KRONOLOGI PENUBUHAN GABUNGAN PERSATUAN PENJAJA DAN PENIAGA MELAYU MALAYSIA (GAPEMA)
GAPEMA telah didaftarkan secara sah pada 28hb Oktober 2015 di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Sarawak dengan no pendaftarannya - PPM-026-13-28102015. Alamat pertubuhan ialah di Lot 331-1-8, Wisma Phonix, Jalan Song Thian Cheok, 93100 Kuching, Sarawak. Keahlian persatuan terdiri dari penjaja dan peniaga Melayu/
Bumiputera yang berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) atau PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) atau agensi-agensi yang diiktiraf oleh kerajaan. Mestilah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai perniagaan di dalam Malaysia. Kategori ahli adalah :-
i) Ahli Biasa - Mestilah orang yang berketurunan Melayu atau Bumiputera mengikut Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. ii) Ahli Bersekutu - Mestilah terdiri daripada semua kaum selain daripada Melayu atau Bumiputera mengikut Perkara 160 Perlembagaan Malaysia dan mestilah memiliki kewarganegaraan Malaysia. Manakala Ahli Kehormat adalah ahli yang dilantik oleh Majlis Kerja Tertinggi terdiri dari semua jenis kaum yang telah banyak memberi jasa, sokongan, bantuan dan tunjuk ajar kepada Gapema. Ahli Kehormat juga mestilah mempunyai kewarganegaraan Malaysia. Tetapi ia tidak mempunyai hak mengundi dan tidak dikenakan bayaran yuran ahli. Pentadbiran Gapema p**a terdiri dari :-
i) Seorang Presiden
ii) Seorang Timbalan Presiden
iii) Lima orang Naib Presiden
iv) Tujuh orang Ahli Jawatankuasa Agung
v) Dua orang pemeriksa kira-kira Agung
dan presiden mempunyai kuasa (dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi) melantik :
i) Seorang Setiausaha Agung
ii) Seorang Bendahari Agung
iii) Seorang Ketua Penerangan Agung
iv) Seorang Ketua Usahanita Agung
v) Seorang Ketua Usahawan Muda Agung
vi) Seorang Pengerusi Badan Perhubungan Gapema di setiap Negeri. Diperingkat Negeri, ia dikendali oleh Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri diketuai oleh Seorang Pengerusi Perhubungan Negeri dengan dibantu oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri, Setiausaha Perhubungan Negeri, Bendahari Perhubungan Negeri, Ketua Usahanita Perhubungan Negeri, Ketua Usahawan Muda Perhubungan Negeri, 5 orang Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan 2 orang pemeriksa kira-kira Perhubungan Negeri. Dalam Mesyuarat Agung Pertama Gapema yang berlangsung pada 01/12/2015 di Kuching, Sarawak; cadangan usul pindaan perlembagaan telah diterima dan diluluskan. Dalam Mesyuarat Agung ini juga pemilihan Ahli Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi Gapema menyaksikan Datuk Hj. Mohammad Hj Mahmod dipilih menjadi Presiden Gapema untuk penggal pertama.