28/04/2024
KENINGAU : Tanggal 26-28 April 2024, seramai 44 peserta wanita dari pelbagai kategori telah menghadiri Kursus Asas Kepimpinan Wanita, Zon 5 Siri 3/2024 yang dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Wanita Sabah (AKWan), di Grand Maple, Hotel Juta, Keningau.
Akademi ini diwujudkan untuk mengedalikan program Kepimpinan yang dinaungi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) .
Daripada jumlah tersebut, seramai 10 peserta yang berasal daripada Tambunan dan 4 daripadanya merupakan alumni program Woman in Leadership (WIL) Fasa 1 & 2 iaitu Pn Farah Trancisca yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Kepimpinan Wanita Tambunan (WIL TAMBUNAN), Pn Shirley Tiun, Pn. Jesseca Liew (Setiausaha WIL TAMBUNAN) dan Pn. Mary Jacqueline.
Dua daripada peserta WIL Tambunan telah mendapat penghargaan sebagai "Peserta Komited" daripada senarai 10 penerima.
Mereka adalah, Pengerusi WIL Tambunan sendiri iaitu, Puan Farah Trancisca Sylvester dan Puan Mary Jacqueline.
Selain ilmu dan kenalan baru, para peserta juga berpeluang untuk mengenali beberapa tokoh hebat negeri Sabah sebagai penceramah serts bersapa langsung dengan barisan tertinggi Ahli Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS).
Selain itu, program lain berkaitan keusahawanan yang turut dikelolakan oleh Majlis Penasihat Wanita Sabah juga berjaya menarik perhatian peserta yang juga merupakan usahawan tempatan. Melalui kursus kepimpinan ini, daripada sekecil-kecil penampilan, sehinggalah topik yang lebih berat seperti integriti dan transformasi kepimpinan telah dikongsikan kepada semua peserta.
Program ini dijalankan secara bertahap iaitu Tahap 1-Asas, Tahap 2-Pertengahan dan Tahap 3-Lanjutan.
Penyertaan WIL Tambunan di program baru-baru ini, adalah di dalam Tahap 1 iaitu Asas, seusai Tahap 1, keseluruhan peserta akan ditapis untuk ke tahap seterusnya iaitu Tahap 2 - Pertengahan dan seterusnya ke Tahap 3 - Lanjutan.
Bagi menghargai penyertaan peserta, sebuah majlis apresiasi/graduasi akan diadakan bagi meraikan peserta yang tamat dengan jayanya dalam ketiga-tiga Tahap tersebut.
Pengerusi Persatuan Kepimpinan Wanita Tambunan-Women In Leadership W.I.L, Pn Farah berharap agar melalui program ini, para peserta yang mengetuai sesebuah organisasi dapat menerapkan segala ilmu yang diperolehi untuk mendorong atau membimbing ahli organisasi supaya dapat bekerja bersama dalam satu kump**an selain mempercayai aura kepimpinan yang dimiliki masing-masing individu.
Selain itu, beliau juga berharap agar pada program akan datang para peserta diberi masa lebih untuk berkongsi cabaran dalam mengendalikan organisasi masing-masing. Sesi ini sekaligus, dapat memberi ruang untuk berkongsi kemahiran dalam menyelesaikan masalah kepada setiap peserta yang hadir, yang juga mewakili organisasi, persatuan mahupun barisan usahawan.
Sementara itu, Jesseca Liew p**a berpendapat bahawa kursus ini wajar diikuti oleh semua golongan wanita terutama sekali golongan rentan dan suri rumah sepenuh masa. Ini kerana, kebanyakan wanita zaman ini dituntut untuk melakukan banyak pekerjaan termasuklah menjadi ketua keluarga. Kadangkala, tanggungjawab ini memberi tekanan hidup yang boleh mengancam kesihatan mental. Program ini sesuai untuk menambah ilmu dan idea baru dalam kehidupan seharian serta memberi semangat baru. Terutama sekali dalam aspek pengurusan keseimbangan kehidupan kerja _*(work life balance)*_
Program ini akan diadakan setiap tahun. Oleh itu, diharapkan pada tahun akan datang, lebih ramai lagi pemimpin wanita daripada daerah Tambunan melibatkan diri dengan program ini.
'Let's make Tambunan Great again!'
'KITA WANITA HEBAT!'
*Laporan oleh*
Jesseca Liew
Setiausaha WIL TAMBUNAN