UPPM N.39 Tambunan

Directions

UPPM N.39 Tambunan UPPM N.39 Tambunan (2026)

LAWATAN TINJAUAN PUNCA AIRMUKIM MONSORULUNG – KG. ROMPON & KG. DAKAR ROMPON2 September 2026Unit UPPM N.39 Tambunan yang ...
03/09/2026

LAWATAN TINJAUAN PUNCA AIR
MUKIM MONSORULUNG – KG. ROMPON & KG. DAKAR ROMPON
2 September 2026

Unit UPPM N.39 Tambunan yang diketuai oleh CDO Dr. Rocky, bersama Pemaju Mukim Monsorulung Pn. Suzie Anthong, Team Unit UPPM, JKKK Biro serta penduduk kampung, telah mengadakan lawatan tinjauan ke punca air di Kg. Purutan dan Kg. Rompon.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan menilai keadaan serta tahap bekalan air di kawasan berkenaan, khususnya dalam menghadapi keadaan musim kemarau yang menyebabkan sumber air semakin berkurangan.
Fokus lawatan:
💧 Menilai keadaan punca air semasa musim kemarau.
🔎 Mengenal pasti masalah dan keperluan penduduk berkaitan bekalan air.
🤝 Mendengar maklum balas JKKK dan penduduk.
📋 Mengumpul maklumat untuk tindakan dan perancangan susulan bersama agensi berkaitan.

UPPM.MEDIA.COM
UPPM.JJ79.COM.MY.

SAMBUTAN HARI SABAH PERINGKAT DAERAH TAMBUNAN 2026TAMBUNAN, 27 Ogos 2026 – Rakyat khususnya generasi muda perlu memahami...
28/08/2026

SAMBUTAN HARI SABAH PERINGKAT DAERAH TAMBUNAN 2026

TAMBUNAN, 27 Ogos 2026 – Rakyat khususnya generasi muda perlu memahami, menghayati dan menghargai sejarah pembentukan negara, termasuk 31 Ogos 1963 sebagai tarikh kelahiran Sabah, kata Ahli Parlimen P.180 Keningau merangkap ADUN N.39 Tambunan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Sabah dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Tambunan 2026 di Dewan Terbuka Pisompuruan Square, Khamis.
Sebelum ucapan, Jeffrey mengajak hadirin bertafakur sebagai penghormatan kepada mendiang Jaimis Kunjan, mantan Pegawai Penerangan Tambunan yang banyak berjasa dan merupakan antara perancang utama program tersebut.
Jeffrey turut menekankan kepentingan memahami sejarah Sabah (31 Ogos 1963), Sarawak Day (22 Julai 1963), Kemerdekaan Malaya (31 Ogos 1957) dan pembentukan Malaysia (16 September 1963) dalam membentuk generasi yang mengenali identiti serta kedudukan tanah air.
Beliau menyeru masyarakat menyokong kempen “1 Rumah 1 Jalur Gemilang & 1 Bendera Sabah”, selain menghayati lima prinsip Rukun Negara serta mengamalkan prinsip “tapis sebelum sebar” bagi mengelakkan penyebaran berita palsu, fitnah dan isu 3R yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
Program bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” turut melibatkan gotong-royong, pameran jabatan, Jualan Ramah, pemeriksaan kesihatan, derma darah, persembahan Pentarama, Puisi Hari Sabah serta Kembara Merdeka Jalur Gemilang Bermotosikal.
Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Puan Jainisah Mohd. Noor; Pegawai Daerah Tambunan, Tuan Mohd. Azri Jaini Jeffery; Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Polis Alizam bin Haji Dalaman; Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tambunan, Puan Jahara Saini; Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan, Tuan Johari Awang Damit; Ketua Mahkamah Anak Negeri Daerah Tambunan, Tuan Philip Datuk Kitingan; Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.39 Tambunan, Tuan Jinus Taguah, serta ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat, Komuniti MADANI, guru, pelajar dan peserta Kembara Merdeka Jalur Gemilang.
UPPM N.39
UPPM.JJ79.MEDIA.COM

Lawatan Permohonan Mukim Kirokot Tinjau Pelbagai Keperluan Infrastruktur RakyatKIROKOT, 26 Ogos 2026 – Satu lawatan perm...
26/08/2026

Lawatan Permohonan Mukim Kirokot Tinjau Pelbagai Keperluan Infrastruktur Rakyat
KIROKOT, 26 Ogos 2026 –

