Pertubuhan Kebajikan INSAN

Pertubuhan Kebajikan INSAN Pertubuhan PERKIN memberi Kebajikan & Insan dalam membantu kebajikan & Kesejahteraan Warga Emas& Komuniti

Program PAWE bertadarus di bulan Ramadan di PAWE Tanjong Karang: Mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan Al-Quran, mel...
23/02/2026

Program PAWE bertadarus di bulan Ramadan di PAWE Tanjong Karang: Mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan Al-Quran, melalui bacaan tadarus bagi meningkatkan pahala dan keberkatan sepanjang bulan mulia. https://www.facebook.com/pawetanjongkarang/

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarakkepada seluruh warga emas, ahli PAWE dan masyarakat setempat.Semoga Ramadan ya...
14/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak
kepada seluruh warga emas, ahli PAWE dan masyarakat setempat.

Semoga Ramadan yang bakal tiba ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa, kesihatan yang baik serta mempereratkan silaturahim sesama kita.

Ramadan Kareem, Salam Sihat & Ceria Sepanjang Usia 🌸🤲

“Kenangan terindah Trip Kembara PAWE Tanjong Karang, menjadi tanda keceriaan dan kebersamaan yang terpahat indah dalam i...
16/12/2025

“Kenangan terindah Trip Kembara PAWE Tanjong Karang, menjadi tanda keceriaan dan kebersamaan yang terpahat indah dalam ingatan.” Trip Kembara PAWE

Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Insan Parlimen Tanjong Karang Kali ke-3 yang akan diadakan pada: 📅 Tarikh: ...
24/11/2025

Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Insan Parlimen Tanjong Karang Kali ke-3 yang akan diadakan pada:
📅 Tarikh: 24 November 2025 (Isnin)
⏰ Masa: 11.00 pagi - 12.30 T/hari
📍 Tempat: Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Parlimen Tanjong Karang
🎯Perancangan Aktiviti 2026/27 & Pemilihan AJK Sesi 2026/27
🎯Jamuan & Sambutan Hari Lahir
Terima Kasih kepada semua Ahli PERKIN yang hadir.

🩵 UCAPAN TERIMA KASIH – KARNIVAL KESEJAHTERAAN WARGA EMAS (KASWE) 2025Pihak PAWE Tanjong Karang merakamkan setinggi-ting...
02/11/2025

🩵 UCAPAN TERIMA KASIH – KARNIVAL KESEJAHTERAAN WARGA EMAS (KASWE) 2025

Pihak PAWE Tanjong Karang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Karnival Kesejahteraan Warga Emas (KASWE) 2025. Terima kasih diucapkan kepada:

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor, BeVital, PKMD Kuala Selangor, Hospital UiTM Puncak Alam, Klinik Kesihatan, Rakan-rakan agensi kerajaan, NGO, para sukarelawan, serta semua warga emas dan ahli PAWE Tanjong Karang yang turut hadir memeriahkan karnival ini.

Penganjuran KASWE 2025 bukan sahaja menjadi platform memperkukuh jaringan komuniti, malah turut memperlihatkan semangat kebersamaan dalam memartabatkan kesejahteraan warga emas.

Terima kasih atas sokongan, kerjasama dan komitmen semua.
Semoga usaha murni ini terus diperkasakan dalam menjayakan agenda kesejahteraan warga emas di daerah Kuala Selangor.

JOM KASWE 2025 🌟Karnival Kesejahteraan Warga Emas  Karang Sempena Hari Warga Emas Daerah Kuala Selangor 2025   📅 25 Okto...
09/10/2025

JOM KASWE 2025 🌟Karnival Kesejahteraan Warga Emas Karang Sempena Hari Warga Emas Daerah Kuala Selangor 2025
📅 25 Oktober 2025 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 4.30 petang
📍 Dewan Dato' Hormat, Tanjong Karang

📪PENGISIAN BERMAKNA
🎉 Bengkel Penjagaan Warga Emas
🩺 Saringan Kesihatan Warga Emas Negeri Selangor
🎤 Pameran info Kesihatan
🛍️ Jualan Inokreatif Komuniti
🍲 Anugerah Ikon Warga Emas 2025
🧰Bengkel Keusahawanan EPF

PENYERTAAN PERTANDINGAN DIBUKA SEKARANG
1. Batu Seremban / Congkak / Dam Hajj
2. Produk Inokreatif
3. Masakan Makanan Seimbang
4. Nasyid Berselawat (Max. 10 orang)
💡HADIAH 💰 MENARIK & CABUTAN BARANGAN ELEKTRIK MENANTI ANDA SEMUA...

👉 Daftar SEKARANG: https://forms.gle/Q8CUFd1pmKDwUYY36
✨ Ayuh kita raikan 🎉keceriaan, kesihatan & kesejahteraan warga emas – "Warga Emas, Wajah Masa Depan Kita" Jumpa anda KASWE 2025 🌟🎉

Tawaran Eksklusif Kelab Warga Emas & PAWE; 📢 KURSUS ASAS PENJAGAAN WARGA EMAS 📢📅 24 Oktober 2025 (Jumaat)📍 Dewan Dato’ H...
21/09/2025

Tawaran Eksklusif Kelab Warga Emas & PAWE;
📢 KURSUS ASAS PENJAGAAN WARGA EMAS 📢

📅 24 Oktober 2025 (Jumaat)
📍 Dewan Dato’ Hormat, Tanjong Karang
🕗 8.00 pagi – 5.00 petang

🌸 Belajar teknik penjagaan warga emas secara teori & praktikal!
💡 Sesuai untuk penjaga keluarga, petugas PAWE & pekerja khidmat jagaan.

🎁 Percuma 50 peserta terawal!
📜 Sijil Penyertaan Disediakan

👉 Daftar Sekarang: https://forms.gle/B8t6NZ2P75DhvQra6

💖 “Ilmu Penjagaan, Kasih Sayang Berkekalan”
Urusetia KASWE: En Zubairi

Majlis Sambutan Aidilfitri 2025
02/05/2025

Majlis Sambutan Aidilfitri 2025

02/05/2025

Pengenalan Pertubuhan PERKIN: Pertubuhan Kebajikan Insan Parlimen Tanjong Karang membina kesejahteraan hidup dalam komuniti dengan sentiasa menghargai Warga Emas. dan telah dilantik oleh JKM sebagai pengendali Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Parlimen Tanjong Karang untuk memberi kesejahteraan warga emas. Pusat Aktiviti Warga Emas - PAWE Tanjong Karang

Address

Lot 18135 Jalan Bomba Kanan, Taman Seri Bakti
Tanjung Karang
45500

Telephone

+60132287070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan INSAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kebajikan INSAN:

Share