13/04/2026
Ahad |12 April 2026
8.00 Pagi
Penduduk Taman Larah Indah Barat dan Taman Larah Indah Timur telah mengadakan gotong-royong memasang lampu solar di dua lokasi di dalam kawasan taman permainan. Program gotong-royong pemasangan lampu solar di taman permainan Taman Larah Indah Barat dan Taman Larah Indah Timur diadakan sebagai satu inisiatif komuniti bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penduduk, khususnya pada waktu malam. Dengan adanya pencahayaan yang lebih baik, kawasan taman dapat digunakan dengan lebih selamat untuk pelbagai aktiviti riadah seperti bersenam, dan permainan kanak-kanak. Selain itu, penggunaan lampu solar yang menjimatkan tenaga dan mesra alam turut menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar serta mengurangkan kos penggunaan elektrik jangka panjang. Program ini juga menjadi platform untuk memupuk semangat gotong-royong, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat, di samping berkongsi pendapat dan pandangan untuk membuat penambahbaikan lagi kemudahan dalam kawasan taman. Diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi mewujudkan persekitaran komuniti yang lebih harmoni, selamat, ceria dan sejahtera untuk semua.