SMK Sungkai

Directions Website

SMK Sungkai Info SMK Sungkai

18 Ogos 2026 ll SelasaPilihan Raya Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam PTE SMK Sungkai sesi 2026/2027.Tahniah kepada ...
21/08/2026

18 Ogos 2026 ll Selasa
Pilihan Raya Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam PTE SMK Sungkai sesi 2026/2027.
Tahniah kepada semua calon Majlis Tertinggi dan Exco atas kemenangan dalam pemilihan raya ini. Semoga kejayaan ini menjadi amanah untuk menunaikan janji manifesto yang diperjuangkan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar STPM tahun 2025 yang telah berjaya menerima tawaran kemasukan ke ...
14/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar STPM tahun 2025 yang telah berjaya menerima tawaran kemasukan ke Universiti Awam.
Fasa menara gading ini adalah medan sebenar untuk kalian menimba ilmu, mematangkan pemikiran dan membina jati diri. Gunakanlah peluang ini dengan sebaik mungkin demi masa depan yang gemilang. Selamat maju jaya!"

08.08.2026 ll KEM KEPIMPINAN PEWARIS PEMIMPIN MUDAProgram Asas Kepimpinan Pewaris Pemimpin Muda bertujuan untuk membimbi...
09/08/2026

08.08.2026 ll KEM KEPIMPINAN PEWARIS PEMIMPIN MUDA

Program Asas Kepimpinan Pewaris Pemimpin Muda bertujuan untuk membimbing, mendidik dan mencungkil bakat pelajar-pelajar agar menjadi individu yang berkeyakinan, berdisiplin serta memiliki ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang. Program ini juga memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan nilai kepimpinan, semangat kerjasama, kemahiran komunikasi dan tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu amanah. Melalui pelaksanaan program ini, peserta berpeluang mengembangkan potensi diri serta membina asas kepimpinan yang kukuh sebagai persediaan untuk memimpin dengan berkesan pada masa hadapan.

Program ini melibatkan 110 orang pelajar Tingkatan Enam Semester 1 dari SMK Proton City, SMK Dato' Zulkifli Muhammad, SMK Sungkai dan Kolej Tingkatan Enam Tapah.

PERTANDINGAN MEWARNA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH BATANG PADANGAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,Untuk makluman sem...
06/08/2026

PERTANDINGAN MEWARNA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, SMK Sungkai akan mengadakan pertandingan mewarna bagi murid sekolah rendah di seluruh Daerah Batang Padang. Pertandingan ini diadakan sempena Program Bacathon yang bermula pada 5 Ogos 2026. Butiran pertandingan adalah seperti berikut:

📆Tarikh : 26 September 2026
⏱Masa : 8.30 pagi
📌Tempat : Dewan Gemilang, SMK Sungkai

🖍Kategori penyertaan:

Kategori A : Prasekolah (5-6 tahun)
Kategori B : Tahap 1 (7-9 tahun)
Kategori C : Tahap 2 (10-12 tahun)

🖍yuran penyertaan: RM2 / setiap peserta

✅ Sila imbas kod syarat penyertaan untuk keterangan lanjut beserta kaedah bayaran penyertaan

✅ Sila imbas kod pautan penyertaan bagi mengisi butiran penyertaan peserta

*Tempat terhad kepada 200 orang peserta (siapa cepat dia dapat!!) 😊😊

Pelancaran Program Bacathon Peringkat SMK Sungkai Tahun 2026.Program ini diadakan bertujuan mengumpul dana bagi membiaya...
04/08/2026

Pelancaran Program Bacathon Peringkat SMK Sungkai Tahun 2026.

Program ini diadakan bertujuan mengumpul dana bagi membiayai pelaksanaan program akademik, kokurikulum dan pembangunan murid. Menambah baik kemudahan pusat sumber dan prasarana demi keselesaan warga sekolah. Meningkatkan penglibatan ibu bapa, alumni dan komuniti dalam menyokong pembangunan sekolah melalui kerjasama dan sumbangan. Memupuk budaya membaca serta semangat bekerjasama.

15.07.2026 ll RabuSyabas dan tahniah buat 33 orang pelajar T6 yang telah mewakili PTE SMK Sungkai dalam Kejohanan Olahra...
17/07/2026

15.07.2026 ll Rabu
Syabas dan tahniah buat 33 orang pelajar T6 yang telah mewakili PTE SMK Sungkai dalam Kejohanan Olahraga dan Sukan T6 peringkat Kebangsaan bertempat di KTE Tuanku Muhriz, Negeri Sembilan.
Pencapaian :
Pingat Perak (100m perempuan)
Pingat Gangsa (400m lelaki)
Pingat Gangsa (Badminton beregu perempuan)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.Jom Sembang Akademik Anak & Libat Urus Bersama Pengetua.Ibu bapa dan penja...
14/07/2026

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Jom Sembang Akademik Anak & Libat Urus Bersama Pengetua.

Ibu bapa dan penjaga yang hebat,anak-anak kita di sekolah menengah sudah mula faham erti masa depan.

Namun, cabaran dunia akademik mereka sekarang bukan biasa-biasa.

Mereka amat memerlukan "back up" besar daripada kita di rumah.

Sukacita pihak sekolah menjemput tuan/puan untuk hadir ke Sesi Libat Urus Bersama Pengetua & Hari Interaksi Akademik.

Kenapa wajib hadir?
Sembang 'face-to-face' dengan guru:
Bincang strategi terbaik untuk bantu baiki atau kekalkan prestasi subjek anak.

Tanda sokongan padu:
Anak remaja kita mungkin tak cakap, tapi dalam hati mereka mesti bangga bila mak ayah datang demi pelajaran mereka.

Masa yang kita luangkan hari ini adalah pelaburan paling berharga buat masa depan mereka.

Satu hari kita turun sekolah, silap-silap boleh ubah masa depan anak kita seumur hidup!

Sampai jumpa nanti.

Terima kasih.

Selamat menduduki peperiksaan buat semua pelajar STPM. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.
28/06/2026

Selamat menduduki peperiksaan buat semua pelajar STPM. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.

18/06/2026
Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua calon STPM tahun 2025 kerana telah berjaya mencapai kepu...
18/06/2026

Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua calon STPM tahun 2025 kerana telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM yang diumumkan pada hari ini. Sekalung tahniah di atas usaha dan kerja keras kalian yang akhirnya berbayar dengan kejayaan. Semoga terus cemerlang dalam bidang yang diceburi dan jangan pernah berhenti mengejar impian.

Address

Jalan Pekan Lama
Sungkai
35600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Sungkai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share