Satu lawatan permohonan pembangunan di sekitar Mukim Kirokot telah diadakan hari ini bagi meninjau secara dekat pelbagai keperluan infrastruktur serta isu keselamatan yang dibangkitkan oleh penduduk setempat.
Lawatan yang bermula pada jam 9.30 pagi itu melibatkan beberapa lokasi termasuk Kampung Rumuyuh Garas, Kampung Libang Laut, Kampung Pahu, Kampung Tohan, Kampung Kumawanan, Kampung Watang dan Kampung Molout, dengan penglibatan agensi seperti JPS, Pejabat Daerah Tambunan (PDT) dan UPPM.
Antara perkara yang diberi perhatian di Kampung Rumuyuh Garas ialah tapak SMK, pembinaan jambatan gantung baharu sepanjang 130 kaki dari Sungai Nukakatang ke Kampung Rumuyuh Garas, perlindungan tebing sungai serta pemasangan penghadang keselamatan di jalan pertanian. Pemeriksaan turut dibuat terhadap kawasan sawah padi yang terjejas akibat banjir.
Di Kampung Libang Laut, permohonan melibatkan pembaikan tebing sungai yang terhakis akibat banjir sepanjang kira-kira 280 meter, selain cadangan pembinaan jambatan mini untuk menghubungkan Sungai Nukakatang–Libang Laut sepanjang 120 kaki.
Sementara itu, penduduk Kampung Pahu mengemukakan permohonan baik pulih balai raya bagi meningkatkan kemudahan untuk kegunaan masyarakat setempat.
Di Kampung Tohan, beberapa keperluan turut ditinjau termasuk penyimenan jalan ke balai raya, naik taraf jalan rumah penduduk sepanjang kira-kira 880 meter, naik taraf penaburan batu kerikil jalan pertanian sejauh 1.8 kilometer, serta pembaikan tebing jalan raya.
Permohonan pembinaan jambatan gantung sepanjang 140 kaki p**a dikemukakan oleh penduduk Kampung Kumawanan, manakala Kampung Watang memohon perhatian terhadap keadaan jalan raya yang menjadi kemudahan utama penduduk kampung.
Di Kampung Molout, antara permohonan yang diketengahkan ialah kemudahan dapur dan tandas balai raya serta penyimenan Jalan Safoda sepanjang 200 meter dan Jalan Toud sepanjang 200 meter.
Lawatan ini menjadi satu platform penting untuk melihat sendiri keadaan di lapangan serta mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keutamaan pembangunan yang diperlukan oleh penduduk setiap kampung.
Hasil tinjauan dan permohonan yang dikemukakan akan menjadi asas untuk tindakan serta pertimbangan lanjut oleh agensi-agensi berkaitan, mengikut bidang kuasa dan keutamaan pembangunan.

UPPM.media.N39
JJ79.Media.com.my

LAWATAN JELAJAH PEMBANGUNAN KG. KATAGAYAN, TOBOH20 Ogos 2026 | 8.30 pagi hingga selesaiLawatan jelajah lokasi permohonan...
21/08/2026

LAWATAN JELAJAH PEMBANGUNAN KG. KATAGAYAN, TOBOH
20 Ogos 2026 | 8.30 pagi hingga selesai
Lawatan jelajah lokasi permohonan projek pembangunan telah diadakan di Kg. Katagayan, Toboh bersama Pemaju Mukim Toboh, En. Joerry Joseph, Pengerusi JKKK Kg. Katagayan En.Lazurus B , SU Dr. Helen serta Biro-Biro JKKK.
Antara lokasi yang ditinjau termasuk tapak Mini Dewan, konkrit Sabagu 400 meter, cattle bridge dan culvert, Jalan Dongkungon 1 & 2, Jalan Bowie, Jalan Gilbert Philip dan Jalan Sarayo, termasuk keperluan lampu jalan dan paip air bersih.
Lawatan turut meneliti beberapa permohonan baharu seperti pewartaan jalan, signboard jalan, lampu jalan besar serta kerja meratakan jalan di hadapan SK St. David.
Lawatan turun padang ini bertujuan meninjau keadaan sebenar, mengenal pasti keutamaan dan menyelaras permohonan pembangunan demi keperluan komuniti Kg. Katagayan.

