Ameerah Tanah Merah-Official

Ameerah Tanah Merah-Official Ameerah merupakan sebuah entiti di bawah Dewan Muslimat PAS yang menghimpunkan golongan wanita muda Islam berumur antara 15 hingga 39 tahun.

Penubuhan Ameerah bertujuan untuk melahirkan generasi wanita muda yang berilmu, berdaya saing dan ilmu yang luas.

๐Ÿšจ TERHAD UNTUK 2 TEAM SAHAJA LAGI! ๐Ÿšจ๐Ÿ KEJOHANAN BOLA JARING BELIAWANIS KELANTAN ๐ŸIni masanya beliawanis Tanah Merah tonj...
08/10/2026

๐Ÿšจ TERHAD UNTUK 2 TEAM SAHAJA LAGI! ๐Ÿšจ

๐Ÿ KEJOHANAN BOLA JARING BELIAWANIS KELANTAN ๐Ÿ

Ini masanya beliawanis Tanah Merah tonjolkan bakat bola jaring.

Ayuh sertai kejohanan bola jaring, saling berukhuwah sambil bersukan.

๐Ÿ† HADIAH MENARIK MENANTI:
๐Ÿฅ‡ Johan โ€” RM600
๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€” RM500
๐Ÿฅ‰ Ketiga โ€” RM400
๐Ÿ… Keempat โ€” RM300

Tarikh: 16 Oktober 2026 (Jumaat)
Tempat: NFF Futsal, Tanah Merah
https://maps.google.com/?q=5.828797,102.139908

โš ๏ธ TINGGAL 2 SLOT TEAM SAHAJA!
Kalau team anda belum daftar, ini masa terakhir untuk rebut slot! ๐Ÿ”ฅ

โฐ Pendaftaran ditutup: 10 Oktober 2026

๐Ÿ“ฒ Untuk pendaftaran & maklumat lanjut:
Saadah โ€” 018-2047101

ZIARAH KASIH AMEERAH NEGERI KELANTAN ๐ŸคSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ameerah Negeri Kelantan...
07/10/2026

ZIARAH KASIH AMEERAH NEGERI KELANTAN ๐Ÿค

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ameerah Negeri Kelantan atas kesudian turun menziarahi saudari Noor Ayuni yang sedang menerima rawatan di Hospital Tanah Merah susulan kemalangan yang menimpanya baru-baru ini.

Kehadiran dan keprihatinan yang ditunjukkan amat bermakna buat Ayuni serta keluarga. Semoga ukhuwah dan kebersamaan ini terus subur dalam setiap keadaan. ๐Ÿค

Kami juga mendoakan semoga saudari Ayuni diberikan kesembuhan yang segera dan sempurna, serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

Terima kasih Ameerah Negeri Kelantan, atas cakna dan kasih yang dizahirkan. ๐ŸŒท

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ 3 TAHUN TAUFAN AL-AQSA | 07 OKTOBER 2026 ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธPalestin bukan sekadar isu, tetapi ujian iman buat kita semua.Tiga tahun p...
07/10/2026

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ 3 TAHUN TAUFAN AL-AQSA | 07 OKTOBER 2026 ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

Palestin bukan sekadar isu, tetapi ujian iman buat kita semua.

Tiga tahun penuh ketabahan, pengorbanan dan perjuangan. Marilah kita terus berdiri bersama Palestine dengan doa, kesedaran, kemanusiaan dan sokongan.

๐Ÿคฒ Tunjukkan solidariti
๐Ÿ“– Sebarkan kesedaran
๐Ÿค Sokong usaha kemanusiaan
๐Ÿ•Œ Kuatkan doa & amal

Semoga Allah melindungi saudara-saudara kita di Palestin, menguatkan hati mereka, menghantar pertolongan-Nya dan mengembalikan keamanan serta kebebasan buat bumi Palestin.

Doa kita mungkin kecil pada pandangan manusia, tetapi tiada yang kecil di sisi Allah.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Teruskan berdoa. Teruskan peduli. Teruskan bersama Palestine.

Ikhlas daripada,
Ameerah Kawasan Tanah Merah

๐ŸŒธ UCAPAN SANAH HELWAH SAHABAT ๐ŸŒธAmeerah Kawasan Tanah Merah mengucapkan selamat ulang tahun kepada Ahli Jawatankuasa Seti...
07/10/2026

๐ŸŒธ UCAPAN SANAH HELWAH SAHABAT ๐ŸŒธ

Ameerah Kawasan Tanah Merah mengucapkan selamat ulang tahun kepada Ahli Jawatankuasa Setiausaha Ameerah, Ameerah Kawasan Tanah Merah, Cik Fatin Anis Syakira Binti Hilmy bertarikh 07 Oktober 2026.

Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT selalu, dimurahkan rezeki, diberkati umurnya dalam ketaatan dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Didoakan semoga dikurniakan hidup yang penuh dengan kasih sayang, gelaktawa dan kebahagiaan. Semoga terus beristiqamah dalam beramal soleh dan terus kuat dalam menyebarkan agama Islam.




Ameerah Negeri Kelantan menzahirkan ucapan takziah dan amat berdukacita dengan kejadian tragis yang mengorbankan nyawa s...
06/10/2026

Ameerah Negeri Kelantan menzahirkan ucapan takziah dan amat berdukacita dengan kejadian tragis yang mengorbankan nyawa seorang anak muda bernama Irene Sofia bt Mohd Khairool Faisal yang berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor.

Allahyarhamah merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah dan aktif terlibat dengan aktiviti kokurikulum sekolah. Allahyarhamah telah ditemukan di dewan sekolah dalam keadaan yang menyayat hati sebelum disahkan meninggal dunia. Setakat laporan awal, pihak polis telah menahan tiga orang pelajar lelaki berusia 16 tahun daripada sekolah sama bagi membantu siasatan yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

1. PELAJAR MESTI CAKNA DENGAN PERSEKITARAN

Keprihatinan rakan-rakan Allahyarhamah yang menyedari bahawa motosikal beliau masih berada di sekolah menunjukkan betapa pentingnya sikap cakna, peka dan mengambil berat terhadap perubahan di sekeliling.

Dalam kalangan pelajar, sikap saling mengenali, mengambil berat dan berani melaporkan sesuatu yang luar daripada kebiasaan bukanlah perkara kecil. Ia boleh menjadi salah satu benteng awal dalam memastikan keselamatan diri dan rakan-rakan.

2. GESA SIASATAN TELUS

Ameerah Kelantan menggesa agar siasatan yang telus dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merungkai penjenayah sebenar tanpa mengira umur dan latar belakang, dan mendoakan agar siasatan berjalan lancar.

3. 'INISIATIF SEKOLAH SELAMAT' KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - SEJAUH MANA KEBERKESANANNYA?

Rakyat Malaysia masih mengikuti secara rapat perbicaraan mahkamah bagi kes adik Zara Qairina pada tahun lalu. Semenjak itu, kita sering mendengar beberapa lagi siri kematian pelajar di sekolah samada kerana buli, terjatuh dari bangunan bahkan kes-kes bunuh. Perkara ini menimbulkan desakan dan soalan daripada para ibubapa dan rakyat ; apakah langkah pencegahan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mewujudkan persekitaran belajar yang selamat dan aman bagi para pelajar?

Walaupun KPM telah meluluskan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat pada Disember 2025 setelah kali terakhir disemak pada tahun 2002, namun adakah polisi dan inisiatif ini hanya terhenti sekadar di meja mesyuarat para pemimpin namun tidak pernah terlaksana secara praktikal pun di peringkat sekolah?

Sesungguhnya keselematan dan keamanan para pelajar adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Sekiranya kes bunuh telah menembusi pagar sekolah sebagai sebuah tempat menimba ilmu, maka sudah tiba masanya kita menilai kembali arah falsafah pendidikan dan perkembangan psikologi serta kemenjadian remaja kita di era ini.

Ameerah Negeri Kelantan berharap agar penjenayah sebenar ditemukan dan diberikan balasan setimpal, dan semoga allahyarhamah Irene ditempatkan bersama para syuhada', kerana meninggal dunia ketika menuntut ilmu, amiin.

Diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah daripada Nabi SAW, bahawasanya baginda bersabda:
ุฅุฐุง ุฌุงุก ุงู„ู…ูŽูˆู’ุชู ู„ูุทูŽุงู„ูุจู ุงู„ุนู„ู…ู ูˆู‡ูˆูŽ ุนู„ู‰ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุญุงู„ุฉู ู…ุงุชูŽ ูˆู‡ูˆูŽ ุดูŽู‡ูŠุฏูŒ.
"Jika maut datang kepada penuntut ilmu dalam keadaan dia menuntut ilmu, maka dia mati sebagai seorang syahid." (Riwayat Al-Bazzar dalam Musnad).



06/10/2026

๐Ÿ•Š๏ธ MOHON SUMBANGAN DERMA KILAT ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita, Puan Noor Ayuni binti Ibrahim, Bendahari Ameerah Kawasan Tanah Merah, telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan kini memerlukan bantuan kewangan bagi menampung keperluan serta urusan susulan akibat kemalangan tersebut.

