PIBG SMK Seri Perling

PIBG SMK Seri Perling SMK Seri Perling a secondary school in Malaysia Johor State.SMK Seri Perling berada di Taman Perling

06/05/2026
🎪🚌Kami menanti kehadiran anda🎪🎯 ada banyak aktiviti untuk disertai. 💠🎯jangan lupa set tarikh ini✅🎯peluang untuk merasai ...
04/05/2026

🎪🚌Kami menanti kehadiran anda🎪

🎯 ada banyak aktiviti untuk disertai. 💠
🎯jangan lupa set tarikh ini✅
🎯peluang untuk merasai pengalamam menarik dan mencungkil bakat terpendam‼️🎨🧁

‼️‼️JOM KE FIESKO 2026 SMK SERI PERLING‼️‼️

📆 9 MEI 2026💥💥

Apakah yang akan berlaku di SMK SERI PERLING pada 9 Mei ini???🎯 ada banyak aktiviti untuk disertai. 💠🎯jangan lupa set ta...
04/05/2026

Apakah yang akan berlaku di SMK SERI PERLING pada 9 Mei ini???
🎯 ada banyak aktiviti untuk disertai. 💠
🎯jangan lupa set tarikh ini✅
🎯peluang untuk merasai pengalamam menarik dan mencungkil bakat terpendam‼️

‼️‼️JOM KE FIESKO 2026 SMK SERI PERLING‼️‼️

04/05/2026

Jangan lupa tarikh ini
💥9 Mei 2026💥

Jemput datang memeriahkan program FIESKO 2026

✨ JUALAN AMAL PIBG SMK SERI PERLING SEMPENA FIESKO 2026 ✨Jom sama-sama memeriahkan Jualan Amal anjuran PIBG SMK Seri Per...
29/04/2026

✨ JUALAN AMAL PIBG SMK SERI PERLING SEMPENA FIESKO 2026 ✨

Jom sama-sama memeriahkan Jualan Amal anjuran PIBG SMK Seri Perling! Pelbagai juadah menarik, barangan unik, dan tawaran istimewa menanti anda. Sambil membeli, anda turut menyumbang kepada usaha kebajikan dan pembangunan sekolah.

💛 Matlamat program Jualan Amal
1. Memupuk semangat kerjasama antara warga sekolah dan ibu bapa/penjaga.
2. Berkongsi rezeki sambil beramal.

📢 Ayuh sumbang dan sokong!
Setiap sumbangan tuan puan adalah sangat bermakna.

⭐️ Sila rujuk jadual penghantaran sumbangan mengikut tingkatan.

💥Jangan lupa, bawa keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama merasai kemeriahan dan keberkatan.💥

“Belanja sambil beramal, eratkan silaturahim!” 💫

29/05/2025

10.5.2025
🎆Majlis Makan Malam Amal dan Majlis Sambutan Jubli Mutiara SMK Seri Perling 🎆

Pihak sekolah berasa bertuah dan bersyukur kerana kita ditakdirkan untuk berjumpa di Majlis Makan Malam Amal Jubli Mutiara anjuran PIBG SMK Seri Perling. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada:

Tuan Haji Azam Bin Haji Haron Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Rakyat, Parlimen Pulai
Wakil rasmi Yang Berhormat Suhaizan Binti Kaiat Ahli Parlimen Pulai

Tuan Haji Yahya Bin Mohamed Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPNJ

semua penyumbang, tetamu jemputan yang sudi membeli tiket untuk hadir ke majlis ini.

Majlis Makan Malam Amal ini dianjurkan dengan matlamat mengumpul dana PIBG bagi memenuhi keperluan mendesak sekolah untuk menyediakan persekitaran kondusif kepada warga sekolah sebagai asas membentuk pelajar cemerlang. Kutipan dana tersebut diperlukan untuk membiayai kerja membaik pulih Dewan Ibnu Sina, Surau al Rahmah, dan pendawaian bangunan lama. Selain itu, bangunan sekolah juga perlu dicat baharu dan smart TV perlu disediakan di semua kelas serta bilik khas. Peruntukan kewangan yang besar sangat diperlukan dan kutipan dana majlis ini diharap meringankan beban kewangan pihak sekolah seperti pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Justeru, penganjuran majlis ini ibarat wadah untuk kita bersatu mencapai matlamat “ ONE TEAM ONE DREAM”. Pihak sekolah berharap hasil sumbangan ini akan memotivasikan para guru dan murid ke arah kecemerlangan pendidikan.
Sesungguhnya, kami warga SMK Seri Perling berjanji tidak akan mempersiakan sumbangan yang diperoleh daripada tuan-tuan dan puan-puan. Setiap sen yang dikeluarkan akan digunakan sebaik-baiknya demi kepentingan bersama. Kemurahan hati para penyumbang sangatlah kami hargai dan semoga Tuhan membalas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dengan sebaik-baik balasan di dunia dan akhirat.

Pulau pandan jauh ke Tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.



29/05/2025
Mesyuarat AJK PIBG bilangan 2/2024 (14 Julai 2024). Pihak PIBG mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa, syarikat-syar...
14/07/2024

Mesyuarat AJK PIBG bilangan 2/2024 (14 Julai 2024).

Pihak PIBG mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa, syarikat-syarikat, alumni untuk membantu pihak sekolah menyediakan kemudahan kondusif kepada pelajar serta membantu melaksanakan program-program akademik dan kokurikulum berjalan dengan lancar.

Sumbangan tuan puan boleh disalurkan ke akaun PIBG SMK SERI PERLING 3981662824 (Public bank). Ref: derma sekolah.

ONE TEAM, ONE DREAM.

Address

Tampoi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SMK Seri Perling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PIBG SMK Seri Perling:

Share