Kelab Belia Integrasi Tambunan - KBIT

Directions

Kelab Belia Integrasi Tambunan - KBIT Kelab ini didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia (RoY) dengan halatuju untuk menyatukan semua

🎮 KEJOHANAN ESPORT ANTIDADAH BELIA SEMPENA HARI SABAH 🎮Panggilan untuk semua gamers! Hadiah terkumpul bernilai RM2,600 m...
17/08/2026

🎮 KEJOHANAN ESPORT ANTIDADAH BELIA SEMPENA HARI SABAH 🎮
Panggilan untuk semua gamers! Hadiah terkumpul bernilai RM2,600 menanti anda!
🗓 Tarikh: 29 Ogos 2026
📍 Lokasi: Dewan Perpustakaan Tambunan
Game Dipertandingkan:
🔹 Mobile Legends: Bang Bang — RM20 / Team
🔹 Tekken 8 — RM10 / Pax
Turut diadakan aktiviti sampingan seperti Pameran AADK, Pocket Talk (sijil disediakan), Cabutan Daftar Ahli & Mini Games!
📲 Pendaftaran & Pertanyaan:
Hubungi Ronald di 014-552 0379 atau scan QR code pada poster.

13/08/2026
Setinggi-tinggi Tahniah kepada Saudara Suhaili Laiman atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Daerah Tambunan. Satu amanah d...
11/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah kepada Saudara Suhaili Laiman atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Daerah Tambunan.
Satu amanah dan tanggungjawab yang besar, namun berbekalkan pengalaman beliau bersama Skuad Antidadah dan Kelab Belia Integrasi Tambunan, yakin beliau dapat menjalankan tugas ini dengan baik.
Semoga sentiasa diberi kemudahan, Kerendahan hati, dan kekuatan untuk terus berkhidmat demi masyarakat dan daerah Tambunan. Selamat menjalankan tugas!

KONSERT TAHUNAN HOMARTS 2026: SOKONGAN PADU KBIT TERHADAP BAKAT MUDA & INDUSTRI KREATIF TAMBUNAN! 🎼🔥Syabas dan tahniah! ...
30/06/2026

KONSERT TAHUNAN HOMARTS 2026: SOKONGAN PADU KBIT TERHADAP BAKAT MUDA & INDUSTRI KREATIF TAMBUNAN! 🎼🔥

Syabas dan tahniah! 👏👏 Kelab Belia Integrasi Tambunan (KBIT) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak House of Music Arts (HOMARTS) atas kejayaan penganjuran Konsert Tahunan HOMARTS 2026 yang berlangsung meriah pada 27 Jun lalu di Dewan Johnity, Tambunan!
Majlis perasmian konsert ini telah disempurnakan oleh YBhg. Mohd Azri Jaini Jeffrey (Pegawai Daerah Tambunan) yang mewakili YB DSP Dr. Jeffrey G. Kitingan (Ahli Parlimen P.180 Keningau / ADUN N.39 Tambunan / Pengerusi SAMA).
Pengerusi Kelab Belia Integrasi Tambunan, Saudara Suhaili Laiman, dalam kenyatannya menyifatkan program seumpama ini sebagai platform terbaik dalam mencungkil dan menggilap potensi sebenar anak muda di daerah ini. Beliau menegaskan bahawa industri kreatif dan seni muzik kini bukan sekadar hobi, malah mampu menjadi kerjaya profesional yang menjamin masa depan belia jika disusuli dengan pendidikan yang sistematik.
Antara perkara penting yang menjadi perhatian KBIT:

Pendidikan Muzik Sistematik Mengubah bakat semula jadi kepada kemahiran profesional yang mampu bersaing di pasaran industri kreatif yang lebih luas.

Inklusif dan Menyatukan Penghargaan penuh kepada HOMARTS atas usaha murni mendidik lebih 100 pelajar termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Muzik sememangnya agen penyatuan komuniti yang ampuh!

Fasiliti Moden Kewujudan dewan recital, studio, dan Wind Orchestra membuka peluang luar biasa untuk anak muda Tambunan berkembang secara menyeluruh.
KBIT amat menyokong hasrat Pentadbiran Daerah Tambunan yang komited untuk terus memberi peluang kepada pelajar HOMARTS dan anak-anak muda tempatan untuk terlibat dalam pelbagai program rasmi kerajaan serta acara komuniti. Ini adalah platform terbaik untuk membina pengalaman profesional dan meningkatkan keyakinan diri belia kita.
Syabas sekali lagi kepada pengurusan HOMARTS, barisan tenaga pengajar, ibu bapa, dan para pelajar. Teruskan berkarya dan mengharumkan nama daerah kita!

