20/04/2026
๐๐จ๐ซ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐กโ๏ธ
Insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah baru-baru ini benar-benar menyentuh hati kita semua. Dalam setiap musibah, keselamatan dan kebajikan warga KEMAS serta anak-anak didik kita adalah perkara pertama yang saya khuatiri.
Alhamdulillah, kita memanjatkan kesyukuran kerana bangunan TABIKA KEMAS di sana berada di luar lingkungan kawasan kebakaran dan terselamat daripada amukan api. Namun dalam rasa syukur itu, terselit duka yang amat mendalam apabila saya dimaklumkan bahawa empat orang Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) kita telah kehilangan kediaman dan harta benda dalam kejadian tersebut.
Selain itu, seramai 83 orang anak-anak di 4 buah TABIKA di sini turut terkesan secara emosi akibat kemusnahan kediaman mereka dalam kemalangan ini. Bagi saya kesusahan yang menimpa mereka adalah kesusahan kita semua. Kita tidak akan membiarkan mereka berjuang sendirian.
Sebagai langkah segera bagi menyantuni kebajikan ahli keluarga besar kita ini, KEMAS akan menggerakkan inisiatif kutipan derma di seluruh negara yang melibatkan 10,534 TABIKA , 2,118 buah kelas kemahiran dan 288 kelas bina insan. Inisiatif ini sebagai tanda rasa kebersamaan keluarga besar KEMAS dengan ahli keluarga kami yang terlibat dalam musibah tersebut.
Kutipan akan diselaraskan oleh Kelab Badan Kebajikan dan Sukan KEMAS dan laporan hasil kutipan akan diumumkan secara terbuka bagi memenuhi prinsip ketelusan.
Semoga usaha yang digerakkan ini akan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang terlibat. Lebih penting kutipan derma ini adalah tanda solidariti dan kebersamaan kita semua terhadap nasib malang yang menimpa mereka yang menjadi sebahagian keluarga besar KEMAS. Bersama kita menyumbang demi nilai kasih sayang sesama insan.
Semoga Allah merahmati kita semua.
Solidariti KEMAS.. Di sini Bermula...
๐๐๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐ง๐๐๐ข๐๐ก ๐๐๐ง
Ketua Pengarah KEMAS
๐๐จ๐ซ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐กโ๏ธ
Insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah baru-baru ini benar-benar menyentuh hati kita semua. Dalam setiap musibah, keselamatan dan kebajikan warga KEMAS serta anak-anak didik kita adalah perkara pertama yang saya khuatiri.
Alhamdulillah, kita memanjatkan kesyukuran kerana bangunan TABIKA KEMAS di sana berada di luar lingkungan kawasan kebakaran dan terselamat daripada amukan api. Namun dalam rasa syukur itu, terselit duka yang amat mendalam apabila saya dimaklumkan bahawa empat orang Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) kita telah kehilangan kediaman dan harta benda dalam kejadian tersebut.
Selain itu, seramai 83 orang anak-anak di 4 buah TABIKA di sini turut terkesan secara emosi akibat kemusnahan kediaman mereka dalam kemalangan ini. Bagi saya kesusahan yang menimpa mereka adalah kesusahan kita semua. Kita tidak akan membiarkan mereka berjuang sendirian.
๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ถ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ป๐๐๐ป๐ถ ๐ธ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ท๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ต๐น๐ถ ๐ธ๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐ฏ๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ ๐ธ๐ถ๐๐ฎ ๐ถ๐ป๐ถ, ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ถ๐ป๐ถ๐๐ถ๐ฎ๐๐ถ๐ณ ๐ธ๐๐๐ถ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐บ๐ฎ ๐ฑ๐ถ ๐๐ฒ๐น๐๐ฟ๐๐ต ๐ป๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฒ๐น๐ถ๐ฏ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ญ๐ฌ,๐ฑ๐ฏ๐ฐ ๐ง๐๐๐๐๐ , ๐ฎ,๐ญ๐ญ๐ด ๐ฏ๐๐ฎ๐ต ๐ธ๐ฒ๐น๐ฎ๐ ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ด๐ด ๐ธ๐ฒ๐น๐ฎ๐ ๐ฏ๐ถ๐ป๐ฎ ๐ถ๐ป๐๐ฎ๐ป. ๐๐ป๐ถ๐๐ถ๐ฎ๐๐ถ๐ณ ๐ถ๐ป๐ถ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐ฏ๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ต๐น๐ถ ๐ธ๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐บ๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐ฏ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐บ๐๐๐ถ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ฏ๐๐.