IKRAM Johor

IKRAM Johor IKRAM Johor mempunyai 17 IKRAM kawasan:
1. Bandaraya Johor Bahru
2. Simpang Renggam
3. Johor Bahru Utara
4. Iskandar Puteri
5. Pasir Gudang
6. Kota Tinggi
7. Muar
16.

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. Batu Pahat
8. Sri Gading
9. Segamat
10. Tangkak
11. Pontian
12. Kluang
13. Skudai
14. Senai
15. Kulai
17. Pulai

Para Sahabat Pewaris NabiPara sahabat Rasulullah SAW merupakan generasi terbaik yang dipilih oleh Allah SWT untuk mendam...
12/05/2026

Para Sahabat Pewaris Nabi

Para sahabat Rasulullah SAW merupakan generasi terbaik yang dipilih oleh Allah SWT untuk mendampingi Nabi Muhammad SAW. Mereka bukan sekadar pengikut, bahkan menjadi pewaris perjuangan Nabi dalam menyampaikan risalah Islam, mempertahankan agama, serta menyebarkan cahaya hidayah ke seluruh pelusuk dunia.

Allah SWT memuji mereka dalam al-Quran:

“Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) daripada orang Muhajirin dan Ansar, serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka p**a reda kepada-Nya…”
— Surah al-Taubah: 100

Para sahabat mewarisi ilmu, akhlak, semangat pengorbanan, dan amanah dakwah daripada Rasulullah SAW. Mereka sanggup meninggalkan harta, keluarga, bahkan nyawa demi mempertahankan Islam. Ada yang berhijrah, berjihad, menginfakkan harta, dan menyampaikan hadis agar umat selepas mereka mengenali sunnah Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW:

“Sesungguhnya para ulama ialah pewaris para nabi.”
(Riwayat Abu Dawud dan Al-Tirmizi)

Namun sebelum para ulama menjadi pewaris para nabi, para sahabatlah terlebih dahulu menjadi penyambung risalah kenabian. Mereka menerima tarbiah secara langsung daripada Rasulullah SAW dan menjadi contoh unggul dalam keimanan, kesabaran, keberanian, serta kecintaan kepada Allah dan Rasul.

Justeru, mencintai para sahabat adalah sebahagian daripada kesempurnaan iman. Mengambil pengajaran daripada kehidupan mereka akan menjadikan kita lebih teguh dalam menghadapi cabaran zaman. Dunia hari ini amat memerlukan semangat sahabat: ikhlas berjuang, tidak mengejar pujian, dan sentiasa meletakkan reda Allah sebagai matlamat utama.

Jika kita tidak mampu menjadi sehebat para sahabat, janganlah kita menjadi orang yang meremehkan perjuangan mereka. Jadikan kisah hidup mereka sebagai cermin untuk memperbaiki iman, ibadah dan akhlak kita. Kerana umat yang mengenali para sahabat akan lebih menghargai perjuangan Nabi Muhammad SAW.

https://t.me/kapsul_tazkirah

12/05/2026

“kalau” itu membuka pintu amal syaitan…

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISGanjaran Pahala Berterusanعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ ...
12/05/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ganjaran Pahala Berterusan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya." (HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup. Kematian bukan penamat pahala. Ada amalan yang pahalanya terus mengalir walaupun setelah seseorang itu meninggal dunia.

2. Hadis ini menerangkan amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal iaitu:

a. Sedekah jariah yang dilakukan semasa hidup sama ada berbentuk wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Contohnya untuk derma pembinaan masjid, untuk Pendidikan, menyediakan sumber air. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk sama ada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan.

b. Ilmu bermanfaat yang diajar sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia, yang digunakan untuk kebaikan manusia juga kemaslahatan hidup termasuk penghasilan buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp. Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.

c. Anak solleh yang sentiasa berbuat kebaikan dan mendoakan rahmat serta keampunan kepada kedua ibu bapa.

3. Kita digalakkan untuk melabur dalam amalan yang berterusan (sama ada sedekah jariah, ilmu bermanfaat juga mendidik anak yang soleh) semasa hidup.

4. Rancanglah kehidupan ini berorientasikan akhirat. Hadis ini mendidik kita agar merancang kehidupan dengan pandangan jauh, bukan hanya untuk dunia, tetapi untuk bekalan selepas mati. Binalah legasi kebaikan yang berterusan hingga ke akhirat.

5. Jazakumullahhu khairan katsira kepada guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan Universiti. Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat termasuk dengan tulisan, juga menggunakan media sosial akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.






