28/04/2024
Pada 21 April 2024 telah berlangsung mesyuarat agung Persatuan Penduduk Taman Pengkalan Harmoni kali pertama. Di dalam mesyuarat ini, seluruh ahli mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan jawatankuasa penaja sedia ada bagi tempoh 2024 - 2026.
Selepas mesyuarat berakhir, majlis diteruskan dengan Majlis Jamuan dan Ramah Mesra Aidilfitri Taman Pengkalan Harmoni. Ramai tetamu yang hadir dan majlis berjalan dengan meriah sekali.