NADI Felda Trolak Utara

NADI Felda Trolak Utara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Trolak Utara
Pengurus - Shuhaila Shazali
Pen.Pengurus - Elieza Natasya

šŸ’ƒšŸ»SENAM SIHAT BERSAMA NADIšŸ’ƒšŸ»Jom ramai-ramai hadir senam sihat bersama geng NADI FELDA TROLAK UTARA dalam misi mencapai M...
25/08/2026

šŸ’ƒšŸ»SENAM SIHAT BERSAMA NADIšŸ’ƒšŸ»

Jom ramai-ramai hadir senam sihat bersama geng NADI FELDA TROLAK UTARA dalam misi mencapai MALAYSIA BOOK OF RECORD!

šŸŽCabutan bertuah menanti anda!
šŸ½ļøSarapan pagi juga disediakan!

Datang beramai-ramai, kita meriahkan bersama!

25/08/2026
24/08/2026
11/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim ā€œPay Laterā€ dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

11/08/2026

Maaf ye.. Sebagai guru saya wajib perbetulkan fitnah yang tular terhadap Menteri Pendidikan berkenaan isu jualan ansuran seragam sekolah.

Kadang-kadang kita perlu berhenti sekejap sebelum berkongsi sesuatu di media sosial.

Bukan semua yang viral itu benar.
Bukan semua yang ditulis dengan huruf besar itu fakta.
Dan bukan semua yang dibungkus dengan kemarahan itu bermaksud kita sedang memperjuangkan rakyat.

Baru-baru ini timbul dakwaan kononnya kerajaan melalui NADI mahu menjual baju sekolah kepada pelajar sehingga menyusahkan ibu bapa.

Ada satu posting di sosmed berbunyi begini

"Saya tak faham.

Adakah ini dipanggil Inisiatif membantu rakyat?

Saya berpandangan kerajaan sepatutnya gunakan data yang ada untuk salurkan bantuan khusus kepada mereka yang amat memerlukan.

Kerajaan kata nak ringankan beban ibu bapa, tetapi kalau penyelesaiannya ialah ansuran, bukankah itu bermaksud ibu bapa masih perlu membayar dan menambah hutang?

Dengan kata lain beban ditangguhkan, bukan dikurangkan."

Saya yang membaca posting šŸ‘† rasa pelik... Tak kan lah KPM jual baju seragam...

Kemudian saya cuba semak info sebetulnya.

Rupa-rupanya ceritanya tidaklah seperti yang digambarkan.
Cerita sebenar ialah ini inisiatif yang diperkenalkan melalui NADI Mahir sebenarnya melibatkan latihan dan pengupayaan komuniti dalam bidang jahitan. Komuniti diberi kemahiran untuk menghasilkan pakaian, termasuk pakaian seragam sekolah.

Kemudian pakaian tersebut ditawarkan kepada ibu bapa dengan kemudahan bayaran secara ansuran.

Bayangkan lah kalau Giatmara atau Jabatan Penjara jahit baju sekolah dan jual pada orang awam dengan hasrat membantu pelatih atau banduan... Takkan jadi isu juga?

Lagi satu…di mana menyusahkannya?

Kalau ada ibu bapa yang memilih untuk membeli maka itu pilihan mereka bukan paksaan pun.

Kalau ada yang mahu membeli secara ansuran maka disediakan kemudahan.
Amboi bab baju sekolah bayar ansuran korang bising marah dan fitnah YB Menteri.. Tapi tak sedar diri yang diri sendiri pakai Buy First Pay Later tu tak p**ak bising.

Apa yang NADI buat tu baguslah dalam masa yang sama, komuniti tempatan mendapat peluang untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang mereka pelajari. Ibu bapa dibantu. Komuniti diperkasa. Usahawan kecil diberi peluang.

Tetapi malangnya, apabila sesuatu inisiatif kerajaan tidak dibaca dengan lengkap, ia boleh diputar menjadi cerita yang sangat berbeza.

Sebab itu saya selalu pesan kepada pembaca saya... Tolonglah
Jangan biarkan emosi mendahului ilmu. Semak dulu faktanya.

Kalau kita tidak s**a kerajaan sekalipun, kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil kepada fakta.

Kita boleh mengkritik kerajaan.
Kita boleh mempertikaikan dasar.
Kita boleh bertanya tentang harga.
Kita boleh bertanya tentang mekanisme pelaksanaan.

Tetapi kritikan mesti berdiri atas fakta, bukan fitnah. Janganlah satu inisiatif yang bertujuan membantu rakyat akhirnya dipersembahkan seolah-olah kerajaan sedang mencari jalan untuk membebankan rakyat.

Kalau benar ada kelemahan, tegurlah.
Kalau ada ruang penambahbaikan, cadangkanlah.

Tetapi kalau sesuatu itu sebenarnya bertujuan meringankan beban ibu bapa dan pada masa yang sama membuka peluang ekonomi kepada komuniti, jangan kita ubah cerita hanya kerana mahu mencari bahan untuk menghentam kerajaan.

Politik boleh berbeza.
Pandangan boleh berbeza.
Tetapi kebenaran tidak sepatutnya berbeza mengikut parti yang kita sokong.

Kita mahu rakyat yang bijak.
Kita mahu masyarakat yang kritis.
Tetapi lebih daripada itu, kita mahu masyarakat yang tabayyun sebelum menghukum.

Sebelum tekan Share, semak dahulu.
Sebelum percaya, baca dahulu.
Sebelum menuduh, pastikan dahulu.

Kerana dalam zaman media sosial, satu fitnah boleh tersebar lebih pantas daripada seribu penjelasan.

Cikgu Emmet Menulis

11/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




Address

Pusat Internet 1 Malaysia Felda Trolak Utara
Sungkai
35600

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

0122299505

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Felda Trolak Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share