ABIM Daerah Gombak

ABIM Daerah Gombak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Gombak

*ALL EYES ON SUMUD FLOTILLA* ๐Ÿšค๐Ÿ‰Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya pintasan d...
02/10/2025

*ALL EYES ON SUMUD FLOTILLA* ๐Ÿšค๐Ÿ‰

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya pintasan dan penculikan aktivis dan sukarelawan di kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang berlayar ke perairan G untuk memberikan bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan susu formula bayi.

ABIM Selangor turut bersolidariti dengan rakan-rakan aktivis dari Malaysia yang dilaporkan telah ditahan, antaranya seorang Aktivis ABIM yang bernama Danish Nazran, yang juga petugas Global Peace Mission (GPM) Malaysia.

Tindakan pelampau IDF ini sangat layak dikecam dan diberikan tekanan di peringkat antarabangsa juga oleh warga global netizen.

Kami menyeru semua pihak โ€“ masyarakat sivil, badan antarabangsa, dan kerajaan โ€“ untuk terus bersuara lantang perihal P dan G. Jangan biarkan kezaliman ini berlalu tanpa tekanan dan perhatian dunia. Setiap suara solidariti adalah sebahagian daripada perjuangan menegakkan keadilan dan hak kemanusiaan.

Teruskan bersuara. Teruskan memberi tekanan di media sosial! ๐Ÿ‰

---------------------------------------------------

The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) Selangor strongly condemns the interception and abduction of activists and volunteers aboard the Global Sumud Flotilla (GSF), which was sailing towards the waters of G to deliver humanitarian aid such as food, medicine, and infant formula.

ABIM Selangor also expresses solidarity with fellow Malaysian activists who have reportedly been detained, among them an ABIM activist named Danish Nazran, who is also a staff member of Global Peace Mission (GPM) Malaysia.
This action by the IDF deserves the strongest condemnation and pressure at the international level, including from global citizens online.

We call upon all parties โ€“ civil society, international bodies, and governments โ€“ to continue raising their voices loudly regarding P and G. Do not let this injustice pass without global pressure and attention. Every voice of solidarity is part of the struggle to uphold justice and human rights.

Keep speaking out. Keep applying pressure on social media! ๐Ÿ‰

Ts. Ahmad Fahmi Adzha bin Mohd Nasarudin
YDP ABIM Selangor

{INDUKSI ABIM GOMBAK}๐Ÿ—“๏ธ  23 Ogos 2025, hari Sabtu๐Ÿ•ฐ๏ธ 8:30 pagi hingga 3:30 petang ๐Ÿข Pusat Latihan PEPIAS-ABIM (PULPA), Kg...
22/08/2025

{INDUKSI ABIM GOMBAK}

๐Ÿ—“๏ธ 23 Ogos 2025, hari Sabtu
๐Ÿ•ฐ๏ธ 8:30 pagi hingga 3:30 petang
๐Ÿข Pusat Latihan PEPIAS-ABIM (PULPA), Kg. Changkat, Gombak


[MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH GOMBAK]Alhamdulillah setinggi tinggi penghargaan dan syukur atas limpa...
23/07/2025

[MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH GOMBAK]

Alhamdulillah setinggi tinggi penghargaan dan syukur atas limpah kurnia nya, seramai empat delegasi Abim Gombak telah hadir ke MPBN Peringkat Daerah Gombak dan telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Gombak.

Semoga dengan usaha ini, dapat memperkasa belia dari aspek kepimpinan, intelektual dan spiritual yang akan terus diperkukuh selari dengan nilai-nilai Islam dan perjuangan ABIM.



๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025MููŽุตูŽู„ู‘ู ู„ูุฑูŽุจู‘ููƒูŽ ูˆูŽูฑู†ู’ุญูŽุฑู’ (ูข)"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanm...
06/06/2025

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025M

ููŽุตูŽู„ู‘ู ู„ูุฑูŽุจู‘ููƒูŽ ูˆูŽูฑู†ู’ุญูŽุฑู’ (ูข)

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah."
โ€” Surah Al-Kawthar, ayat 2โ€”

Hari Raya Aidiladha mengajak kita menginsafi dan mensyukuri segala nikmat kurniaan Ilahi. Dengan semangat pengorbanan, keikhlasan, dan ketakwaan, marilah kita bersama menghayati hikmah Aidiladha yang menjadi simbol ketaatan dan kasih kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada:
Abim Gombak

[Selamat Hari Raya Aidilifitri 1446 H]Dengan penuh kesyukuran, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semu...
30/03/2025

[Selamat Hari Raya Aidilifitri 1446 H]

Dengan penuh kesyukuran, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga bulan yang mulia ini membawa kebahagiaan, kedamaian, dan kasih sayang dalam setiap langkah kita.

Di kesempatan ini, kami ingin memohon Maaf Zahir & Batin atas segala kekhilafan. Semoga Aidilfitri ini menjadi titik permulaan untuk kehidupan yang lebih diberkati.

