Puspanita Cawangan Jajahan Tanah Merah

Puspanita Cawangan Jajahan Tanah Merah Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia atau nama singkatannya PUSPANITA.

Puspanita Cawangan Jajahan Tanah Merah
d/a PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TANAH MERAH, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN

Assalamualaikum WBT.Alhamdulilah PUSPANITA  Cawangan Jajahan Tanah Merah telah berjaya mengadakan Program Seminar Fiqh W...
22/11/2024

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulilah PUSPANITA Cawangan Jajahan Tanah Merah telah berjaya mengadakan Program Seminar Fiqh Wanita "Wanita Berilmu Wanita Unggul" Anjuran PUSPANITA Cawangan Jajahan Tanah Merah Bagi Tahun 1446/ 2024 M pada tarikh dan tempat sebagaimana berikut :

*10 November 2024 (Ahad)
*Di Dewan Jubli Perak Membangun Bersama Islam, Majlis Daerah Tanah Merah.

Antara kupasan isu dalam seminar tersebut ialah :

Slot pertama : Bicara Fiqh Darah Wanita disampaikan oleh Ustazah Khalilah binti Zainon, Penolong Kanan Pentadbiran SMITI Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh.

Slot kedua : Isu-Isu Wanita di Mahkamah Syariah disampaikan oleh Puan Norzila, Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Tanah Merah

Program ini telah dihadiri oleh Puan Pengerusi Puspanita cawangan Jajahan Tanah Merah ,
100 orang peserta yg terdiri daripada AJK dan Ahli-Ahli PUSPANITA daripada jabatan di seluruh Jajahan Tanah Merah.

Pertandingan Gubahan Bunga Pesta Flora Negeri Kelantan Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang M...
21/11/2024

Pertandingan Gubahan Bunga Pesta Flora Negeri Kelantan Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke 55 Tahun 2024

Tarikh : 6.11.2024-8.10.2024
Masa : 9.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Taman Perbandaran Tengku Anis, Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan

Kategori yang dipertandingkan :

1) Gubahan Bunga Dari Rempah Ratus
2) Gubahan Bunga Dari Fabrik dan Tekstil
3) Gubahan Bunga Hidup ( Hiasan Meja Bulat Majlis Rasmi Makan Malam)

Alhamdullillah, PUSPANITA Jajahan Tanah Merah telah memenangi :

1) Gubahan Bunga Dari Rempah Ratus - Johan
2) Gubahan Bunga Dari Fabrik dan Tekstil - Tempat Kedua

Tahniah diucapkan kepada peserta- peserta

01 Oktober 2024, Selasa - Majlis Taman Pesta Flora sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan ke Bawah Duli Yang Maha M...
21/11/2024

01 Oktober 2024, Selasa - Majlis Taman Pesta Flora sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V 2024

Alhamdullillah, Jajahan Tanah Merah telah memenangi tempat Pertama(1) Pertandingan Landskap dan Tempat Kedua (2) Pesta Air.

Ucapan tahniah kepada pihak MDTM, YABrs Tuan Ketua Jajahan, YBrs Pengerusi Puspanita Tanah Merah dan AJK dan semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dlm menjayakan pertandingan pesta flora dan pesta air tahun 2024

21 September 2024, Sabtu - Majlis Perasmian Sambutan 100 Tahun Jambatan Guiilemard Tanah Merah Kelantan Sempena Perayaan...
21/11/2024

21 September 2024, Sabtu - Majlis Perasmian Sambutan 100 Tahun Jambatan Guiilemard Tanah Merah Kelantan Sempena Perayaan Ulangtahun KDYMM Sultan Muhammad Ke 55

20/11/2024

22 Ogos 2024, Khamis - Puspanita Jajahan Tanah Merah menyertai Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan tahun 2024

Seramai 2 orang pelajar cemerlang yang dapat melanjutkan pengajian ke IPTA daripada Jajahan Tanah Merah menerima sumbangan pada majlis tersebut.

20/11/2024



𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐕𝐈𝐒𝐈𝐓 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍  𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒, 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀:𝐉𝐀𝐉𝐀...
16/09/2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐕𝐈𝐒𝐈𝐓 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒, 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀:𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇❤‍🩹🌉🚆

11 September 2024 (Rabu) -

Alhamdullillah...dan tahniah!

Program Lawatan Kebajikan PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan Sempena Visit Kelantan 2024, Siri Kedua:Jajahan Tanah Merah telah berjaya diadakan.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg.Datin Kaya Setia Datin Dr.Hjh.Wan Nazariah Bt.W.Hassan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan dengan penyampaian sumbangan Tabung Infaq PUSPANITA kepada 25 orang keluarga asnaf.

Sekalung penghargaan diucapkan di atas sumbangan Tabung Infaq PUSPANITA yang telah disampaikan kepada para penerima.

Semoga dengan program kebajikan ini akan meringankan beban keluarga asnaf , mengeratkan silaturahim dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada semua ahli/ peserta.

Seramai 30 delegasi dari PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan yang terdiri daripada Majlis Pengurusan Tertinggi PUSPANITA dan AJK yang menyertai program ini, manakala seramai 35 orang wakil tuan rumah yang terdiri dari 23 AJK PUSPANITA Jajahan Tanah Merah dan 12 orang pegawai-pegawai PJTM&MDTM turut sama meraikan kunjungan pihak Negeri.

YBhg Datin Kaya Setia dan rombongan telah dibawa melawat ke tempat bersejarah iaitu Jambatan Keretapi Guillemard dan menikmati jamuan makan tengahari di Restoran Selera Tepi Sungai.

Pihak PUSPANITA Jajahan Tanah Merah sempat berkongsi cara cara menyediakan masakan moden (desert) dan masakan tradisional untuk tatapan YBhg Datin kaya Setia dan rombongan melalui sesi demonstrasi membuat Kuih Lepat Pisang dan Strawberry Chill Cake.

Semoga kunjungan ini tidak terhenti di sini dan pihak PUSPANITA Jajahan Tanah Merah sentiasa mengalu alukan kunjungan pihak rombongan Negeri di masa masa akan datang.

Address

Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099556007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Cawangan Jajahan Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puspanita Cawangan Jajahan Tanah Merah:

Share