Nisa' Bukit Gantang

Nisa' Bukit Gantang Non-profit organisation

13/07/2026

Program apa yang menarik yang korang nak nisa' Bukit Gantang anjurkan? Jom komen dibawah.

Throwback: Nisa' Small Kindness Ramadan 🌙✨​Alhamdulillah, selesai amanah menyantuni 3 keluarga di Kg. Tengah dan Kg. Sg....
10/07/2026

Throwback: Nisa' Small Kindness Ramadan 🌙✨
​Alhamdulillah, selesai amanah menyantuni 3 keluarga di Kg. Tengah dan Kg. Sg. Petai, Bukit Gantang menerusi 2 sesi ziarah sumbangan Ramadan pada 1 & 8 Mac yang lalu.

​Walaupun kecil bagi kita, semoga ia bermakna dan dapat mengukir senyuman buat mereka. Semoga ianya bermanfaat daripada Nisa' Bukit Gantang! 🤍

🌐 Selamat Hari Media Sosial Media sosial bukan sekadar ruang untuk bersuara, tetapi juga medan menyebarkan dakwah dan me...
30/06/2026

🌐 Selamat Hari Media Sosial

Media sosial bukan sekadar ruang untuk bersuara, tetapi juga medan menyebarkan dakwah dan membina ummah.

Marilah kita menghiasi alam maya dengan ilmu, adab dan hikmah. Kerana setiap tulisan yang baik mampu menjadi pahala yang berpanjangan, manakala setiap tulisan yang buruk akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.

Semoga Allah memberkati setiap perkongsian yang membawa manfaat kepada insan.



[Kembali Ke Sekolah: "I Love School"] 🎒🌸​Alhamdulillah, pada 4 Januari 2026 yang lalu, Nisa' telah menyerahkan sumbangan...
28/06/2026

[Kembali Ke Sekolah: "I Love School"] 🎒🌸

​Alhamdulillah, pada 4 Januari 2026 yang lalu, Nisa' telah menyerahkan sumbangan kelengkapan sekolah buat adik-adik pelajar terpilih.

​Syukur melihat senyuman teruja mereka menerima pakaian dan alatan baru. Semoga sumbangan kecil ini dapat menaikkan lagi semangat mereka untuk menuntut ilmu!

​Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang menjayakan misi kali ini. Semoga Allah balas dengan kebaikan yang melimpah-limpah. 💖

28/06/2026

Assalamualaikum & selamat petang Sahabat Nisa'! 🌸

​Macam mana hari Ahad korang setakat ni?

Harapnya semua tengah dapat rehat yang berkualiti, sama ada luangkan masa dengan keluarga, mengemas bilik, atau sekadar layan me-time tengok drama kegemaran.

​Sebelum kita melangkah ke hari Isnin esok dan mula pusing balik 'gear' produktif kita, Nisa' nak ajak korang sembang santai kejap:

​"Apa satu perkara kecil atau 'simple pleasure' yang korang buat hari ni yang berjaya buat korang tersenyum?"

​Contohnya: dapat minum kopi kegemaran, tengok pokok bunga mekar, atau sekadar dapat tidur siang tanpa gangguan. 🤭
​Jom share aura positif korang kat ruangan komen bawah! 👇✨

​ '

Kenapa saya masih takut sedangkan perkara itu sudah lama berlalu?Bagi sesetengah individu, pengalaman traumatik boleh me...
26/06/2026

Kenapa saya masih takut sedangkan perkara itu sudah lama berlalu?

Bagi sesetengah individu, pengalaman traumatik boleh meninggalkan kesan yang berpanjangan. Inilah yang dikenali sebagai Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD).

Antara kesannya:
✔️ Mimpi buruk atau kenangan yang mengganggu
✔️ Mudah cemas atau terkejut
✔️ Sukar tidur dan menumpukan perhatian
✔️ Mengelakkan situasi yang mengingatkan kepada trauma

PTSD boleh dirawat dan diurus dengan sokongan yang tepat. Jangan abaikan tanda-tandanya.


🚨 GIRLS, READY TO WALK & HEAL?🚶‍♀️💖Fit & Faith Walk* – gabungan sihat, santai & spiritual ✨ Alhamdulillah, selesai progr...
26/06/2026

🚨 GIRLS, READY TO WALK & HEAL?🚶‍♀️💖
Fit & Faith Walk* – gabungan sihat, santai & spiritual ✨

Alhamdulillah, selesai program Nisa' Bukit Gantang di Taman Tasik.

Terima Kasih para ibu/ayah, para suami atas keizinan anak/isteri kalian menyertai program kami 🌷

Nisa' Bukit Gantang 2026💃💬"

🌟 Selamat Hari Ulang Tahun TUDM🌟Kalau tuan pergi ke hulu,Jangan lupa membawa bekalan;Kalau bukan kerana TUDM selalu,Belu...
01/06/2026

🌟 Selamat Hari Ulang Tahun TUDM🌟

Kalau tuan pergi ke hulu,
Jangan lupa membawa bekalan;
Kalau bukan kerana TUDM selalu,
Belum tentu aman langit dan sempadan.

Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia atas khidmat bakti yang dicurahkan kepada negara.

Semoga terus terbang tinggi dengan semangat setia, profesional dan berwibawa.


DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-P...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah takzim daripada :
Nisa' Bukit Gantang

Address

Taman Tasik, Taiping, Perak, Malaysia
Taiping
34000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nisa' Bukit Gantang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share