Tapak Mini Dewan
Perparitan Clara, Jubidah & Jerome — Katagayan Sabagu.
Naik taraf jalan konkrit Sabagu — 400 meter.
Cattle bridge & culvert simpang Jalan Sabagu — termasuk lampu jalan.
Simpang Jalan Dongkungon 2 — keselamatan pengguna jalan (sudah siap).
Jalan Dongkungon 2 — naik taraf jalan & lampu jalan.
Jalan Dongkungon 1 — naik taraf/baik pulih jalan.
Jalan Bowie — paip air bersih, naik taraf jalan & lampu jalan.
Perparitan sawah — Janiah & Jerry Kilip.
Jalan Gilbert Philip — baik pulih jalan.
Jalan Sarayo — baik pulih jalan & lampu jalan

UPPM N.39media.com
UPPM.JJ79.Media.com

PEMERIKSAAN AMPANGAN JPS LALAPAKON: USAHA MENYELESAIKAN ISU PENGAIRAN SAWAH PADI MUKIM NAMbAYANTambunan | 17 Ogos 2026Pe...
17/08/2026

PEMERIKSAAN AMPANGAN JPS LALAPAKON: USAHA MENYELESAIKAN ISU PENGAIRAN SAWAH PADI MUKIM NAMbAYAN
Tambunan | 17 Ogos 2026
Pemeriksaan tapak telah diadakan di Ampangan JPS Lalapakon bagi meninjau keadaan sistem pengairan yang berkaitan dengan kawasan sawah padi di Mukim Nambayan.
Pemeriksaan tersebut melibatkan PPM Tambunan Tn. Jinus Taguah bersama Pemaju Mukim Nambayan, serta Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Tambunan.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada keadaan ampangan dan sistem pengairan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi petani, khususnya berkaitan keperluan bekalan air ke kawasan sawah padi.
Kerjasama antara PPM, Pemaju Mukim dan JPS amat penting bagi memastikan isu-isu berkaitan pengairan dapat dikenal pasti dan diambil tindakan sewajarnya, demi membantu kelancaran aktiviti penanaman padi serta kepentingan para petani di Mukim Nambayan.

UPPM.media.N79.Tbn
UPPM J79.com.my

14 Ogos 2026 | Gotong-Royong Pembersihan Pejabat UPPM N.39 TambunanGotong-royong pembersihan Pejabat UPPM N.39 Tambunan ...
14/08/2026

14 Ogos 2026 | Gotong-Royong Pembersihan Pejabat UPPM N.39 Tambunan
Gotong-royong pembersihan Pejabat UPPM N.39 Tambunan bersama-sama para staff pada hari ini.
Aktiviti ini bukan sahaja memastikan persekitaran pejabat sentiasa bersih, kemas dan selesa, tetapi turut mengeratkan semangat kerjasama serta membina budaya kerja berpasukan.
Bersama kita jaga kebersihan, bersama kita jayakan perkhidmatan kepada masyarakat. 💪✨

TAMBUNAN, 12 Ogos 2026 — YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Penaung Sekolah Adat Anak Negeri Sabah (SAANS) ...
12/08/2026

TAMBUNAN, 12 Ogos 2026 — YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Penaung Sekolah Adat Anak Negeri Sabah (SAANS) Cawangan Tambunan, menyumbangkan RM15,000 kepada SAANS Sungai Pegalan Tambunan bagi menyokong pembinaan Rumah Etnik Dusun Bunduliwan di Kampung Lumawang.
Sumbangan yang disampaikan pada 3 Ogos 2026 di SMART CAFE, Gapari Garden, Kampung Karanaan, Tambunan, itu mencerminkan komitmen Dr. Jeffrey dalam menyokong usaha memperkukuh pendidikan adat serta pemeliharaan warisan dan identiti masyarakat Dusun Bunduliwan.
Dalam amanat ringkasnya, Dr. Jeffrey menggesa warga SAANS Tambunan supaya terus berusaha memastikan Sekolah Adat Anak Negeri berkembang dan mempunyai asas yang kukuh di Tambunan.
“Jadikan Sekolah Adat Anak Negeri wujud di Tambunan. Buat yang terbaik,” katanya.
Turut bersama dalam penerimaan sumbangan ialah Tuan Jinus Taguah, PPM N.39 Tambunan, yang dilihat memainkan peranan dalam menyokong usaha pembangunan pendidikan adat dan kebudayaan di peringkat masyarakat setempat.
Sumbangan tersebut diterima oleh Timbalan Pengetua SAANS Cawangan Tambunan, Guru Tuan Dolores Michael, bagi mewakili Pengetua, Guru Dr. Lily James Billy.
Turut hadir Setiausaha SAANS Cawangan Tambunan, Guru Mark Ronnald Malajim; Bendahari, Guru Puan Jacqueline James; serta Guru Puan Liza Suking.
Sementara itu, kerja awal pembinaan Rumah Etnik Dusun Bunduliwan telah mula dilaksanakan pada 11 Ogos 2026, termasuk pemasangan struktur asas dan tiang.
Rumah etnik berkenaan diharapkan menjadi ruang penting bagi pembelajaran, penghayatan dan pewarisan adat, bahasa, budaya serta pengetahuan tradisional masyarakat Dusun Bunduliwan kepada generasi muda.