25hb Zulkaedah 1447H
13hb Mei 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

11/05/2026

Ujian rasuah….

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISAmal Yang Dis**ai Allah Pada Eidul Adhaعَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَل...
11/05/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amal Yang Dis**ai Allah Pada Eidul Adha

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam yang lebih dis**ai Allah pada Hari Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan Ikhlas melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Hari Raya Korban (Eidul Adha) semakin hampir. Amal yang paling Allah s**ai pada Hari Raya Eidul Adha daripada setiap Muslim ialah melaksanakan ibadah korban berbanding amalan sunat yang lain.

2. Mereka yang melaksanakan ibadah korban ini di hari akhirat nanti akan datang binatang yang dikorbankan berserta tanduk, kuku dan bulunya sebagai saksi ibadat yang telah mereka laksanakan semasa di dunia dengan Ikhlas.

3. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa ia juga menunjukkan kesempurnaan pahala yang diperoleh — bukan setakat ibadah biasa, tetapi ibadah yang datang dengan bukti nyata pada hari kiamat. Dimana setiap bahagian haiwan korban akan menjadi pahala dan saksi kepada pelakunya di akhirat.

4. Ibadah Korban yang ikhlas dilaksanakan oleh Muslim, akan diterima Allah dan diredaiNya sebelum darahnya menitik ke bumi. Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan bahawa ini menunjukkan Allah sangat s**a kepada ibadah ini kerana ia menggabungkan keikhlasan, pengorbanan harta, dan menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim a.s.

5. Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan, cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna.

6. Sunnah berkorban perlu terus dihidupkan, terutamanya dalam masyarakat yang semakin melupakan erti pengorbanan sebenar. Jom daftar untuk menyertai ibadat korban.







24hb Zulkaedah 1447H
12hb Mei 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ibu Pendidik TerawalIbu merupakan madrasah pertama dalam kehidupan seorang anak. Dari tangan dan didikannya, lahir gener...
11/05/2026

Ibu Pendidik Terawal

Ibu merupakan madrasah pertama dalam kehidupan seorang anak. Dari tangan dan didikannya, lahir generasi yang beriman, berakhlak dan berilmu. Sebelum anak mengenal dunia luar, ibu terlebih dahulu memperkenalkan kasih sayang, adab, bahasa, bahkan nilai kehidupan.

Seorang ibu bukan sekadar membesarkan anak, tetapi membentuk jiwa dan peribadi mereka. Kata-kata ibu menjadi nasihat, pelukan ibu menjadi ketenangan, dan doa ibu menjadi kekuatan yang sering kali tidak terlihat, namun sangat besar pengaruhnya.

Dalam Islam, peranan ibu amat dimuliakan. Anak diajar menghormati dan berbuat baik kepada ibu kerana besarnya pengorbanan yang dilakukan sejak mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik dengan penuh kesabaran. Firman Allah SWT:

“Dan Kami wasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan susunya dalam tempoh dua tahun…”
(Surah Luqman: 14)

Ibu yang solehah akan berusaha menanam benih iman sejak kecil — mengajar mengenal Allah, membiasakan solat, menuturkan adab, serta membentuk hati yang lembut dan bertanggungjawab. Ramai tokoh besar dalam sejarah lahir daripada didikan seorang ibu yang hebat.

Maka, hargailah ibu selagi masih ada. Jangan biarkan pengorbanannya hanya dikenang setelah kehilangan. Bagi para ibu p**a, jangan pernah meremehkan peranan diri, kerana setiap didikan yang baik adalah saham pahala yang berpanjangan.

“Tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia.”
Kerana ibu bukan hanya membesarkan anak, tetapi membina masa depan umat.

Selamat Menghargai Ibu 🥹

https://t.me/kapsul_tazkirah

11/05/2026

Hidup Nabi berkait dengan hidup kita…

👦🏻SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU👧🏻PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SESI 2027Ayuh,  bersama kami di sekolah ...
10/05/2026

👦🏻SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU👧🏻

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SESI 2027

Ayuh, bersama kami di sekolah yang memberi penekanan kepada aspek kurikulum ( KSSR dan diniah ), kokurikulum serta pembentukan sahsiah murid di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru.
https://www.facebook.com/srihidayahjb

https://www.tiktok.com/.official

Permohonan kemas**an murid Tahun 1 sesi 2027 telah dibuka❗️❗️❗️

Usah lepaskan peluang memilih sekolah yang memberi penekanan aspek dunia dan akhirat secara seimbang ini.

