika itu, bola sepak bukan sekadar permainan, tetapi menjadi satu cara untuk kita berkumpul, berkenalan dan mengeratkan silaturahim sesama masyarakat.

Hari ini, Pak Ya berkesempatan mengimbau kembali suasana tersebut apabila bersama-sama menyaksikan perlawanan bola sepak di Padang Kampung Sungai Gulang-Gulang.

Melihat anak-anak muda beraksi di padang, terasa seperti kembali seketika ke zaman dahulu.

Mungkin padangnya berubah, zaman pun berubah… tetapi semangat kebersamaan itu biarlah terus kita pertahankan.

Inilah kenangan yang tidak ternilai. ⚽️❤️

KENANGAN YANG TAKKAN TERPADAM ❤️Hari ini, Kampung Bukit Belimbing kembali meriah dengan penganjuran Sukan Kampung Bukit ...
09/08/2026

KENANGAN YANG TAKKAN TERPADAM ❤️

Hari ini, Kampung Bukit Belimbing kembali meriah dengan penganjuran Sukan Kampung Bukit Belimbing yang menghimpunkan seluruh lapisan masyarakat — daripada kanak-kanak, belia, golongan dewasa sehinggalah warga emas.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan. Ada yang berlari, bermain, bersorak, bergurau dan paling penting, ketawa bersama-sama. Sejenak, kita lupakan kesibukan dan segala masalah dunia, lalu menikmati masa yang penuh dengan keceriaan bersama keluarga, sahabat dan jiran tetangga.

Inilah indahnya sebuah kampung. Bukan sekadar berkumpul untuk bersukan, tetapi mencipta memori, mengeratkan silaturahim dan menyatukan hati seluruh warga kampung.

Pak Ya berkesempatan menyantuni penduduk setempat dan turut bersama-sama memeriahkan program yang penuh dengan kemesraan dan keceriaan ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada AJK serta JPKK Kampung Bukit Belimbing atas usaha menganjurkan program sebegini. Semoga aktiviti seperti ini dapat terus diadakan dan menjadi wadah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk.

Hari ini kita berkumpul, bergelak dan mencipta cerita.
Esok, semuanya akan menjadi kenangan yang takkan terpadam. ❤️

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT – PEMERIKSAAN KESIHATAN & MATA PERCUMAAlhamdulillah Pak Ya  berkesempatan menghadiri jemputan...
09/08/2026

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT – PEMERIKSAAN KESIHATAN & MATA PERCUMA

Alhamdulillah Pak Ya berkesempatan menghadiri jemputan Program Khidmat Masyarakat – Pemeriksaan Kesihatan dan Mata Percuma yang dianjurkan oleh Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Tanjung Karang dengan kerjasama Kuil Sri Veera Mahamariamman, Tennamaram.

Kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk menyantuni dan beramah mesra bersama penduduk setempat yang hadir mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Program seperti ini amat baik dalam memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan awal, di samping mengeratkan hubungan antara komuniti dan pelbagai lapisan masyarakat.

Terima kasih kepada pihak penganjur, sukarelawan serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada lebih ramai masyarakat.

Kesihatan Terjamin, Masyarakat Sejahtera. 🤝

31/07/2026

Marilah Mari
Pergi Mengundi

Jangan Lupa Kewajipan
Undi HARAPAN

31/07/2026

DUIT HAJI

Duit haji,
Hilang entah ke mana,
Rakyat tertanya-tanya,
Manakah perginya.

Ayah menunggu,
Hasrat ke Baitullah,
Simpan bertahun-tahun,
Masih belum tiba.

[Chorus]

Duit Haji
Engkau sakau lagi.
Lagi lambat la ayah
Sampai ke baitullah.

Bonus bertahun-tahun,
Rakyat punya harta..
Pulangkan semula,
Hak yang kami punya.

DAULAT TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTU...
01/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada Isnin, 1 Jun 2026 bersamaan dengan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim
Daripada Hj Mohd Yahya bin Hj Mat Sahri
Pegawai Penyelaras DUN Permatang
Serta
Seluruh Warga Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Boss PAK YA Tg Karang
15/03/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Boss PAK YA Tg Karang

Address

Jalan Nilam 1, Taman Nilam
Tanjung Karang
45500

Telephone

+60105573736

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Karnival Sukan Rakyat Tanjong Karang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Karnival Sukan Rakyat Tanjong Karang:

Shortcuts

Share