Faize Halim

Faize Halim Father of 2, ANSARA, Entreprenuer, Taiping-KL

KEPIMPINAN SEJATI: BUKAN BARANG UNTUK DIBELI, BUKAN TOPENG UNTUK DIPAKAI.Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Baru-...
09/11/2025

KEPIMPINAN SEJATI: BUKAN BARANG UNTUK DIBELI, BUKAN TOPENG UNTUK DIPAKAI.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Baru-baru ini kita bangga lihat berita: Zohran Mamdani, seorang Muslim berlatar belakang imigran, menang jadi Datuk Bandar New York!

Satu kejayaan yang membuktikan potensi kita di mana-mana.

Namun, kejayaan ini juga membuka persoalan kritikal yang kita wajib fikirkan di Malaysia.

Konglomerat di AS membelanjakan jutaan Dolar nak sekat beliau. Kenapa?

Mereka sedar risikonya. Di mata mereka, persoalannya bukan kebolehan, tetapi kesetiaan jangka panjang. Adakah pemimpin baharu ini akan mempertahankan hak rakyat jati Amerika, atau menggunakan kuasanya untuk mengangkat agenda kelompok asal usul beliau?

Mereka takut kesetiaan ini bukan pada tanah yang dipijak, tapi pada darah yang mengalir.

Jadi, kita balik ke kampung kita, Malaysia.
Adakah kita bersedia?

Kita sanggup tak kalau "orang luar" yang dibesarkan di sini, mendapat menafaat, pendidikan, dan segala bantuan yang diberikan oleh negara ini—kemudian tiba-tiba muncul di pentas politik jadi pemimpin kita?

Isu utama bukan boleh atau tidak. Sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat mengikut undang-undang. Tapi yang penting ialah KEDAULATAN DAN KESETIAAN JANGKA PANJANG.

Malaysia ini rumah kita, dibina atas kedaulatan kita. Kita tak boleh biarkan ia jadi tempat persinggahan untuk orang kumpul kuasa, melabur dalam kebaikan, dan kemudian membawa balik kepentingan asal mereka.

Kita perlu pemimpin yang akan letak Kelangsungan Kedaulatan Melayu dan Rakyat Malaysia nombor satu!

Lihat kenyataan Zohran Mamdani: "New York dibangunkan oleh imigran, maka rakyat Amerika perlu bersyukur dan kebajikan golongan ini perlu dijaga."
Ini pandangan yang jujur.

Tetapi di Malaysia, kita sudah terlalu bergantung pada pekerja asing di pelbagai sektor. Berapa ramai yang sudah mendapat taraf kependudukan, atau telah diserap ke dalam struktur masyarakat kita?

Hanya sekadar renungan: Bila tiba saat genting, saat dia terpaksa memilih—Di mana kesetiaan sebenar dia akan berpihak?

Pada darah, atau pada tanah yang memberi dia makan dan peluang?

Maruah dan undi kita bukan untuk dibeli.

“Perkahwinan Politik: Jangan Asyik Buka Album Lama”Bayangkan sebuah perkahwinan besar di kampung.Pengantin lelaki dari K...
24/07/2025

“Perkahwinan Politik: Jangan Asyik Buka Album Lama”

Bayangkan sebuah perkahwinan besar di kampung.

Pengantin lelaki dari Keluarga Merah Keris, pengantin perempuan dari Keluarga Biru Reformasi.

Mula-mula, ramai yang terkejut.

“Eh, bukan dulu dua keluarga ni bermusuh? Bukankah dulu Merah kata Biru penipu, Biru kata Merah perompak?”

Ya, memang dulu mereka tak sebulu.

Macam mana-mana pasangan, masing-masing ada sejarah.

Tapi akhirnya mereka sedar – kalau terus bermusuh, rumah tangga tak akan stabil.

Musuh sebenar bukan pasangan di depan, tapi masalah hidup yang makin mencabar.

Ingat pepatah : 50 ringgit dulu boleh beli macam-macam? Kos akan sentiasa meningkat mengikut tahun, sama lah tahun 70an lebih murah dari 80an, 90an lebih murah dari Y2K. Ini akan sentiasa menjadi cabaran parti yang mentadbir, dan sesiapa pon menjadi pembangkang akan cakap dia lebih pandai buat kerja. Kalau dia cakap kerajaan bagus, dia dah jadi katak oink oink.

Berbalik pada perkahwinan politik di Malaysia hari ini….

Dalam setiap perkahwinan, ada masa kita rasa pedih bila teringat kisah lama.

Tapi kalau tiap malam duduk buka album lama –

“Ingat tak dulu kau buat hal? Ingat tak masa tu kau malukan aku?”
– rumah tangga tu memang tak ke mana.

Lihat sahaja sejarah kampung ni:

Dulu PAS pun pernah berbulan madu dengan DAP.

Masa mereka bersama, tak ada siapa pun sibuk ungkit kisah silam.

Penyokong dan ahli parti terima dan taat.

Mereka fokus satu perkara – nak menang PRU dan jaga kampung.
Hanya bila mereka berpisah, barulah semua aib dibuka semula.

Pengajarannya mudah:

Kalau kita betul-betul nak rumah tangga ini kekal, berhentilah mengungkit silam.

Jangan kita kutuk mertua (bekas pemimpin atau penyokong lama),

jangan kita sindir pasangan sendiri.
Kerana bila keluarga bergaduh,

anak-anak yang jadi mangsa.

Akhirnya, rakyat tak peduli siapa yang betul dulu.

Rakyat cuma nak tengok rumah ini aman, nasi cukup atas meja, dan semua ahli keluarga saling menyokong.

Jadi, sebelum kita berbalah tentang masa lalu, tanya diri:

“Kita nak perkahwinan ini jadi sumber kebahagiaan… atau bahan ketawa jiran sebelah?”

Kena ingat juga, macam kita selalu dengar, ada perkahwinan runtuh, bini kena rampas, sebelum runtuh, macam-macam fitnah tersebar nak bagi gaduh. Jadi hargailah perkahwinan yang dibina.

Dalam politik, semua pernah jadi musuh, semua pernah jadi kawan.
Kalau nak rumah tangga ini kekal, jangan asyik buka kisah lama.
Kerana hanya keluarga yang bersatu, dapat jaga kampung dengan aman.

Ada siapa berani jamin PAS tak akan berkerjsama dengan DAP semula dalam tempoh 50 tahun akan datang?

Bare in mind…tiada apa yang mustahil dalam percaturan kuasa..

Address

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang
Taiping
34000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faize Halim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Faize Halim:

Share