Halaqat Anak Muda Tanah Merah -Himmah-

Halaqat Anak Muda Tanah Merah -Himmah- HIMMAH, sebuah NGO yang keahliannya terdiri dari anak muda Tanah Merah termasuk mahasiswa dan Gradua

Sudah bermula. Moga Allah permudahkan urusan Kita semua.
26/11/2024

Sudah bermula. Moga Allah permudahkan urusan Kita semua.

Bachok Mula Banjir.

1. Bachok, kawasan pesisir pantai dan tanah pertanian - hadapannya laut terbentang, belakangnya sungai menjalar.

2. Di kawasan pantai, warganya berdepan ribut dan ombak membadai. Di kawasan baruh, warganya berdepan air yang naik cepat ke paras pinggang.

3. Datang musim tengkujuh, paling awal terjejas adalah warga Pantai Damat, Kubang Golok, Kemasin, Pulau Belongan, Kpg Nipah, Melawi, Rekang, Kandis dan sekitarnya - hakisan pantai, atap tercabut, pokok tumbang, jalan rosak.

4. Di kawasan baruh dan sawah - banyaknya di Tawang dan Jelawat, tanah tinggi rendah menyebabkan air cepat naik ke paras pinggang. Warganya sudah bersedia, paling awal dipindahkan ke PPS.

5. Tahun ini, Bachok yang pertama PPS dibuka.

6. Terima kasih pasukan keselamatan yang sentiasa siap siaga, pantas menyelamat, segera salurkan bantuan - PDRM, ATM, Bomba, APM, JKM, KKM, JKR, JPS, RELA; diselaras bersama Ketua Jajahan, Pusat Khidmat DUN & Parlimen, juga Penghulu, AMAL dan pemimpin masyarakat.

7. Di beberapa tempat, telah kami santuni. Maaf andai ada kampung yang belum sempat ditangani.

8. Pesanan kepada semua, sentiasa waspada dengan persekitaran - hujan, air bah, angin & ombak. Patuhi arahan pihak keselamatan dari masa ke masa.

9. Tamat musim tengkujuh kelak, menyusul p**a musim kemarau. Tanah kering kontang, tanaman & ternakan terjejas, asap jerebu melanda.

10. Biasanya, Bachok juga yang pertama.

Ya Allah, kurniakan kekuatan kepada kami untuk berdepan musibah cuaca yang bersilih ganti ini.

Semoga Allah selamatkan kita semua, dengan rahmat dan ehsan-Nya yang tidak terhingga.

Fi hifzillah insya-Allah.

SS, Bachok
23 November 2024

[KELAS IQRA' & AL-QURAN (KIQ) ]Buat Abe kakok yang nak belajar , atau nak hantar anak-anak belajar Quran, jemput mendaft...
26/11/2024

[KELAS IQRA' & AL-QURAN (KIQ) ]

Buat Abe kakok yang nak belajar , atau nak hantar anak-anak belajar Quran, jemput mendaftar dengan Kelas Ust Faris ni, Kelas akan dibuat di Surau As-Salam Kampung Bukit Tebu.

Mano Bukit Tebu ni? Tempat ado MATTAM tu, cabea depan Ibu Api deh.

Bereh, pakat2 Kita kenal Dan cinta Quran.

Berehh.

Gapo-gapo, Whatsapp Ust Faris, Tekan jah link 🔗 dibawah!:
https://wa.link/rjyw9m


08/03/2024

[Ameerah Talk: Ambang Ramadan]

"Self-Love Ramadan"

Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Bagaimana dengan rutin harian kita? Adakah sudah cukup bersedia bagi menyambut puasa?

Bagaimana nak jaga kesihatan sepanjang berpuasa?

Bagaimana nak dapatkan rawatan bagi yang memerlukan?

Dan apakah sunnah yang boleh membantu penjagaan kesihatan sepanjang Ramadan?

Ayuh bersama dengan Dr Ilyani, Pegawai Perubatan dan Pengasas Momen Buku bagi mengupas persoalan-soalan diatas di siaran langsung facebook Ameerah Kawasan Tanah Merah dan Momen Buku.

Sekiranya anda ada persoalan boleh tulis diruangan komen semasa live.

Jumpa anda semua nanti pada 08 Mac 2024, Jumaat jam 9 malam.

Terima Kasih YAB Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob , kerana memahami denyut nadi mahasiswa/wiBuat para mahasiswa...
06/07/2023

Terima Kasih YAB Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob , kerana memahami denyut nadi mahasiswa/wi

Buat para mahasiswa & mahasiswa, pakat2 balik untuk ngundi tu. Pilihlah yang terbaik untuk negeri kita.

"Kemanapun kito gi, Kelate tetap dihati, tempat tupoh daroh sendiri, Kelate yang ku sayangi"

Address

Jalan Hospital
Tanah Merah
17500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Halaqat Anak Muda Tanah Merah -Himmah- posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Halaqat Anak Muda Tanah Merah -Himmah-:

Share