Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Ledang Daerah Tangkak

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Ledang Daerah Tangkak Sumbangan untuk PKAYIL boleh disalurkan di
MAYBANK - 551089004945
RHB-251106000639 Alamat : KM 43, Jalan Segamat, Sagil 84020 Tangkak, Johor
No.

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL) telah ditubuhkan pada 07 Julai 2008. Pendaftaran bagi PKAYIL telah diluluskan pada tarikh 02 Mac 2009 di bawah nombor sijil pendaftaran Bil. 0370-09-JHR. PKAYIL didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 Seksyen 7 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984. PKAYIL telah didaftarkan di Pejabat Daerah Ledang, Jalan Dataran 2 84900 Tangkak, Ledang,

Johor. telefon : 01110635667

Sekarang ini, pelajar yang telah berdaftar seramai 26 Lelaki dan 16 Perempuan.

16/05/2026

Memulakan kelas tajwid mingguan dengan doa yang dipimpin oleh pelajar termuda di asrama, adik Muhammad Isyraq bin Mohd Khir🤲😍

05/05/2026

Hafalan beberapa ayat dari awal Surah Taha pelajar sekolah rendah PKAYIL❤️

20/04/2026

Alunan azan maghrib oleh adik Said Muhammad Nor bin Haji Mubin, pelajar tingkatan 3 asrama PKAYIL🤲 Alhamdulillah

19/04/2026

Semalam anak-anak PKAYIL telah menyertai Program Qasih Jauhar Sinar Syawal anjuran Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang, anak-anak juga sangat seronok bermain permainan yang disediakan.

Terima kasih abang dan kakak dari UIAM sudi datang ke asrama kami. Panjang umur kita jumpa lagi di program yang lain🤩❤️

15/04/2026

Alhamdulillah Tahniah Amin berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Nyanyian Hari Raya anjuran Persatuan Pengakap Malaysia Daerah Tangkak di SMA Lughatul Quran Kesang Tasek. Semoga lebih bersinar di masa akan datang🎶🎤🕶

Penyanyi : Normuhaimin bin Normazlan
Lagu : Kasih Lebaran

12/04/2026

Semalam, anak-anak PKAYIL telah menyertai Program Syawal Kasih dan Kem Jati Diri anjuran Insist Amilat SDN BHD di Taman Lagenda Gunung Ledang.

Alhamdulillah satu program pengisian yang sangat bermanfaat dan menyeronokkan. 🤩😎

10/04/2026

Sekitar Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra PKAYIL 🎉🫶

Majlis Minum Petang & Ramah Mesra PKAYIL 2026 🎉🫶😊Alhamdulillah, Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir & Batin
10/04/2026

Majlis Minum Petang & Ramah Mesra PKAYIL 2026 🎉🫶😊

Alhamdulillah, Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir & Batin

Semalam anak-anak telah mengikuti Program "Agenda For The Corporate Social Responsibility" yang dianjurkan oleh Politekn...
06/04/2026

Semalam anak-anak telah mengikuti Program "Agenda For The Corporate Social Responsibility" yang dianjurkan oleh Politeknik Merlimau - PMM.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan sangat menyeronokkan. Jutaan terima kasih kepada pihak Politeknik Merlimau diatas kerjasama yang diberikan. Sehingga kita bertemu lagi di masa akan datang 🫶

Alhamdulillah, malam tadi telah berlangsung Program Motivasi Pelajar Tingkatan 4, 5 dan Lepasan SPM 2025 bersama Univers...
01/04/2026

Alhamdulillah, malam tadi telah berlangsung Program Motivasi Pelajar Tingkatan 4, 5 dan Lepasan SPM 2025 bersama University College Bestari.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga anak-anak semua memperolehi banyak manfaat darinya🤲

Sekitar Majlis Ziarah Kasih dan Doa Selamat bersama pekerja-pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) malam tadi. Terima kasi...
04/02/2026

Sekitar Majlis Ziarah Kasih dan Doa Selamat bersama pekerja-pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) malam tadi.

Terima kasih diucapkan kepada abang-abang TNB kerana sudi datang ziarah kami disini. Ada rezeki, datanglah lagi pada masa hadapan. Semoga Allah merahmati kita semua🤲🩷

Address

KM. 43, Jalan Tangkak-Segamat, Sagil
Tangkak
84020

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Sunday 09:00 - 16:30

Telephone

+601110635667

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Ledang Daerah Tangkak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Ledang Daerah Tangkak:

Share