UPPM.com.my
JJ79.Media.com.my

LAWATAN BENCANA BERKAITAN HAKISAN TEBING SUNGAI DAN JALAN RAYA KG. SINUNGKALANGAN7 Ogos 2026Satu lawatan tapak telah dia...
07/08/2026

LAWATAN BENCANA BERKAITAN HAKISAN TEBING SUNGAI DAN JALAN RAYA KG. SINUNGKALANGAN
7 Ogos 2026
Satu lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau keadaan hakisan tebing sungai dan kerosakan jalan raya di Kampung Sinungkalangan.
Lawatan ini diketuai oleh Tn. Jinus Taguah, PPM Tambunan, bersama pegawai dan kakitangan Unit UPPM, Pejabat Daerah Tambunan, serta agensi-agensi berkaitan.
Lawatan ini bertujuan menilai tahap kerosakan di lokasi, mengenal pasti tindakan segera yang perlu diambil, serta menyelaras cadangan penyelesaian bagi mengurangkan risiko kepada keselamatan penduduk dan melindungi infrastruktur yang terjejas akibat hakisan tebing sungai.

Uppm.TBN.com
UPPM .J79.com.my

LAWATAN TAPAK CADANGAN RUMAH SMJ BEBRAPA KAMPUNG  DI DAERAH TAMBUNAN- 6 Ogos 2026.Lawatan tapak cadangan Rumah SMJ telah...
07/08/2026

LAWATAN TAPAK CADANGAN RUMAH SMJ BEBRAPA KAMPUNG DI DAERAH TAMBUNAN- 6 Ogos 2026.

Lawatan tapak cadangan Rumah SMJ telah diadakan di beberapa lokasi di seluruh Daerah Tambunan dengan kerjasama Staf Pemaju Mukim Unit Pembangunan UPPM dan Pejabat Daerah Tambunan.
Lawatan ini bertujuan untuk membuat pemeriksaan awal serta penilaian terhadap kesesuaian tapak yang dicadangkan bagi permohonan Rumah SMJ. Penilaian meliputi keadaan tapak, akses jalan, serta aspek-aspek lain yang berkaitan bagi tujuan penyediaan laporan dan tindakan selanjutnya.

LAWATAN TURUN PADANG N.39 TAMBUNAN DI MUKIM MONSORULUNG4 Ogos 2026 | 9.00 Pagi | Mukim Monsorulung, TambunanYB DSP Datuk...
04/08/2026

LAWATAN TURUN PADANG N.39 TAMBUNAN DI MUKIM MONSORULUNG

4 Ogos 2026 | 9.00 Pagi | Mukim Monsorulung, Tambunan
YB DSP Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Wakil Rakyat N.39 Tambunan telah mengadakan dua lawatan turun padang di Mukim Monsorulung bagi meninjau keperluan infrastruktur jalan raya yang melibatkan penduduk setempat.
Lawatan pertama adalah bagi meninjau keadaan serta keperluan jalan raya menuju ke kawasan ladang penduduk kampung, yang penting dalam memudahkan pergerakan penduduk serta aktiviti pertanian.
Lawatan kedua p**a melibatkan tinjauan terhadap cadangan pembinaan jalan raya yang menghubungkan Kg. Pupuluton dengan Kg. Monsorulung, sebagai usaha meningkatkan jaringan perhubungan dan kemudahan akses penduduk di kawasan berkenaan.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Tuan Azri Jaini, Pegawai Daerah Tambunan; Tuan Jinus Taguah, PPM Tambunan; serta wakil daripada Pejabat Daerah Tambunan (PDT), UPPM N.39 Tambunan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Wakil Rakyat (PWR), JKKK Kg. Monsorulung dan penduduk sekitar.
Lawatan turun padang ini memberi ruang kepada pihak berkaitan untuk melihat sendiri keadaan di lokasi serta menilai keperluan dan cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh masyarakat setempat.
“Turun Padang, Mendengar Keperluan Rakyat, Membawa Pembangunan.”

UPPM.media.com.my
UPPM.JJ79.com.my

Address

Pejabat Daerah Tambunan
Tambunan
89650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N.39 Tambunan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share