Sehubungan itu, kami dengan rendah hati ingin memohon jasa baik sahabat-sahabat, saudara-mara dan semua yang berkelapangan untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan seikhlas hati bagi meringankan beban beliau dan keluarga. ๐Ÿค

๐Ÿ’š Sedikit daripada kita, besar maknanya buat beliau.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menyumbang, doa dan perkongsian hebahan ini juga amat kami hargai.

๐Ÿคฒ๐Ÿป โ€œBarang siapa yang memudahkan kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan memudahkan kesusahannya di dunia dan akhirat.โ€

Salurkan sumbangan ke:
๐Ÿฆ Bank Islam
No. Akaun: 03 0540 2070 1551
Nama: Noor Ayuni Ibrahim

Terima kasih atas keprihatinan, doa dan sokongan semua. ๐ŸŒท

Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dengan rezeki yang luas dan keberkatan yang berpanjangan.

Aamiin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป


ZIARAH KASIH AMEERAH KAWASAN TANAH MERAH ๐ŸคPetang ini, Ameerah Kawasan Tanah Merah turun menziarahi Puan Noor Ayuni Ibrah...
06/10/2026

ZIARAH KASIH AMEERAH KAWASAN TANAH MERAH ๐Ÿค

Petang ini, Ameerah Kawasan Tanah Merah turun menziarahi Puan Noor Ayuni Ibrahim di Hospital Tanah Merah yang sedang menerima rawatan selepas terlibat dalam kemalangan baru-baru ini, bersama wakil Ameerah DUN Bukit Panau.

Semoga kunjungan ini menjadi tanda ingatan dan sokongan buat Puan Noor Ayuni serta keluarga. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang baik, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Buat sahabat-sahabat yang ingin turut membantu meringankan beban beliau, sumbangan boleh disalurkan melalui QR yang tertera. Setiap sumbangan amat bermakna dan semoga menjadi asbab kebaikan serta pahala buat para penyumbang.

Sama-sama kita bantu, sama-sama kita doakan. ๐Ÿค

With Ameerah Dun Bukit Panau

๐ŸŒธ MESYUARAT BULANAN AMEERAH KAWASAN TANAH MERAH ๐ŸŒธAlhamdulillah, selesai mesyuarat bulanan Ameerah Kawasan Tanah Merah pa...
05/10/2026

๐ŸŒธ MESYUARAT BULANAN AMEERAH KAWASAN TANAH MERAH ๐ŸŒธ

Alhamdulillah, selesai mesyuarat bulanan Ameerah Kawasan Tanah Merah pada hari ini ๐Ÿค

Bersama-sama menyusun gerak kerja, berkongsi pandangan dan memperkemas perancangan demi memastikan setiap program dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan memberi manfaat kepada masyarakat.

๐Ÿ’ช๐Ÿป Terus bergerak, terus berkhidmat, terus istiqamah!

05/10/2026

AKWAM 28.0 - IRENE SOFIYA: TRAGEDI SEORANG PELAJAR ATAU KEGAGALAN SISTEM PENDIDIKAN?

Sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak belajar, membesar dan membina masa depan.

Namun apabila tragedi demi tragedi melibatkan pelajar terus berlaku, sampai bila kita mahu melihat perkara yang sama berulang? Apakah sistem yang ada hari ini benar-benar cukup untuk melindungi mereka?

Kes Irene Sofiya kembali membuka persoalan besar tentang keselamatan pelajar, tanggungjawab pihak berkaitan serta sejauh mana undang-undang dan sistem sedia ada mampu mencegah perkara seperti ini daripada terus berulang.

Saksikan kupasan khas bersama:

๐Ÿ—ฃ๏ธ Panel 1: Puan Ainul Fatirah
Pengamal Undang-undang

๐Ÿ—ฃ๏ธ Panel 2: Puan Tasneem Zainol
Pengarah Ameerah Selangor

๐Ÿง• Host : Syahirah Jafri
Exco HER, Ameerah Wilayah

๐Ÿ“… Selasa, 6 Oktober 2026
โฐ 9.15 malam โ€“ 10.15 malam
๐Ÿ“ Live di TikTok

Jangan lupa set reminder dan jumpa Selasa malam nanti!

**DERMA KILAT | RINGANKAN BEBAN, RINGANKAN UJIAN**Marilah kita bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu **Puan ...
04/10/2026

**DERMA KILAT | RINGANKAN BEBAN, RINGANKAN UJIAN**

Marilah kita bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu **Puan Noor Ayuni Ibrahim, Bendahari Ameerah Kawasan Tanah Merah**, yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kini sedang menerima rawatan.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban beliau sekeluarga. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, mengurniakan kesembuhan yang sempurna serta memberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

**Setiap sumbangan amat bermakna.** ๐Ÿคฒ

**Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin.**

Address

Tanah Merah
17500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Tanah Merah-Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share