11/01/2026
Tahun baru, azam baru. Selamat kembali ke sekolah, tempat kita membina impian dan menyusun masa depan. Setiap langkah ke kelas hari ini adalah satu langkah menuju kejayaan, walaupun ada hari yang terasa penat dan mencabar.
Ingatlah bahawa setiap usaha kecil yang dilakukan dengan ikhlas akan membawa perubahan besar suatu hari nanti.
Datanglah ke sekolah dengan semangat, niat yang betul dan hati yang gembira, hargai masa, hormati guru dan sayangi kawan-kawan, kerana di sinilah kita bukan sahaja belajar menjadi pandai, tetapi belajar menjadi insan yang lebih baik.