24/02/2026
๐๐ผ๐๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฟ๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐
Pada 15 Februari jam 6.00 petang,kami dari Persatuan Kebajikan Bestari Tampin telah membuat lawatan ke sebuah tokong yang terletak di Bandar Satelite, Pulau Sebang, berhampiran dengan Restoran Zol Sate.
Hasil lawatan mendapati seorang wanita India berusia sekitar 50-an bersama seorang lagi wanita sekitar 30-an dan seorang kanak-kanak berumur setahun lebih telah hampir 2 bulan menetap di lokasi tersebut dan diifahamkan mereka menyara kehidupan harian dengan meminta sedekah di sekitar kawasan berhampiran.
Kami turut dimaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut menghidap penyakit asma dan tinggal dalam keadaan yang tidak teratur serta kurang sesuai dari segi kesihatan dan keselamatan.
Susulan lawatan tersebut, pihak kami telah menyalurkan maklumat kepada beberapa agensi berkaitan termasuk JKM, MAIM, pihak EXCO NEGERI serta BALAI POLIS berhampiran untuk tindakan lanjut.
Walau bagaimanapun, kes ini melibatkan beberapa aspek yang kompleks termasuk isu dokumentasi, ketiadaan bapa ketika itu serta perkara lain yang memerlukan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.
Tujuan paparan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak hanya memberikan wang sebagai penyelesaian sementara.
๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐๐ก๐ฌ๐ ๐ ๐๐ก๐๐ ๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐๐จ๐ ๐ฃ๐๐ ๐ ๐๐ก๐, ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ก๐ฌ๐ ๐๐๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ช๐๐๐๐ ๐ฆ๐จ๐ฃ๐๐ฌ๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐ช๐๐๐๐ฅ๐ก๐ฌ๐ ๐๐๐ฃ๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐, ๐๐๐จ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ก๐ฌ๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐-๐๐๐ก๐๐.
Terima kasih atas keprihatinan semua.