20/07/2026
APA??? HAMPIR 3,000 ORANG PELAJAR TELAH HADIR!!! ALHAMDULILLAH.
MAJLIS SUMBANGAN CENDERAHATI DAN DUIT POKET KEPADA SEMUA PELAJAR YANG MENDUDUKI SPM, SVM, STPM DAN STAM PADA TAHUN 2025.
TANAH MERAH, 18 JULAI - Sambutan yang hangat dan di luar dugaan apabila hampir 3,000 orang pelajar Tanah Merah telah hadir dan menerima sumbangan daripada Penaung PERMATATM, YB Dato' Sri Hj. Ikmal Hisham Abdul Aziz pada Majlis Sumbangan Cenderahati dan Duit Poket Kepada Semua Pelajar lepasan SPM, SVM, STAM dan STPM termasuk mereka yang belajar di sekolah-sekolah luar Parlimen Tanah Merah yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun 2025 di Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Tanah Merah, Tanah Merah pada hari ini.
Majlis Sumbangan Cenderahati Dan Duit Poket ini telah melibatkan Dua sesi di mana Sesi Pagi untuk Pelajar SPM dan SVM manakala untuk Sesi Petang p**a untuk Pelajar STPM dan STAM.
Kehadiran yang sangat memberangsangkan dan
Angka yang Cukup Luar Biasa Kehadirannya.
Syukur! Tahniah dan Syabas buat semua.
Untuk Majlis Sumbangan ini, Jangkaan awal urus setia menjangkakan hanya lebih kurang 1,300 orang sahaja yang mungkin hadir ke Majlis ini memandangkan ada yang telah mendaftar ke tempat belajar masing-masing tetapi sebaliknya telah berlaku.
Kehadiran pada majlis ini juga CUKUP LUAR BIASA di mana para pelajar anak Tanah Merah sanggup hadir semata-mata untuk menerima sumbangan daripada YB Dato' Sri Hj. Ikmal Hisham.
Pada majlis anjuran Persatuan Mahasiswa dan Siswazah Tanah Merah (PERMATATM) yang mana YB Dato' Sri Hj. Ikmal Hisham selaku penaung, para pelajar yang hadir telah menerima sumbangan powerbank, beg, bekas makanan serta ditunggu-tunggu duit poket tanpa mengira keputusan yang mereka capai dalam peperiksaan masing-masing.
Jutaan Terima kasih buat para pelajar serta ibu bapa yang hadir sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Semoga dengan pemberian ini ia dapat memberi keceriaan dan manfaat kepada para pelajar Tanah Merah kita.
Sememangnya terdampak Keceriaan dan Kegembiraan yang muncul oleh riak wajah pelajar kita setelah menerima sumbangan yang sangat bermakna ini.
Turut hadir bersama ialah YB Tuan Almidi (ADUN Bukit Bunga), Puan Dayang Saniah dan Encik Faisol selaku Pegawai Khas Ahli Parlimen Tanah Merah dan Saudara Zulhilmi selaku Timbalan Presiden PERMATA Tanah Merah.
Sampai kita berjumpa lagi untuk program seterusnya. Insya-Allah.
TERBAIKLAH SEMUA! ‘Awesome’👍🏻🫰🏼