Pertubuhan Penggerak Kebajikan Dan Amal

Pertubuhan Penggerak Kebajikan Dan Amal Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Penggerak Kebajikan Dan Amal, Nonprofit Organization, Sungai Pinang.

17/09/2024
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Untuk Makluman semua, PENGGERAK masih lagi aktif menyampaikan bantuan diluar...
02/06/2024

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Untuk Makluman semua, PENGGERAK masih lagi aktif menyampaikan bantuan diluar sana. Disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa mengambil masa yang lama untuk berkongsi gerak kerja kami bersama anda semua.

Alhamdulillah bantuan khas dengan Kerjasama Pejabat M***i Pulau Pinang, Bantuan Kewangan sempena Aidilfitri serta Bantuan Bulanan bagi bulan April dan Mei 2024 telah Disampaikan.

Moga bantuan-bantuan ini memberi manfaat kepada para penerima.

Assalamualaikum Waramatullah WabarakatuhAlhamdulilah projek tahunan Pertubuhan Penggerak iaitu Projek Qurban akan dijala...
03/05/2024

Assalamualaikum Waramatullah Wabarakatuh

Alhamdulilah projek tahunan Pertubuhan Penggerak iaitu Projek Qurban akan dijalankan pada tahun ini. *Projek Qurban Penggerak 3.0 1445H/2024* akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

*•Tarikh: 18 Jun 2024*

*•Hari: Selasa*

*•Tempat: Kampung Tanjung Putus*

*•Jumlah lembu yang akan dikorbankan : 2 ekor (RM5,500 seekor)*

*•Harga bagi satu bahagian adalah RM850( termasuk kos pengurusan)*

Justeru itu, kami membuka peluang bagi sesiapa yang berhajat untuk menyertai Projek Qurban Penggerak 3.0 tahun ini boleh memaklum kepada person in charge ( Edzwan di talian -0134288980)

*Bagi yang ingin menyertai boleh membuat bayaran secara penuh (RM850) atau bayaran booking (RM425), bayaran akhir perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada 5/6/2024 Rabu.*

Pembayaran online transfer boleh dibuat seperti berikut:

*Nama akaun:Pertubuhan*
*Penggerak Kebajikan & Amal*
*No.Akaun: 07025010039903*
*Bank: Bank Islam*
*Ref:Projek Qurban 3.0*

*Sila hantar resit bayaran kepada Edzwan Haziq www.wassap.my/0134288980/qurban3.0 untuk rekod bayaran peserta

Untuk makluman semua: Makan pagi dan tengah hari akan disediakan kepada para peserta & petugas Projek Qurban 3.0:

-Makan pagi: Nasi Lemak
-Makan tengah hari: Mee Kuah Tulang

Kami dari Pertubuhan Penggerak Kebajikan & Amal mendoakan semoga Allah SWT menerima ibadah qurban yang disertai oleh para peserta pada tahun ini. Amin Ya Rabb.

10/04/2024

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”.

Kami di Pertubuhan Penggerak Kebajikan Dan Amal ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞Alhamdulillah, pada 8 Mac yang lalu, Pertubuhan Penggerak Kebajikan Dan Amal telah malaksanakan...
18/03/2024

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞

Alhamdulillah, pada 8 Mac yang lalu, Pertubuhan Penggerak Kebajikan Dan Amal telah malaksanakan misi bantuan Ramadan tahun yang ke-3 kepada mereka yang memerlukan bagi persiapan memasuki bulan Ramadan terutamanya, golongan miskin, warga emas, orang kelainan supaya, Pesakit Kronik dan ramai lagi.

Dana yang diperolehi pada saat akhir ini telah memberi manfaat kepada 5 buah keluarga.

Setiap pek bantuan makanan Ramadan yang diedarkan dilengkapi dengan barangan seperti beras, tepung, rempah ratus, Minyak, garam, gula, sos, susu, kordial, kurma, kicap, serbuh teh, serbuk kopi, bihun, mee segera dan beberapa barangan lain.

Semoga bantuan ini dapat membantu keluarga-keluarga ini menjalani bulan ramadan dengan selesa.

Permohonan Bantuan Kebajikan PENGGERAK boleh dibuat melalui link redirect whatsapp berikut :

https://bantuanpenggerak.wasap.my

Kami juga membuka peluang kepada penderma yang bermurah hati ingin memberi sumbangan kebajikan, boleh berbuat demikian dengan beberapa kaedah berikut :

𝟭. 𝗜𝗻𝗳𝗮𝗾𝗣𝗮𝘆

Sumbangan Bulanan Auto Debit
https://infaqpay.my/go/penggerakpulaupinang

Sumbangan Sekali Sahaja
https://infaqpay.my/plus/penggerakpulaupinang-sumbangan

𝟮. 𝗧𝗼𝘆𝘆𝗶𝗯𝗣𝗮𝘆

Tabung Akhirat
https://toyyibpay.com/Tabung-Akhirat

Tabung Pesakit Kronik
https://toyyibpay.com/Tabung-PesakitKronik

𝟯. 𝗝𝗼𝗺𝗣𝗔𝗬

Biller Code : 169185
Ref-1 : Sumbangan
Ref-2 :

𝟰. 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗸

Bank Islam
0702 5010 0399 03
Pertubuhan Penggerak Kebajikan Dan Amal

14/03/2024
𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗦𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗦𝗔Alhamdulillah, team PENGGERAK telah turun padang untuk menyampaikan bantuan susulan berbent...
12/03/2024

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗦𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗦𝗔

Alhamdulillah, team PENGGERAK telah turun padang untuk menyampaikan bantuan susulan berbentuk lampin dewasa kepada seorang pesakit strok dikawasan Balik Pulau.