Happy Harvest Festival.May this Kaamatan season strengthen our unity, celebrate our diversity, and inspire harmony among...
30/05/2026

Happy Harvest Festival.
May this Kaamatan season strengthen our unity, celebrate our diversity, and inspire harmony among all communities.
“Kaamatan: Harvesting Unity, Celebrating Harmony”

Kelab Belia Integrasi Tambunan
Skuad Antidadah Daerah Tambunan

18 Mei 2026Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengerusi Kelab Belia Integrasi Tambunan, Saudara Suhaili Laiman, bersama...
19/05/2026

18 Mei 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengerusi Kelab Belia Integrasi Tambunan, Saudara Suhaili Laiman, bersama seluruh jawatankuasa dan team kelab yang telah hadir memenuhi jemputan bagi memeriahkan lagi Majlis Perasmian House of Music Arts (HOMARTS).
Majlis yang penuh bermakna ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kampung Keranaan, Tambunan. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Pengerusi SAMA (Sabah Agricultural Marketing Authority, merangkap Dewan Undangan N.39 Tambunan, dan Ahli Parlimen P.180 Keningau.
Turut sama hadir bagi memberikan sokongan padu dalam majlis ini ialah Tuan Prem J. Kitingan Pegawai Pembangunan Daerah (DDO) .

• Belia Tambunan Membina Nama di Persada Dunia
Kehadiran pihak KBIT di majlis ini juga menjadi simbolik kepada sokongan berterusan terhadap pembangunan modal insan di Tambunan. Kita amat berbangga kerana pada hari ini, ramai belia dari Tambunan telah berjaya melangkah jauh dan melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara. Kejayaan mereka memburu ilmu di peringkat antarabangsa membuktikan bahawa anak muda kita mempunyai kualiti, bakat, dan daya saing yang tinggi!

• Inisiatif Hebat HOMARTS: Bangunan Mesra OKU
Syabas dan sekalung penghargaan juga diucapkan kepada pihak HOMARTS atas pembukaan bangunan baharu yang direka khas dan mesra untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Langkah inklusif ini membuktikan bahawa seperti mana belia kita terbang jauh ke luar negara untuk akademik, bidang seni di tanah air juga tidak pernah meminggirkan sesiapa.
Muzik bukanlah sesuatu yang hanya dinilai pada pancaindera, tetapi ia adalah getaran yang hidup subur di dalam jiwa. Keterbatasan fizikal bukanlah sebuah tembok penghalang, kerana di HOMARTS, sunyi mampu diubah menjadi sebuah simfoni indah, dan kegelapan mampu melahirkan melodi yang memukau.
Kekurangan bukanlah penamat kepada sebuah impian. Golongan OKU juga berhak, mampu, dan kini sedia untuk menggegarkan dunia serta membuktikan bahawa jiwa mereka juga mampu melahirkan karya seorang permata seni!

Syabas sekali lagi kepada HOMARTS. Semoga sinergi antara kepimpinan YB DSP, pihak DDO, HOMARTS, dan Kelab Belia Integrasi Tambunan akan terus melahirkan generasi muda yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik di menara gading luar negara, mahupun dalam mengangkat bakat seni tanpa sempadan!

Throwback TYF2025: Mengimbau Detik Bersejarah Belia Tambunan! .. (22 November 2025)Masih segar dalam ingatan kami di Kel...
10/05/2026

Throwback TYF2025: Mengimbau Detik Bersejarah Belia Tambunan! .. (22 November 2025)
Masih segar dalam ingatan kami di Kelab Belia Integrasi Tambunan (KBIT) sewaktu menjayakan Tambunan Youth Festival 2025 (TYF2025) yang telah dirasmikan oleh
YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G Kitingan, ADUN N.39 Tambunan merangkap Ahli Parlimen P.180 Keningau.
Kehadiran dan amanat Datuk Seri pada hari tersebut membuktikan betapa pentingnya peranan anak muda dalam pembangunan daerah Tambunan yang tercinta.
Kejayaan besar ini juga adalah hasil visi dan kepimpinan kental Encik Suhaili Laiman, selaku Pengerusi Penganjur TYF2025 merangkap Pengerusi KBIT. Di bawah bimbingan beliau, kelab kita terus komited memastikan aspirasi belia dalam bidang keusahawanan, sukan, pendidikan, dan kemahiran terus diperkasa.
Terima kasih Datuk Seri Panglima dan Tuan Pengerusi atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan kepada kami. Kenangan di Pisompuruan Square ini akan sentiasa menjadi pembakar semangat untuk kita terus melangkah jauh!
“SPARK THE FUTURE” !!

Address

Tambunan
89657

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Integrasi Tambunan - KBIT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share