Persatuan Ibu Bapa & Guru SM Sains Raja Tun Azlan Shah

Persatuan Ibu Bapa & Guru SM Sains Raja Tun Azlan Shah Persatuan Ibu Bapa dan Guru SERATAS ditubuhkan sebagai platform rasmi yang menyatukan suara ibu bapa dan guru dalam menyokong aspirasi sekolah.

31/03/2026

Alhamdulillah...
Syukur...

TERIMA KASIH CIKGU!!!!
TERIMA KASIH MAK, ABAH, UMMI, WALID, IBU, AYAH, MAMA, PAPA, MUMMY, DADDY ..

Semoga SERATAS akan terus kekal untuk berada dalam liga yang terbaik.


Sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh warga sekolah atas pencapaian cemerlang dalam keputusan SPM 2025.Setinggi-tin...
31/03/2026

Sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh warga sekolah atas pencapaian cemerlang dalam keputusan SPM 2025.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, serta kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu.

Tahniah khususnya kepada anak-anak Batch Gloryctus atas usaha gigih dan kejayaan yang membanggakan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh dan cemerlang pada masa hadapan. Doa kami agar semua anak-anak terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Ikhlas daripada,
YDP PIBG
SM Sains Raja Tun Azlan Shah

Alhamdulillah pagi tadi selesai Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan SPM bagi Batch Gloryctus 2025 di Dewan Besar SM Sains...
31/03/2026

Alhamdulillah pagi tadi selesai Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan SPM bagi Batch Gloryctus 2025 di Dewan Besar SM Sains Raja Tun Azlan Shah pada jam 9.00 pagi.

Syukur yang tidak terhingga di atas prestasi yang baik. Hasil usaha anak-anak batch yang tidak kenal lelah. Juga berkat doa dan juga usaha para ibubapa...serta jerih perih usaha para guru yang tidak permah kenal erti putus asa...demi anak didik tercinta..

Syabas dan tahniah kepada semua anak2x Batch Gloryctus...Semoga setiap dari kamu semua diberikan ruang dan peluang untuk terus menuju ke puncak jaya dan menjadi aset bernilai negara di masa hadapan.

24/03/2026

“Taqabbalallahu minna wa minkum”

Assalammualaikum…

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua guru serta rakan ibu bapa SM Raja Tun Azlan Shah.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi silaturahim kita semua. Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya, pandu dengan cermat dan semoga selamat sampai ke destinasi bersama insan tersayang.

Salam Lebaran penuh keikhlasan ✨

Tulus Ikhlas :
Raniza AB Rahman
YDP PIBG SERATAS

24/03/2026

“Taqabbalallahu minna wa minkum”

Assalammualaikum…

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua guru serta rakan ibu bapa SM Raja Tun Azlan Shah.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi silaturahim kita semua. Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya, pandu dengan cermat dan semoga selamat sampai ke destinasi bersama insan tersayang.

Salam Lebaran penuh keikhlasan ✨

Tulus Ikhlas :
Raniza AB Rahman
YDP PIBG SERATAS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Tuan/puan ibu bapa yang dihormati,Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh ...
10/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan/puan ibu bapa yang dihormati,

Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama mengambil peluang untuk berinfak bagi menyokong pembangunan Masjid As-Syakirin SERATAS, yang menjadi pusat ibadah serta pengukuhan rohani para pelajar.

Sumbangan infak yang diberikan akan digunakan bagi tujuan:

Kerja-kerja membaik pulih ruangan dan kawasan masjid.

Pelaksanaan program-program kerohanian untuk manfaat para pelajar.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Semoga setiap sumbangan yang diberikan, walau sekecil mana sekalipun, menjadi amal jariah yang berpanjangan serta membawa keberkatan kepada kita semua.

Mudah-mudahan usaha kecil ini menjadi saham akhirat buat kita.

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan tuan/puan.

Sekian, wassalam.

Laporan Aktiviti: Iftar Perdana @ SERATASTarikh: 7 Mac 2026 (Sabtu)Masa: 10:30 pagi – 10:30 malamKehadiran: 189 keluarga...
09/03/2026

Laporan Aktiviti: Iftar Perdana @ SERATAS

Tarikh: 7 Mac 2026 (Sabtu)
Masa: 10:30 pagi – 10:30 malam
Kehadiran: 189 keluarga (704 waris & ahli keluarga, 192 murid) = 895 orang

Iftar Perdana @ SERATAS telah berlangsung dengan meriah di perkarangan sekolah, menjadikan suasana seperti kenduri senja dengan konsep santai/berkelah untuk keluarga berbuka puasa. Program ini menyaksikan penglibatan aktif semua pihak, termasuk ibu bapa, murid, guru-guru, barisan pentadbir, serta Ahli Jawatankuasa PIBG.

Antara hidangan yang disediakan ialah Nasi Arab, Kuih Muih, Air Balang, Laksa, Bubur Lambuk, Roti John, serta Buah/Kurma. Solat Maghrib, Isya' dan Terawih berjemaah diadakan di Dewan Besar SERATAS. Moreh turut disediakan untuk semua peserta, termasuk ibu bapa, guru-guru dan murid-murid.