Semoga Allah memberi kesembuhan kepada beliau dan mempermudahkan segala urusan keluarga ini.

Permohonan Bantuan Kebajikan PENGGERAK boleh dibuat melalui link redirect whatsapp berikut :

https://bantuanpenggerak.wasap.my

Kami juga membuka peluang kepada penderma yang bermurah hati ingin memberi sumbangan kebajikan, boleh berbuat demikian dengan beberapa kaedah berikut :

𝟭. 𝗜𝗻𝗳𝗮𝗾𝗣𝗮𝘆

Sumbangan Bulanan Auto Debit
https://infaqpay.my/go/penggerakpulaupinang

Sumbangan Sekali Sahaja
https://infaqpay.my/plus/penggerakpulaupinang-sumbangan

𝟮. 𝗧𝗼𝘆𝘆𝗶𝗯𝗣𝗮𝘆

Tabung Akhirat
https://toyyibpay.com/Tabung-Akhirat

Tabung Pesakit Kronik
https://toyyibpay.com/Tabung-PesakitKronik

𝟯. 𝗝𝗼𝗺𝗣𝗔𝗬

Biller Code : 169185
Ref-1 : Sumbangan
Ref-2 :

𝟰. 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗸

Bank Islam
0702 5010 0399 03
Pertubuhan Penggerak Kebajikan Dan Amal

𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙈𝙚𝙣𝙮𝙖𝙢𝙗𝙪𝙩 𝘽𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣 𝟭𝟰𝟰𝟱𝙃.Selamat menunaikan ibadah puasa. Mari kita manfaatkan sebaik-baiknya bulan yang pe...
11/03/2024

𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙈𝙚𝙣𝙮𝙖𝙢𝙗𝙪𝙩 𝘽𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣 𝟭𝟰𝟰𝟱𝙃.

Selamat menunaikan ibadah puasa. Mari kita manfaatkan sebaik-baiknya bulan yang penuh berkat ini. Agar kelak kita menjadi orang yang benar-benar mendapat kemenangan.

Ikhlas daripada:
Pertubuhan Penggerak Kebajikan dan Amal Pulau Pinang

PERJUMPAAN BERSAMA YBHG S.S. DATO' SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR, M***I NEGERI PULAU PINANG.Alhamdulillah, pada ...
06/03/2024

PERJUMPAAN BERSAMA YBHG S.S. DATO' SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR, M***I NEGERI PULAU PINANG.

Alhamdulillah, pada 5 Mac 2024, Ybhg Dato' Seri telah menerima kunjungan daripada AJK PENGGERAK dan antara perkara dibincangkan adalah tentang sejarah penubuhan serta latar belakang PENGGERAK, status dan aktiviti-aktiviti terkini PENGGERAK serta sudut pendanaan PENGGERAK itu sendiri.

Perjumpaan yang berlangsung selama hampir 30 minit tersebut merupakan satu penghargaan bagi PENGGERAK dan menjadi pemangkin semangat untuk PENGGERAK terus membantu asnaf-asnaf di sekitar Pulau Pinang.

Usaha PENGGERAK dalam memperkasakan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan negeri yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung tentang berkaitan dengan sosioekonomi negeri Pulau Pinang adalah penting agar bantuan kebajikan dapat dicapai oleh mereka yang amat memerlukan.

PENGGERAK akan terus menghulurkan bantuan kepada golongan yang amat memerlukan di Pulau Pinang, bersama-sama dengan bantuan masyarakat yang menyokong PENGGERAK dari segi usaha, masa dan harta.

Sekali lagi, kami amat berbesar hati, dan berterima kasih kepada Ybhg. Dato' Seri, M***i Pulau Pinang kerana memberikan peluang kepada PENGGERAK untuk memperkenalkan pertubuhan ini dan atas perbincangan yang amat baik tersebut.




Jabatan M***i Negeri Pulau Pinang

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗦𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗞𝗥𝗢𝗡𝗜𝗞Bantuan susulan daripada PENGGERAK telah diberikan kepada seorang pesakit kronik ya...
05/03/2024

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗦𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗞𝗥𝗢𝗡𝗜𝗞

Bantuan susulan daripada PENGGERAK telah diberikan kepada seorang pesakit kronik yang tinggal dikawasan Kampung Dodol, Pulau Pinang. Beliau mengalami kesukaran untuk bekerja dan menanggung kos perubatan yang Tinggi setiap bulan. PENGGERAK komited untuk menyediakan sumbangan tetap bulanan kepada beliau sebagai tanda sokongan dan mengharapkan beliau dikurniakan kesembuhan.