Tarikh tutup permohonan :
18 September 2026

Sila tekan pautan
di bawah untuk tujuan permohonan:

https://hidayah.edu.my/srihjb-permohonan-kemas**an-murid-tahun-1-srih-jb-sesi-2027/

atau mengimbas kod QR yang tertera di dalam poster.

Ibu bapa yang telah mengisi borang permohonan mestilah menyertai telegram Ibu bapa Calon Murid Tahun 1 2027 di pautan:

https://bit.ly/srihjb_calontahun12027

Segala pemakluman penting tentang proses permohonan akan disalurkan ke dalam kump**an tersebut.

Sekian, terima kasih.

Salam mesra daripada;
Pengurusan & Guru-guru
Sekolah Rendah Islam Hidayah
Johor Bahru

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISHajarul Aswadعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: الْحَجَرُ الْأَسْو...
10/05/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Hajarul Aswad

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ يَاقُوتَةٌ بَيْضَاءُ مِنْ يَاقُوتِ الْجَنَّةِ، وَإِنَّمَا سَوَّدَتْهُ خَطَايَا الْمُشْرِكِينَ، يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِثْل أُحُدٍ يَشْهَدُ لِمَنِ اسْتَلَمَهُ وَقَبَّلَهُ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا

Daripada Ibn ‘Abbas RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Hajar Aswad adalah permata putih daripada permata syurga. Ia menjadi hitam disebabkan dosa-dosa orang musyrik. Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan sebesar Bukit Uhud dan akan menjadi saksi bagi sesiapa yang menyentuh dan menciumnya di dunia.” (HR Ibnu Huzaimah No 2734) Status Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Hajar Aswad berasal dari syurga, dan asal warnanya adalah putih bersih, seperti mana yang disebut dalam hadis ini. Menurut Imam al-Qurtubi, perubahan warna kepada hitam itu bukan disebabkan sifat fizikalnya, tetapi kerana kesan dosa-dosa manusia, khususnya golongan musyrikin yang menyentuhnya dengan penuh dosa dan kekufuran.

2. Menyentuh dan mencium Hajar Aswad adalah salah satu bentuk ibadah yang menunjukkan penghormatan kepada syiar Islam yang ditetapkan oleh Allah dan diamalkan oleh Rasulullah SAW.

3. Hadis ini mengajar bahawa dosa boleh memberi kesan, bukan hanya secara rohani, tetapi juga pada fizikal seperti Hajar Aswad yang asalnya putih tetapi menjadi hitam kerana dosa.

4. Umat Islam diajar agar mengikut sunnah seperti mencium Hajar Aswad bukan kerana batu itu sendiri, tetapi kerana meneladani Rasulullah SAW. Perlu juga diingat, mencium Hajar Aswad hukumnya sunat, jangan sampai kita menzalimi orang lain seperti menolak, memukul dan sebagainya semasa berusaha mencium batu tersebut.







23hb Zulkaedah1447H
11hb Mei 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

10/05/2026

"Ibu, when you smile for me, everything in this world seems alright :)"

Wahai Ibu,

Terima kasih sebab sentiasa ada untuk saya.
Terima kasih sebab menjadi tempat paling selamat untuk saya p**ang kembali setelah berlelah seharian di dunia luar.

Saya tahu saya mungkin banyak menyusahkan ibu.
Saya dengar daripada ayah, betapa s**arnya perjalanan ibu mengandungkan, melahirkan dan membesarkan saya.

Tapi saya nak beritahu ibu, setiap kali bersama ibu, saya rasa selamat.
Saya rasa cukup.
Saya rasa disayangi.

Ibu, dirimu adalah dunia saya.
Terima kasih sebab tak pernah berhenti mendoakan saya.
Saya dapat melalui setiap hari dalam hidup ini dengan doa-doa ibu yang tak pernah putus. 🤍

Seteguh kasihmu ibu, di situlah saya belajar erti pengorbanan dan erti cinta yang tidak bersyarat.

Selamat Hari Ibu, insan teristimewa dalam hidupku 🌷

Ya Allah, berikanlah ibu kesihatan yang berpanjangan, ketenangan hati, rezeki yang luas dan tempat terbaik di sisi-Mu di akhirat kelak. Ameen!

p/s: Ibu… masak apa hujung minggu ni? Adik dah lapar & rindu masakan ibu 🤭🤍

10/05/2026

Hidayah sekolah swasta tapi yuran murah?

Address

No 10 & 11, Jalan Pendidikan 3
Taman Universiti
81300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Sunday 08:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share