KRT Kemahang 01

KRT Kemahang 01 KRT Kemahang 01 Ditubuhkan untuk mengeratkan perpaduan masyarakat di kalangan komuniti setempat

🤝 FAMILY DAY KRT KEMAHANG 1 2026 🤝📅 3 & 4 Julai 2026 (Jumaat & Sabtu)📍 D’Pergau InnAlhamdulillah, telah berlangsung deng...
07/07/2026

🤝 FAMILY DAY KRT KEMAHANG 1 2026 🤝
đź“… 3 & 4 Julai 2026 (Jumaat & Sabtu)
📍 D’Pergau Inn

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Family Day KRT Kemahang 1 yang menghimpunkan ahli komuniti dalam suasana penuh kemesraan, kegembiraan dan semangat kekeluargaan.

Family Day bukan sekadar aktiviti riadah, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan ukhwah, mengukuhkan silaturahim serta memupuk semangat saling mengenali dan bekerjasama dalam kalangan penduduk.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa, peserta, keluarga serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga ukhwah yang terjalin terus mekar dan menjadi asas kepada sebuah komuniti yang bersatu, harmoni dan saling membantu.

“Ukhwah Diperkukuh, Komuniti Diperkasa.”

Semoga kita dipertemukan lagi dalam program-program akan datang, insya-Allah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Hanif Mohd Hussin atas kesudian hadir ke Mesyuarat Pelantikan A...
17/06/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Hanif Mohd Hussin atas kesudian hadir ke Mesyuarat Pelantikan AJK KRT Kemahang 1 bagi sesi 2026–2029.

Tahniah kepada semua AJK yang telah dilantik. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen demi kemajuan dan kesejahteraan komuniti. Takziah juga atas tanggungjawab besar yang bakal dipikul.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan. Semoga KRT Kemahang 1 terus maju, aktif dan menjadi contoh dalam memupuk perpaduan masyarakat.

Selamat Maju Jaya kepada barisan AJK KRT Kemahang 1 sesi 2026–2029. 🤝🏻🇲🇾

PROGRAM BRISK WALK KRT KEMAHANG 1Pada hari Jumaat, 24 April 2026, jam 7:30 pagi, KRT Kemahang 1 telah menganjurkan Progr...
25/04/2026

PROGRAM BRISK WALK KRT KEMAHANG 1

Pada hari Jumaat, 24 April 2026, jam 7:30 pagi, KRT Kemahang 1 telah menganjurkan Program Brisk Walk yang melibatkan aktiviti berjalan santai mengelilingi kawasan Kampung Felda Kemahang 1 sejauh kira-kira 3 kilometer.

Alhamdulillah, seramai 30 orang peserta telah menyertai program pada hari pertama ini dengan penuh semangat dan suasana yang ceria. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk untuk bersenam, malah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama masyarakat kampung.

Insya-Allah, program ini akan diadakan pada setiap pagi Jumaat sebagai satu usaha untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk serta menggalakkan aktiviti riadah bersama komuniti.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong program ini. Diharapkan lebih ramai penduduk akan turut serta pada minggu-minggu akan datang.

“Badan sihat, masyarakat kuat, kampung pun berkat.”



04042026/SABTUAlhamdulillah, pada hari ini Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kemahang 1 bersama KRT Kemahang 2 & 3 telah berg...
04/04/2026

04042026/SABTU

Alhamdulillah, pada hari ini Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kemahang 1 bersama KRT Kemahang 2 & 3 telah berganding bahu membantu anggota keselamatan dalam menjaga dan mengawal keselamatan jalan raya.

Kerjasama ini adalah bagi memastikan kelancaran Program Larian Merentas Desa Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung dengan teratur dan selamat. Kehadiran serta komitmen semua pihak amat dihargai dalam memastikan keselamatan para peserta dan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua sukarelawan KRT serta anggota keselamatan yang telah menjalankan amanah dengan penuh dedikasi. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan menjadi contoh semangat perpaduan dalam masyarakat.