Permohonan Bantuan Kebajikan PENGGERAK boleh dibuat melalui link redirect whatsapp berikut :

https://bantuanpenggerak.wasap.my

Kami juga membuka peluang kepada penderma yang bermurah hati ingin memberi sumbangan kebajikan, boleh berbuat demikian dengan beberapa kaedah berikut :

𝟭. 𝗜𝗻𝗳𝗮𝗾𝗣𝗮𝘆

Sumbangan Bulanan Auto Debit
https://infaqpay.my/go/penggerakpulaupinang

Sumbangan Sekali Sahaja
https://infaqpay.my/plus/penggerakpulaupinang-sumbangan

𝟮. 𝗧𝗼𝘆𝘆𝗶𝗯𝗣𝗮𝘆

Tabung Akhirat
https://toyyibpay.com/Tabung-Akhirat

Tabung Pesakit Kronik
https://toyyibpay.com/Tabung-PesakitKronik

𝟯. 𝗝𝗼𝗺𝗣𝗔𝗬

Biller Code : 169185
Ref-1 : Sumbangan

PERTUBUHAN PENGGERAK KEBAJIKAN & AMAL PULAU PINANG

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟰Alhamdulillah - Program Bantuan Persekolahan Penggerak 2024 kepada 15 orang anak-anak...
01/03/2024

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟰

Alhamdulillah - Program Bantuan Persekolahan Penggerak 2024 kepada 15 orang anak-anak telah selesai dengan jayanya pada tanggal 24 Februari 2024 yang lalu. PENGGERAK mendoakan semoga adik-adik yang telah menerima bantuan persekolahan ini dapat kembali ke sekolah pada sesi yang akan datang dengan selesa dan ceria serta seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang, bersahsiah tinggi dan berguna kepada masyakarat.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor, M***i Negeri Pulau Pinang, yang sudi meluangkan hujung minggu beliau, untuk bersama-sama PENGGERAK, merasmikan program tersebut dan menyampaikan nasihat beliau kepada hadirin serta menyampaikan bantuan kepada pelajar-pelajar yang terpilih.

Tidak dilupakan juga kepada Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Rawa, yang telah memberi sokongan penuh dan ruang kepada PENGGERAK untuk menjayakan program tersebut. PENGGERAK berharap agar pada masa yang akan datang, lebih banyak program-program kebajikan yang dapat dilaksanakan bersama-sama dengan pihak masjid.

Akhir sekali, kepada barisan Army of PENGGERAK (ahli-ahli PENGGERAK) yang telah berhempas pulas untuk menjayakan program ini, semoga natijah daripada program ini menjadi bukti sebahagian daripada amal-amal kebaikan kalian kelak pada hari akhirat.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua dalam mencari keredhaanNya.

Nantikan program PENGGERAK yang seterusnya!





Masjid Jamek Kampung Rawa Penang
Jabatan M***i Negeri Pulau Pinang

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗦𝗨𝗟𝗔𝗡 PENGGERAK telah menyampaikan bantuan susulan yang kedua kepada seorang individu yang menghidap bipolar d...
22/02/2024

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗦𝗨𝗟𝗔𝗡

PENGGERAK telah menyampaikan bantuan susulan yang kedua kepada seorang individu yang menghidap bipolar disorder. Bantuan ini bertujuan untuk menampung keperluan hidup dan rawatan perubatan individu tersebut.

Bipolar Disorder adalah satu keadaan mental yang menyebabkan perubahan mood yang ketara, dari gembira melampau hingga sedih teruk. Individu yang menghidapnya memerlukan sokongan dan rawatan yang berterusan untuk mengawal gejala dan meningkatkan kualiti hidup.

Semoga bantuan tersebut dapat membantu beliau.

Permohonan Bantuan Kebajikan PENGGERAK boleh dibuat melalui link redirect whatsapp berikut :

https://bantuanpenggerak.wasap.my

Kami juga membuka peluang kepada penderma yang bermurah hati ingin memberi sumbangan kebajikan, boleh berbuat demikian dengan beberapa kaedah berikut :

𝟭. 𝗜𝗻𝗳𝗮𝗾𝗣𝗮𝘆

Sumbangan Bulanan Auto Debit
https://infaqpay.my/go/penggerakpulaupinang

Sumbangan Sekali Sahaja
https://infaqpay.my/plus/penggerakpulaupinang-sumbangan

𝟮. 𝗧𝗼𝘆𝘆𝗶𝗯𝗣𝗮𝘆

Tabung Akhirat
https://toyyibpay.com/Tabung-Akhirat

Tabung Pesakit Kronik
https://toyyibpay.com/Tabung-PesakitKronik

𝟯. 𝗝𝗼𝗺𝗣𝗔𝗬

Biller Code : 169185
Ref-1 : Sumbangan

Address

Sungai Pinang
10150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Penggerak Kebajikan Dan Amal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share