Borhan Aman Shah

Borhan Aman Shah EXCO Perumahan & Kebudayaan Selangor
Ahli Dewan Negeri Tanjong Sepat

06/09/2026

Daripada pentas komuniti ke pentas kebangsaan!

KITA ASLI: Battle of the Bands atau KABOTBA 2026 membuktikan bahawa muzik bukan sekadar hiburan, tetapi mampu menjadi wadah mencungkil bakat, membina keyakinan dan mengangkat identiti serta budaya Orang Asli.Jom bersama YB. DATUK BORHAN BIN AMAN SHAH, Exco Perumahan & Kebudayaan Negeri Selangor untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

๐Ÿ—“ Isnin ( 7 September 2026 )
โฐ 9.15 pagi
๐Ÿ“ป Frekuensi SELANGORfm
๐Ÿ“ฒ RTMKLIK | TikTok Live | Facebook SELANGORFM100.9

SELANGORfm โ€“ Radio Nombor 1๏ธโƒฃ Orang Selangor ๐Ÿ”ด๐ŸŸก





6 September 2026, Ahad Sebelah petang, saya merasmikan penutup Kejohanan Sepak Takraw Piala YB Datuk Borhan Aman Shah di...
06/09/2026

6 September 2026, Ahad

Sebelah petang, saya merasmikan penutup Kejohanan Sepak Takraw Piala YB Datuk Borhan Aman Shah di Gelanggang Serbaguna Kampung Bukit Bangkong.

Acara tahunan ini menyaksikan 22 pasukan berentap merebut kejuaraan. Saya amat teruja melihat semangat kesukanan dan ukhuwah yang ditunjukkan oleh para peserta.

Inshaa Allah, sebelum akhir tahun ini kita akan adakan kejohanan yang lebih besar di peringkat DUN Tanjong Sepat, dengan hadiah lebih lumayan dan penyertaan lebih meluas termasuk kategori veteran.

Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh pasukan yang bertanding!

6 September 2026, Ahad Seterusnya saya merasmikan Program Kami Anak Malaysia sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-69...
06/09/2026

6 September 2026, Ahad

Seterusnya saya merasmikan Program Kami Anak Malaysia sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-69 di perkarangan Balairaya Taman Mutiara, Tanjong Sepat.

Sambutan di peringkat komuniti seperti ini amat bermakna dalam menyemarakkan semangat patriotisme, di samping memupuk perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada negara dalam kalangan masyarakat setempat.

Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur serta seluruh warga Taman Mutiara yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga semangat Kami Anak Malaysia terus menyatukan kita. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

06/09/2026

Kita Asli Battle of the Band (KABOTBA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026

6 September 2026, AhadHari ini saya merasmikan Program Merdeka Vibes Warna-Warni Tradisi Tahun 2026 di Kampung Endah, be...
06/09/2026

6 September 2026, Ahad

Hari ini saya merasmikan Program Merdeka Vibes Warna-Warni Tradisi Tahun 2026 di Kampung Endah, berkonsepkan tradisi dan klasik sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69.

Apa yang menarik perhatian saya ialah penglibatan penduduk Kampung Endah yang hadir dengan busana tradisi klasik dan turut mengambil bahagian dalam pelbagai permainan serta sukan tradisional.

Kanak-kanak juga tidak ketinggalan, sekali gus memberi ruang kepada generasi muda untuk mengenali buadaya, tradisi dan warisan Negeri Selangor dengan lebih dekat.

Walaupun dianjurkan di peringkat kampung, sambutannya cukup meriah. Syabas dan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Sepang dengan kerjasama JPKKK Kampung Endah serta seluruh penduduk yang bersama-sama menjayakan program ini.