Program ini berjaya memupuk semangat kekeluargaan, kerjasama komuniti, dan menyemarakkan suasana keagamaan di kalangan warga SERATAS, sambil memberi peluang kepada keluarga menikmati masa berkualiti bersama-sama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan ibubapa yang sudi memberikan sumbangan ikhlas kepada program ini. Semoga Allah memberikan limpahan rezeki yang tidak terhingga kepada penyumbang.

Program ini adalah dibawah kendalian PIBG, KSIB Biro HEM, KSIB Biro Kerohanian dan Juruaudit Wakil Ibubapa.

IFTAR PERDANA @ SERATAS (MENGACAU BUBUR LAMBUR)07 MAC 2026 (SABTU) |10:30 pagi | KAFE SERATAS Laporan Aktiviti: Penyedia...
09/03/2026

IFTAR PERDANA @ SERATAS (MENGACAU BUBUR LAMBUR)
07 MAC 2026 (SABTU) |10:30 pagi | KAFE SERATAS

Laporan Aktiviti: Penyediaan Bubur Lambuk Sempena Iftar Perdana SERATAS

Program dimulakan dengan aktiviti mengacau Bubur Lambuk yang disediakan untuk diagihkan kepada guru-guru dan ibu bapa yang hadir sempena Mesyuarat Agung PIBG serta Program Iftar Perdana. Bubur lambuk ini turut diedarkan kepada warga SERATAS yang terlibat sepanjang program berlangsung dan dijadikan sebagai salah satu hidangan moreh pada hari tersebut.

Penyediaan bubur lambuk dikendalikan oleh pihak Kafe SERATAS dengan kerjasama rakan ibu bapa dan penglibatan pelajar BADAR SERATAS. Bonda Pengetua, Puan Rabiatul Adawiyah Pathil, turut mengambil bahagian dalam aktiviti ini, sekali gus menambah semangat kekeluargaan dan kerjasama dalam kalangan semua yang hadir.

Sumbangan daripada rakan ibu bapa dan individu perseorangan sebagai penginfak juga amat dihargai.

Secara keseluruhan, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya memupuk semangat kerjasama, kekeluargaan, serta penglibatan aktif warga sekolah dalam menjayakan aktiviti komuniti.

Program ini dikendalikan oleh KSIB Biro HEM, KSIB Biro Kerohanian dan Juruaudit Wakil Ibubapa.

Imbas Kembali : Sebagai tanda terima kasih yang tak mungkin terbalas kepada semua Warga SERATAS, pihak PIBG (KSIB Biro I...
09/03/2026

Imbas Kembali :

Sebagai tanda terima kasih yang tak mungkin terbalas kepada semua Warga SERATAS, pihak PIBG (KSIB Biro Infra & rakan ibu bapa) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Bingkisan Ramadhan Warga SERATAS.

Seramai 144 orang telah menerima Bingkisan Ramadhan ini. Penerima terdiri dari:

56 orang Guru
21 orang ⁠Staf Pentadbiran
34 orang staf pembersihan sekolah & asrama
8 orang Pengawal Keselamatan
17 orang staf Dewan Makan
8 orang staf Kafe SERATAS

PIBG ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan KSIB, Rakan Ibubapa yang turut serta memberikan sumbangan dari segi wang ringgit, masa dan juga tenaga dalam menjayakan aktiviti ini.

Agihan telah dibuat dengan bantuan PK HEM Sekolah dan juga Rakan KSIB pada 22 & 23 Februari 2026.

Imbas Kembali Program : Fit Fam Run @ SERATAS - 24 Januari 2026 (Sabtu) - SERATAS - Taman Tasik - SERATASPeserta Berbaya...
09/03/2026

Imbas Kembali Program :

Fit Fam Run @ SERATAS
- 24 Januari 2026 (Sabtu)
- SERATAS - Taman Tasik - SERATAS

Peserta Berbayar Dewasa : 130 orang
Peserta remaja & kanak-kanak : 80 orang
Jumlah keseluruhan peserta : 210 orang

OBJEKTIF PROGRAM

i.Mengumpul dana tambahan tabung PIBG SERATAS sebagai salah satu usaha pihak PIBG mencari dana tambahan.

ii. Mengukuhkan hubungan silaturahim antara ibu bapa, murid, alumni serta warga SERATAS melalui aktiviti santai berkonsepkan kekeluargaan.

iii. Menyemai dan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti SERATAS dengan menggalakkan aktiviti fizikal yang sesuai untuk semua peringkat umur.

iv. Mewujudkan platform interaksi positif antara sekolah dan ibu bapa dalam suasana tidak formal, mesra dan menyeronokkan.

v. Membina kenangan bermakna bersama keluarga, sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan dan rasa kebersamaan sebagai satu keluarga besar SERATAS.

vi. Menyokong usaha PIBG dalam menjana dana tambahan, bagi menampung keperluan dan pelaksanaan program pembangunan murid serta sekolah.

vii. Memperkukuh identiti dan semangat kebersamaan SERATAS, melalui penglibatan aktif komuniti sekolah dalam program berimpak tinggi dan inklusif.

Program ini dikendalikan oleh KSIB Biro Kokurikulum.

Address

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Peti Surat 79
Taiping
34000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Ibu Bapa & Guru SM Sains Raja Tun Azlan Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Ibu Bapa & Guru SM Sains Raja Tun Azlan Shah:

Share