ABIM Taiping

ABIM Taiping Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ABIM Taiping, Non-Governmental Organization (NGO), JKR 31, Jalan Assam Kumbang, Taiping.

KSSB 1447H/2026MDengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,Sesungguhnya sedekah paling besar pahalanya adalah apabila seseora...
27/02/2026

KSSB 1447H/2026M

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

Sesungguhnya sedekah paling besar pahalanya adalah apabila seseorang itu berada dalam keadaan sihat dan berasa sayang terhadap hartanya, maka pada waktu itu jangan bertangguh lagi untuk bersedekah.

Jom menyumbang untuk KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS (KSSB) ABIM yang kini sudah masuk TAHUN KE - 20! Ayuh, sinari wajah mereka dengan senyuman dengan kepemurahan hati kalian.

ABIM mempelawa Tuan/Puan/Sahabat-sahabat semua dalam menjayakan kempen ini untuk tujuan bantuan KSSB 1447H/2026M untuk membantu mereka yang memerlukan.

Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman yang bermaksud:

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(Surah al-Baqarah, ayat 261)

Salam keprihatinan dan kasih sayang dari kami,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Taiping
“Memberi bukan kerana berada, tapi kerana faham rasanya tiada.”

Alhamdulillah, ABIM Taiping selesai membuat edaran berupa selimut kepada mangsa² banjir di PPS bertempat di SK Matang. T...
24/10/2025

Alhamdulillah, ABIM Taiping selesai membuat edaran berupa selimut kepada mangsa² banjir di PPS bertempat di SK Matang. Terdapat sekitar 52 buah keluarga dalam lingkungan 170 orang di tempatkan di PPS ini. Moga bermanfaat buat mereka.

Terima kasih kepada penyumbang² semua. Teruskan menyumbangan, untuk di sampaikan kepada yang memerlukan.

04/03/2025
23/01/2025

Kepimpinan Rabbani, Generasi Harapan

PROGRAM SALUTE CAMPTarikh: 18 - 19 Januari 2025Tempat: KELANA, Pechah Batu, TrongPeserta: 56 orang murid SERI ALUMMAH Ta...
22/01/2025

PROGRAM SALUTE CAMP
Tarikh: 18 - 19 Januari 2025
Tempat: KELANA, Pechah Batu, Trong
Peserta: 56 orang murid SERI ALUMMAH Taiping, Chemor dan Manjung.

SALUTE Camp merupakan program kepimpinan yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin muda yang berwawasan, berketerampilan, dan berlandaskan nilai Islam. Program ini dianjurkan oleh TAKMIR PENDIDIKAN ABIM NEGERI PERAK dengan kerjasama WADAH PERAK, ABIM PERAK, SALWA PERAK dan KPIP yang dikelolakan oleh ABIM TAIPING.

Objektif Program:
• Meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan peserta.
• Memupuk nilai keislaman dalam setiap aspek kehidupan.
• Melahirkan individu yang berani dan berkeyakinan tinggi dalam menguruskan tugasan.

Pelbagai aktiviti telah disusun untuk mencapai objektif program seperti:

1. Slot Leadership:
Ceramah motivasi tentang kepimpinan disampaikan oleh Ustaz Ukasyah,Timbalan YDP ABIM Perak.

2.Outdoor (War Game):
Aktiviti lasak yang menguji kerjasama dan kepantasan berfikir peserta.

3. Pengucapan Awam:
Ustazah Husna (ABIM Taiping) melatih peserta cara berkomunikasi dengan yakin dan berkesan.

4. Qiamullail dan Kuliah Subuh :
Dipimpin oleh Ustaz Nabil (GURU BESAR SERI TAIPING), aktiviti ini menekankan nilai spiritual dalam kehidupan peserta.

5. Treasure Hunt:
Peserta menyelesaikan misi dalam kump**an, menguji kerjasama dan strategi.

SALUTE Camp 2025 telah berjalan dengan jayanya dan mencapai matlamat program. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berkualiti dan berlandaskan nilai Islam.

Usrah WAP Zon Utara Tarikh :    11 Dis  (Rabu)Tempat :  SERI AL Ummah Taiping, Jln Asam Kumbang Tentatif1. Solat Mghrib ...
12/12/2024

Usrah WAP Zon Utara
Tarikh : 11 Dis (Rabu)
Tempat : SERI AL Ummah Taiping, Jln Asam Kumbang

Tentatif
1. Solat Mghrib
2. Jamuan
3. Solat Isyak
4. Tafsir Al Kahfi Ayat (45 - 47)
5. Ulasan Buku
6. Urusan Organisasi
7. Bersurai

~3 Disember 2024 (Selasa)~Usrah WAP Taiping di rumah YDP Abim Taiping hari ini.
03/12/2024

~3 Disember 2024 (Selasa)~
Usrah WAP Taiping di rumah YDP Abim Taiping hari ini.


30 November 2024(SABTU)Alhamdulillah, selesai Klinik Solat Kanak-Kanak untuk anak- anak TNB Taiping . Terima kasih Persa...
01/12/2024

30 November 2024(SABTU)

Alhamdulillah, selesai Klinik Solat Kanak-Kanak untuk anak- anak TNB Taiping . Terima kasih Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB Taiping dan Pelitawanis TNB Taiping atas peluang yang diberikn untuk mengisi slot. Semoga berjumpa lagi 😊





Klinik solat kanak-kanak TNB Taiping esok. Kerjasama Helwa Abim Taiping dan Pelitawanis TNB .Semoga berjalan lancar 🌸
29/11/2024

Klinik solat kanak-kanak TNB Taiping esok. Kerjasama Helwa Abim Taiping dan Pelitawanis TNB .Semoga berjalan lancar 🌸

18/11/2024

Address

JKR 31, Jalan Assam Kumbang
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Friday 08:00 - 14:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ABIM Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ABIM Taiping:

Share