PSG Najmu Annajah

Call Directions Contact the organization

PSG Najmu Annajah Parent Support Group Najmu Annajah MRSM Felda Trolak

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.Tahniah buat seluruh warga Najmu Annajah atas pencapaian yang membanggakan dal...
03/08/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.

Tahniah buat seluruh warga Najmu Annajah atas pencapaian yang membanggakan dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik.

Kejayaan ini bukan sekadar angka, tetapi hasil usaha gigih para pelajar, bimbingan para guru serta doa dan sokongan ibu bapa yang tidak pernah putus.

PSG Najmu Annajah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan hari ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. Terus melangkah, terus menggapai impian.

08/05/2026

Bismillah & all the best anak2 batch Najmu Annajah.

Semoga dipermudah urusan menjawab soalan Peperiksaan Akhir Semester 1 yang akan bermula minggu depan.

Tenang hati, lapang fikiran & diberikan kejayaan yang terbaik 🀲

PSG Najmu Annajah sentiasa mendoakan anak-anak MRSM FELDA Trolak terutama batch Najmu Annajah πŸ₯°

09/02/2026

Alhamdulillah, pada hari ini akan berlangsung Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik Semester 2/2025 MRSM FELDA Trolak.

Sekalung tahniah diucapkan kepada anak-anak Najmu Annajah yang menerima anugerah atas pencapaian akademik yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

PSG Najmu Annajah MRSM Felda Trolak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan maktab serta para guru atas komitmen, dedikasi dan bimbingan berterusan dalam mendidik anak-anak kami.

Tidak dilupakan juga penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga atas sokongan padu serta kerjasama yang erat demi kebajikan dan kejayaan anak-anak MRSM FELDA Trolak.

Semoga segala usaha ini diberkati Allah SWT dan menjadi asbab kejayaan anak-anak kita di dunia dan di akhirat. 🀲

Alhamdulillah 🀲Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak Najmu Annajah, MRSM FELDA Trolak atas pencapaian membanggak...
14/01/2026

Alhamdulillah 🀲

Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak Najmu Annajah, MRSM FELDA Trolak atas pencapaian membanggakan dalam Peperiksaan Akhir Semester 2.

Kejayaan ini adalah hasil usaha berterusan para pelajar, bimbingan para guru serta sokongan padu daripada ibu bapa yang tak pernah jemu mendoakan anak-anak.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha, berdisiplin dan cemerlang dunia serta akhirat, insyaAllah πŸ₯°




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,πŸ“ KEM PEMANTAPAN MATEMATIK-Persamaan Linear & AlgebraπŸ“ Kolej MARA BantingπŸ“… 30 & 31 Dis...
24/12/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

πŸ“ KEM PEMANTAPAN MATEMATIK-Persamaan Linear & Algebra

πŸ“ Kolej MARA Banting
πŸ“… 30 & 31 Disember 2025
⏱ 2 Hari 1 Malam

Khas untuk pelajar bakal Tingkatan 1 & pelajar menengah rendah sedia ada (T1, T2 & T3).
Dibimbing oleh guru cemerlang & berpengalaman melalui pembelajaran intensif dan berfokus.

πŸ’° Yuran: RM220 seorang
(termasuk modul, penginapan & makan minum)

πŸ“ Daftar:
πŸ‘‰ https://kodidik.onpay.my/order/form/kemmat25

πŸ“ž Pertanyaan:
πŸ‘‰ https://tinyurl.com/tanya-kemantap

πŸ“Œ Tempat TERHAD – daftar awal digalakkan.

SELAMAT BERCUTI ANAK-ANAK NAJMU ANNAJAHCuti sekolah memberi ruang untuk anak-anak Najmu Annajah berehat daripada rutin p...
19/12/2025

SELAMAT BERCUTI ANAK-ANAK NAJMU ANNAJAH

Cuti sekolah memberi ruang untuk anak-anak Najmu Annajah berehat daripada rutin pembelajaran harian serta mengisi masa bersama keluarga. Gunakan tempoh ini untuk memperkukuh nilai diri, membina disiplin dan mengamalkan aktiviti yang memberi manfaat kepada perkembangan rohani dan sahsiah anak-anak.

Semoga anak-anak dapat kembali ke maktab nanti dengan semangat yang diperbaharui, lebih matang dan bersedia untuk meneruskan perjalanan menuntut ilmu.

Cuti2 juga, buku jangan lupa πŸ˜‰

Kami bawakan Kelas Online Persediaan Tingkatan 2, 2026 untuk membantu pelajar menguasai topik penting dengan lebih mudah...
18/12/2025

Kami bawakan Kelas Online Persediaan Tingkatan 2, 2026 untuk membantu pelajar menguasai topik penting dengan lebih mudah dan berkesan, bersama guru-guru berpengalaman.

KELAS TINGKATAN 2, 2026 (SECARA ATAS TALIAN)
πŸ“ Platform: Zoom
πŸ“… 22 – 28 Disember 2025
πŸ“–Topik Pembelajaran:
- Ulangkaji Topik Tingkatan 1
- Topik Awal Tingkatan 2

πŸ”— Link Pendaftaran:
https://ezy.la/t2online1

Subjek Ditawarkan:
- Matematik
- Sains-Fizik
- Sains-Kimia
- Sains-Biologi

πŸ“± WhatsApp untuk pertanyaan:
https://wa.me/601153209288

➑️ Sila follow FB Page UH EDUHUB:
https://www.facebook.com/share/1CqA8Cceru/

Terima kasih,
Admin

Address

MRSM FELDA TROLAK
Sungkai
35600

Telephone

+60195147889

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSG Najmu Annajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PSG Najmu Annajah:

Shortcuts

Share