27/09/2026
Alhamdulillah, satu kunjungan yang cukup bermakna buat Akademi Hayati Alam.
Hari ini, Akademi Hayati Alam berbesar hati menerima kunjungan YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Timbalan Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Dalam kunjungan ringkas ini, kami berpeluang berkongsi mengenai usaha Akademi dalam memperkasakan pendidikan kelestarian, pengurusan sisa dan kitar semula serta penglibatan komuniti melalui pendekatan pembelajaran secara hands-on.
Besar harapan kami agar usaha kecil yang bermula di peringkat komuniti ini dapat terus berkembang dan menyumbang kepada pembudayaan gaya hidup lestari, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, belia dan masyarakat setempat.
Terima kasih YB atas kesudian meluangkan masa berkunjung, melihat sendiri inisiatif yang sedang dibangunkan serta memberikan kata-kata semangat kepada Akademi.
Daripada komuniti, untuk kelestarian bumi.