Maju Bersama

05/09/2026

Pemenang diberi peluang rakam lagu dan video muzik bersama Luncai Emas sebagai langkah awal ke industri profesional

05/09/2026
4 September 2026, Jumaat.Alhamdulillah, selesai sudah KITA ASLI: Battle of the Bands (KABOTBA) Peringkat Kebangsaan 2026...
05/09/2026

4 September 2026, Jumaat.

Alhamdulillah, selesai sudah KITA ASLI: Battle of the Bands (KABOTBA) Peringkat Kebangsaan 2026.

Seronok melihat bakat anak muda Orang Asli dari seluruh negara berkumpul di satu pentas dengan muzik, kreativiti dan keunikan masing-masing dan pentas ini menjadi platform untuk mereka berkarya, membina keyakinan serta mengetengahkan identiti dan budaya komuniti masing-masing.

Tahniah kepada semua pemenang dan kumpulan yang telah memberikan persembahan terbaik, adat pertandingan ada menang dan kalah, namun pengalaman serta peluang yang diperoleh menjadi bekal untuk terus berkembang dan melangkah lebih jauh dalam bidang muzik.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada PEMADAM Kebangsaan dan Negeri Selangor, JAKOA, agensi Kerajaan Negeri, rakan-rakan strategik, urus setia serta semua yang bertungkus-lumus di hadapan dan di belakang tabir menjayakan KABOTBA 2026.

Insya-Allah, kita akan terus membuka ruang dan peluang supaya bakat-bakat Orang Asli dapat diketengahkan, berkembang dan suatu hari nanti berdiri di pentas yang lebih besar.


Maju Bersama

3 September 2026, Khamis Tengah hari tadi, saya berkesempatan menziarahi Cikgu Aminah binti Majid, atau lebih mesra dike...
03/09/2026

3 September 2026, Khamis

Tengah hari tadi, saya berkesempatan menziarahi Cikgu Aminah binti Majid, atau lebih mesra dikenali sebagai Makcik Minah, yang sedang menerima rawatan di Hospital UiTM Puncak Alam.

Semoga Makcik Minah diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Sama-sama kita doakan agar Makcik Minah segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. Inshaa Allah.

๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐€๐’๐‹๐ˆ: ๐๐€๐“๐“๐‹๐„ ๐Ž๐… ๐“๐‡๐„ ๐๐€๐๐ƒ๐’ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Jom ramai-ramai hadir dan saksikan 7 kumpulan finalis Orang Asli...
02/09/2026

๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐€๐’๐‹๐ˆ: ๐๐€๐“๐“๐‹๐„ ๐Ž๐… ๐“๐‡๐„ ๐๐€๐๐ƒ๐’ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Jom ramai-ramai hadir dan saksikan 7 kumpulan finalis Orang Asli dari 6 negeri berentap di pentas akhir KABOTBA 2026!

๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿ’ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ)
โฐ ๐Ÿ–.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ฆ
๐Ÿ“ ๐€๐ฎ๐๐ข๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐‰๐ฎ๐›๐ฅ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค, ๐’๐ก๐š๐ก ๐€๐ฅ๐š๐ฆ

๐‘จ๐’๐’•๐’‚๐’“๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’Ž๐’†๐’๐’‚๐’“๐’Š๐’Œ ๐’Ž๐’†๐’๐’‚๐’๐’•๐’Š ๐’‚๐’๐’…๐’‚:

๐ŸŽธ Persembahan 7 kumpulan finalis KABOTBA 2026
๐ŸŽค Persembahan artis jemputan Elyana Emrizal, Azlan Typewriter & Acong SweetChild
๐Ÿ›๏ธ Pameran dan reruai pelbagai agensi
๐ŸŽ Cabutan bertuah dengan hadiah menarik

Ayuh kita bersama-sama beri sokongan kepada bakat muzik masyarakat Orang Asli dan saksikan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara KABOTBA 2026!

Jumpa anda di sana!


Maju Bersama

Address

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjong Sepat, D/A Kompleks Pejabat Penghulu Mukim Batu, Kg Batu Laut Kg Batu Laut
Tanjong Sepat
42800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60331481029

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Borhan Aman Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Borhan Aman Shah:

Shortcuts

Share