Ikhlas daripada,
ABIM Gombak

[SALAM NUZUL QURAN 1446H ๐Ÿ•‹โœจ]Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, di mana Allah SWT menurunkan Al-Quran sebagai c...
17/03/2025

[SALAM NUZUL QURAN 1446H ๐Ÿ•‹โœจ]

Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, di mana Allah SWT menurunkan Al-Quran sebagai cahaya petunjuk bagi seluruh umat manusia. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185:

"Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang batil)."

Semoga kita terus mendalami, menghayati, dan mengamalkan ajarannya dalam setiap langkah kehidupan. Jadikan Al-Quran sahabat sejati, bukan sekadar bacaan, tetapi panduan menuju kejayaan dunia dan akhirat.

"Sejahterakan Gombak dengan Dakwah"

Ikuti kami untuk lebih banyak perkongsian di Instagram dan Facebook:
๐Ÿ“Œ .gombak

Alhamdulillah, Program Ihya' Ramadan 1446H โ€“ Kg. Changkat yang berlangsung pada 9 Mac 2025 di Madrasah Kg. Changkat tela...
10/03/2025

Alhamdulillah, Program Ihya' Ramadan 1446H โ€“ Kg. Changkat yang berlangsung pada 9 Mac 2025 di Madrasah Kg. Changkat telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat Ramadan dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan kanak-kanak dan remaja, melalui pengisian yang berfokus kepada pengukuhan ilmu agama serta penghayatan terhadap Al-Quran.

Program ini dibahagikan kepada beberapa aktiviti utama iaitu, Tahsin Solat & Tadarus Al-Quran, Kembara Qurani dan Pertandingan Hafazan Remaja.

Program ini mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat, dengan penyertaan yang menggalakkan daripada kanak-kanak dan remaja. Kejayaan program ini turut didukung oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Changkat, Madrasah Kampung Changkat, Wadah Selangor, ABIM Gombak, Pepias Gombak dan Tunas Nahdah Gombak.

Secara keseluruhannya, Program Ihya' Ramadan 1446H โ€“ Kg. Changkat telah mencapai matlamatnya dalam membentuk generasi muda yang celik Al-Quran dan berdisiplin dalam ibadah. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan masyarakat yang lebih berilmu dan berakhlak mulia.

Terima kasih kepada semua yang terlibat ! Semoga Ramadan ini membawa keberkatan kepada kita semua.

๐ŸŒ™ IHYA RAMADAN KG CHANGKAT ๐ŸŒ™(Kembara Qurani)Assalamuโ€™alaikum warahmatullahi wabarakatuh ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู...
03/03/2025

๐ŸŒ™ IHYA RAMADAN KG CHANGKAT ๐ŸŒ™
(Kembara Qurani)

Assalamuโ€™alaikum warahmatullahi wabarakatuh ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Jemputan daripada pihak JPKK Kampung Changkat, ABIM, Tunas Nahdah (Team Wadah), Pepias & Madrasah Kg Changkat untuk program Kembara Qurani berkenaan kursus Fardhu Ain dan Pertandingan Hafazan peringkat Remaja :-

* Remaja 7tahun-12tahun(fardhu ain)
* โ Remaja 13-17tahun(pertandingan hafazan)

Ketetapan Adalah Seperti Berikut :-

Tarikh : 9 March 2025
Masa : 9:00 AM - 5:00 PM
Lokasi : Madrasah Kampung Changkat

Harap semua yang berkenaan dapat hadir bagi menjayakan program.

Marhaban ya Ramadhan.
Mohon Maaf Zahir dan Batin. Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga bulan ini kita dilimpahi rahmat kasih sayang dan keampunan dari-Nya.

Jemputan Muktamar ABIM Gombak - Usrah Gabungan - Badminton ๐ŸŒณAssalamuโ€™alaikum,Kami dengan sukacitanya menjemput tuan/puan...
08/02/2025

Jemputan Muktamar ABIM Gombak - Usrah Gabungan - Badminton ๐ŸŒณ

Assalamuโ€™alaikum,

Kami dengan sukacitanya menjemput tuan/puan ke Muktamar ABIM Gombak, Usrah Gabungan ABIM Gombak - Setapak - Wangsa Maju dan Badminton yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 9 Februari 2025 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang

Tajuk Usrah: โ€Work-Life-Balance Dalam Gerakanโ€
Pembentang: Mohamad Aliemran Norasid, Setiausaha Agung ABIM

Badminton
Masa: 5:00 ptg - 7:00 ptg
Tempat: Setapak Badminton Centre

Untuk kehadiran, sila isi borang pada pautan ini: (https://tinyurl.com/DaftarMuktamarAbimGombak)

Kehadiran dan sokongan tuan/puan amatlah dihargai. Jumpa anda di sana!

Address

Taiping

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ABIM Daerah Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share