AGIHAN JUADAH BERBUKA – KRT KEMAHANG 1Alhamdulillah, pada 5 Mac 2026 semalam telah berlangsung program Agihan Juadah Ber...
06/03/2026

AGIHAN JUADAH BERBUKA – KRT KEMAHANG 1

Alhamdulillah, pada 5 Mac 2026 semalam telah berlangsung program Agihan Juadah Berbuka anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kemahang 1 untuk masyarakat setempat.

Program ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama dan semangat gotong-royong semua pihak. Juadah berbuka telah diagihkan kepada penduduk sebagai tanda kebersamaan dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua AJK KRT Kemahang 1, para sukarelawan serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada Allah SWT.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi memupuk semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam komuniti kita.

🤲 “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”



13-02-2026/JUMAATALHAMDULILLAH | MAJLIS PERLIMAU SILAT TONGKATAlhamdulillah, Majlis Perlimau Silat Tongkat anjuran KRT K...
14/02/2026

13-02-2026/JUMAAT

ALHAMDULILLAH | MAJLIS PERLIMAU SILAT TONGKAT

Alhamdulillah, Majlis Perlimau Silat Tongkat anjuran KRT Kemahang 1 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan jayanya. Kehadiran anak mukim, penduduk setempat serta para pesilat telah memeriahkan suasana dan menghidupkan kembali warisan seni silat Melayu.

Semangat kebersamaan, silaturahim dan sokongan padu daripada masyarakat menjadi bukti bahawa warisan budaya kita terus dihargai dan dipelihara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK, pesilat, sukarelawan serta para penyumbang yang menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini diberkati dan menjadi asbab kebaikan untuk kita semua.

Jumpa lagi dalam program akan datang, insya-Allah.

JEMPUTAN TERBUKADengan hormatnya, semua anak mukim dan penduduk setempat dijemput hadir ke Program Perlimau Silat yang a...
13/02/2026

JEMPUTAN TERBUKA

Dengan hormatnya, semua anak mukim dan penduduk setempat dijemput hadir ke Program Perlimau Silat yang akan diadakan seperti berikut:

đź—“ Hari: Jumaat
⏰ Masa: 9.00 malam
📍 Tempat: Dataran KRT Kemahang 1

Program ini terbuka kepada semua.
🍽 Makanan & BBQ disediakan

Marilah kita hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program, mengeratkan silaturahim serta memartabatkan seni warisan silat.

Semua dijemput hadir.

“Throwback”Alhamdulillah, pihak SRS KRT Kemahang 1 telah turut serta membantu menjaga keselamatan dan kelancaran program...
03/02/2026

“Throwback”

Alhamdulillah, pihak SRS KRT Kemahang 1 telah turut serta membantu menjaga keselamatan dan kelancaran program Merentas Desa pelajar SMK Kemahang. Terima kasih diucapkan kepada semua anggota SRS yang bertugas dengan penuh komitmen dan tanggungjawab demi keselamatan anak-anak pelajar kita. (29-1-2026)

Selain itu, KRT Kemahang 1 juga telah berjaya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa KRT Kemahang 1 Bil. 1/2026 bagi membincangkan perancangan serta hala tuju program dan aktiviti KRT sepanjang tahun 2026 demi kesejahteraan komuniti setempat. (1-2-2026)

Dalam masa yang sama, AJK KRT Kemahang 1 turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan Bilik Operasi KRT Kemahang Satu sebagai persiapan awal bagi menghadapi program-program terdekat yang akan dilaksanakan. (31-1-2026)

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak.
Semoga segala usaha ini diberkati dan memberi manfaat kepada seluruh warga Kemahang Satu.

—
KRT Kemahang Satu
Bersama Masyarakat, Demi Kesejahteraan Bersama

Address

No 299, Felda Kemahang 01
Tanah Merah
17500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Kemahang 01 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share