Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Daerah Tangkak

Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Daerah Tangkak KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MDT

29/05/2026
Mei 2026 | Festival Sukan Antara Agensi Dan Jabatan Negeri Johor 2026 yang telah berlangsung di Daerah Mersing selaku tu...
11/05/2026

Mei 2026 | Festival Sukan Antara Agensi Dan Jabatan Negeri Johor 2026 yang telah berlangsung di Daerah Mersing selaku tuan rumah menyaksikan pasukan sepak takraw Daerah Tangkak berjaya menjadi juara dalam kategori ini buat julung kalinya.

MDT telah mendukung amanah daripada Pegawai Daerah Tangkak selaku jabatan angkat dengan membawa nama Daerah Tangkak manakala Encik Ariff Bin Sulaiman selaku Yang DiPertua merangkap sebagai pengurus pasukan sepak takraw buat kali ini.

Pentadbiran ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas penganjuran temasya FSAJ 2026.

Pentadbiran Kelab Sukan dan Rekreasi MDT turut menghargai pencapaian cemerlang dari pengurus pasukan dan pemain di atas komitmen dan kecemerlangan yang telah diperolehi.




MDTangkak Pejabat Daerah Tangkak Pejabat Tanah Tangkak Pejabat Penerangan Daerah Tangkak Polis Daerah Tangkak JKR Tangkak My Amazing Tangkak

03/04/2026

Makluman Khas Kepada Kakitangan Kerajaan Di Daerah Tangkak.

Pejabat Penerangan Daerah Tangkak Pmr Penerangan Tangkak Pejabat Daerah Tangkak MEDIA DIGITAL JOHOR My Amazing Tangkak Warga Tangkak Polis Daerah Tangkak Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Daerah Tangkak JKR Tangkak Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak We Love Tangkak Page Pejabat Tanah Tangkak Uptown Tangkak Ledang Mari Supporters Club Southern Volunteers Tangkak Majlis Belia Daerah Tangkak

13 Februari 2026 | JumaatSumbangan Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadan . KSDK Majlis Dearah Tangkak telah memberi...
13/02/2026

13 Februari 2026 | Jumaat

Sumbangan Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadan .

KSDK Majlis Dearah Tangkak telah memberikan sumbangan berupa Kurma Kepada semua Ahli KSDK Majlis Daerah Tangkak yang beragama islam.

Sumbangan di sampaikan kepada ahli oleh Yang Dipertua KSDK Tuan Haji M Sidek Arasu Ab di perkarangan Majlis Daerah Tangkak.

Selamat Berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua ahli KSDK.

13 Februari 2026 | 8:00 Pagi | Surau Bukit Kecik, Tangkak.Majlis Semarak Ramadan 1447H /2026Anjuran Bersama MDTangkak da...
13/02/2026

13 Februari 2026 | 8:00 Pagi | Surau Bukit Kecik, Tangkak.

Majlis Semarak Ramadan 1447H /2026

Anjuran Bersama MDTangkak dan Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Daerah Tangkak

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA YDP MPKu 202513 Disember 2025 | Kulai, JohorSetinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasuk...
21/12/2025

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA YDP MPKu 2025

13 Disember 2025 | Kulai, Johor

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasukan Sepak Takraw Majlis Daerah Tangkak dan pengurusannya diatas ke cemerlangan menjuarai kejohanan pada kali ini.

Terima kasih dan syabas juga buat pihak penganjur Majlis Perbandaran Kulai diatas kejayaan serta layanan yang baik sepanjang kejohanan ini.

Pasukan Sepak Takraw MDT Team A dan MDT Team B kedua-duanya telah mara ke pusingan akhir dan berentap keperlawanan akhir bagi merebut kejuaraan dengan mata 15-9, 15-12 yang memihak kepada MDT Team A.

Sekali lagi pentadbiran Majlis Daerah Tangkak khususnya kepimpinan tertinggi Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli Majlis, barisan Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Daerah Tangkak serta seluruh warga kerja mengucapkan syabas di atas kejayaan menjulang Piala YDP MPKU 2025.





16 November 2025 | AhadTahniah dan Syabas daripada Yang Dipertua Kelab Sukan & Kebajikan dan Seluruh AJK  serta Warga Ke...
17/11/2025

16 November 2025 | Ahad

Tahniah dan Syabas daripada Yang Dipertua Kelab Sukan & Kebajikan dan Seluruh AJK serta Warga Kerja MDT kepada Pasukan Sepak Takraw MDT.

Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Batam Indonesia telah berlangsung selama 3 hari bermula 14 hingga 16 November 2025 di Kota Batam Indonesia. Pasukan Sepak Takraw Majlis Daerah Tangkak (MDT) telah mendapat jemputan daripada Persatuan Sepak Takraw Indonesia (PSTI) Batam untuk menyertai kejohanan pada ini. Seramai 32 pasukan telah menyertai pertandingan termasuk pasukan daripada Singapura dan Kepulauan Riau Indonesia.

Diketuai Tuan Setiausaha MDT Encik Fakhruddin bin Shariff selaku pengurus Pasukan MDT telah berjaya mara sehingga ke peringkat akhir sebelum tewas dalam perlawanan sengit kepada pasukan dari Perkab Karimun A dan beroleh kedudukan sebagai Naib Juara dalam Perlawanan pada kali ini. Pasukan Sepak Takraw MDT telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak Rp. 15 juta beserta piala. Pasukan Sepak Takraw MDT juga telah dipilih menjadi pasukan terbaik kejohanan pada kali ini di atas disiplin dan semangat kesukanan yang ditunjukkan. Suatu pencapaian yang membanggakan dan mengharumkan nama MDT dalam sukan Sepak Takraw.

Disamping itu juga, Tuan setiausaha dan pasukan turut berkesempatan untuk membuat kunjungan hormat ke Pejabat Wali Kota Batam bagi menyerahkan bahan promosi pelancongan Tangkak sempena Tahun Melawat Johor 2026.


๐Ÿ Pelepasan Pasukan Sepak Takraw MDT ke Batam, Indonesia ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ๐Ÿ“… 14 โ€“ 16 November 2025๐Ÿ“ Batam, Indonesia๐Ÿ† PSTI Cup V 2025Maj...
13/11/2025

๐Ÿ Pelepasan Pasukan Sepak Takraw MDT ke Batam, Indonesia ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ
๐Ÿ“… 14 โ€“ 16 November 2025
๐Ÿ“ Batam, Indonesia
๐Ÿ† PSTI Cup V 2025

Majlis Daerah Tangkak bersama Kelab Sukan & Kebajikan MDT, hari ini telah mengadakan majlis pelepasan pasukan sepak takraw MDT yang akan menyertai Kejohanan PSTI Cup V 2025 di Batam, Indonesia.

Seramai 8 orang staf MDT terlibat sebagai pemain dan pegawai pasukan, diketuai oleh Tuan Setiausaha MDT selaku Ketua Kontinjen.

Penyertaan ini bukan sahaja memperkukuh semangat kesukanan dan disiplin warga kerja MDT, tetapi turut menjadi platform mempererat hubungan silaturahim serta pertukaran pengalaman dengan pasukan luar negara.

MDT mendoakan agar pasukan takraw MDT mencapai kejayaan cemerlang dan membawa nama Majlis serta daerah Tangkak ke peringkat antarabangsa. ๐Ÿ’ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ





Address

PEJABAT BESAR MAJLIS DAERAH TANGKAK
Tangkak
84900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Daerah Tangkak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Daerah Tangkak:

Share