Mahasiswa Lestari USM

Mahasiswa Lestari USM "Mahasiswa Lestari, Melestarikan Mahasiswa"

🌿 HAPPY SEMESTER BREAK !As another semester comes to an end, Mahasiswa Lestari would like to wish all students a joyful,...
26/07/2026

🌿 HAPPY SEMESTER BREAK !

As another semester comes to an end, Mahasiswa Lestari would like to wish all students a joyful, safe and meaningful semester break.

May this holiday be a time to rest, recharge, strengthen your bond with your loved ones and return with renewed energy and determination for the journey ahead.

"And He made your sleep for rest."
(Surah An-Naba', 78:9)

Take this opportunity to care for your well-being, reflect on your achievements and prepare yourselves for greater success in the coming semester.

Have a wonderful semester break, travel safely and we look forward to welcoming you back on campus.

See you next semester! 💚




| KENYATAAN RASMI | :  KEGANASAN TIDAK WAJAR DINORMALISASIKAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan...
08/07/2026

| KENYATAAN RASMI | : KEGANASAN TIDAK WAJAR DINORMALISASIKAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan kes tikaman yang didakwa berlaku di sebuah sekolah menengah di Banting, pada 6 Julai 2026. Pelbagai faktor yang menjadi akibat terhadap kes ini, malah keganasan bukanlah jawapannya. Kes ini juga membuktikan bahawa budaya buli masih berleluasa di kalangan pelajar, serta tekanan emosi dan sosial, menjadi semakin ketara.

Kami di Mahasiswa Lestari menekankan bahawa pendirian ini haruslah dibendung oleh mana-mana pihak terbabit dengan serta-merta. Rumah merupakan tempat ibu bapa mendidik anak-anak terhadap akhlak, adab dan rohani. Sekolah p**a merupakan tempat untuk menimba ilmu, membina kemahiran bersosial serta membina hubungan antara pelajar-pelajar lain. Pihak bertanggungjawab mempunyai hak untuk merombak semula akan keselamatan pelajar, selaku hal-hal yang wajar.

Insiden seperti ini mengingatkan kita bahawa isu buli dan keganasan perlu ditangani secara tegas oleh semua pihak. Keselamatan dan kesejahteraan pelajar mestilah sentiasa menjadi keutamaan agar setiap pelajar dapat belajar dalam suasana yang aman, selamat dan kondusif.

Tiada seorang pun pelajar sepatutnya hadir ke sekolah dalam keadaan takut. Pendidikan membina masa depan, bukan melahirkan trauma.




Selamat menjalani minggu ulang kaji! 📚 Semoga ilmu dipelajari melekat di kepala dan tak loading macam kucing ni 😭. Semog...
29/06/2026

Selamat menjalani minggu ulang kaji!

📚 Semoga ilmu dipelajari melekat di kepala dan tak loading macam kucing ni 😭. Semoga segala usaha dipermudahkan, diberi ketenangan ketika menjawab peperiksaan dan memperoleh keputusan yang membanggakan. Ingat! Rehat pun penting. All the best semua 💜✨

“MAHASISWA LESTARI PEMACU INTEGRITI”




Salam Maal Hijrah 1448H ✨"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa ...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H ✨

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd: 11)

Mari kita mulakan lembaran baharu takwim Islam ini dengan azam, tekad, dan semangat yang lebih jitu. Semoga tahun ini membawa keberkatan, keamanan, dan penghijrahan diri ke arah yang lebih baik.

“MAHASISWA LESTARI PEMACU INTEGRITI”





Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang M...
01/06/2026

Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Mahasiswa Lestari Universiti Sains Malaysia mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa diberkati kesihatan yang berpanjangan dan semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memelihara pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku dalam memimpin negara Malaysia yang tercinta ini dengan aman, makmur, dan harmoni.





Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 🌙Di sebalik titisan air mata suci Nabi Ibrahim A.S. dan keteguhan iman luar biasa ...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 🌙

Di sebalik titisan air mata suci Nabi Ibrahim A.S. dan keteguhan iman luar biasa Nabi Ismail A.S., di situlah bermulanya sebuah lipatan sejarah agung tentang erti pengorbanan yang sebenar.

Pengorbanan bukan sekadar tentang apa yang dilepaskan, tetapi tentang keikhlasan dan ketaatan yang diserahkan sepenuhnya kepada Maha Pencipta. Semoga hari raya kali ini mendekatkan lagi hati kita kepada nilai ketakwaan, ukhuwah, dan sifat ihsan sesama insan.

Salam Aidiladha buat semua. Semoga segala amal ibadah dan korban kita diterima di sisi-Nya.

“MAHASISWA LESTARI PEMACU INTEGRITI”





TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SETIAUSAHA DEWAN✨Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada Saudara Muhammad N...
25/05/2026

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SETIAUSAHA DEWAN✨

Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada Saudara Muhammad Nazmiuddin bin Mohd Nasir atas kelancaran perjalanan Parlimen Mahasiswa USM pada sidang kali ini. Segala jasa, komitmen dan dedikasi sepanjang memegang amanah sebagai Setiausaha Dewan Parlimen Mahasiswa amatlah dihargai dan dikasihi.

Semoga segala usaha, pengorbanan serta kepimpinan yang dicurahkan menjadi inspirasi dan meninggalkan impak besar buat seluruh warga mahasiswa. Diharapkan juga segala pengalaman dan bakti yang diberikan menjadi asbab suara mahasiswa sentiasa didengari dan kebajikan pelajar terus dipelihara di masa hadapan sama ada dari aspek akademik mahupun rohani.

“MAHASISWA LESTARI PEMACU INTEGRITI”



SELAMAT BERSIDANG MPP ML ✨Mahasiswa Lestari ingin mengucapkan selamat bersidang kepada Majlis Perwakilan Pelajar Mahasis...
22/05/2026

SELAMAT BERSIDANG MPP ML ✨

Mahasiswa Lestari ingin mengucapkan selamat bersidang kepada Majlis Perwakilan Pelajar Mahasiswa Lestari di Parlimen Mahasiswa Universiti Sains Malaysia yang akan berlangsung pada 23 Mei 2026. Semoga MPP ML diberikan ilham yang melimpah ruah serta dilancarkan lidah untuk berhujah dengan bernas.

Semoga persidangan ini menjadi wahana untuk perbincangan yang konstruktif dalam membahaskan setiap usul yang diketengahkan, sekali gus mengangkat suara mahasiswa USM. Semoga setiap keputusan yang dicapai memartabatkan kebajikan mahasiswa serta menyumbang ke arah pengukuhan USM sebagai institusi yang terus mempelopori masa depan negara

“Mahasiswa Lestari Pemacu Integriti”





Address

Sungei Nibong

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mahasiswa Lestari USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share