MRA KEDAH

MRA KEDAH MRA Kedah ialah agensi bukan kerajaan (NGO) bantuan kemanusiaan berpengkalan di Sungai Petani, Kedah.

Berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 (PPAB 20/2010). Segala sumbangan tunai layak pengecualian cukai di bawah Akta Cukai 1967.

๐Ÿ„ ๐๐”๐‘๐๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐Œ๐‘๐€ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡Rebut peluang melaksanakan ibadah korban dengan lebih tersusun, telus dan penuh mak...
20/04/2026

๐Ÿ„ ๐๐”๐‘๐๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐Œ๐‘๐€ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Rebut peluang melaksanakan ibadah korban dengan lebih tersusun, telus dan penuh makna bersama kami.

๐Ÿฅฉ1 Bahagian Qurban: RM850
๐Ÿ’ฐ Sedekah Qurban: RM60

Lembu korban yang disediakan diperoleh daripada penternak tempatan yang mengamalkan penjagaan rapi di dalam kandang serta pemakanan yang berkualiti. Bukan haiwan yang dilepas bebas tanpa kawalan atau makan sembarangan.

๐ŸŽฏ๐’๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐š๐ง

Program ini akan dilaksanakan di seluruh negeri Kedah, dengan agihan tertumpu kepada golongan dhuafa dan asnaf yang memerlukan.

โค๏ธ ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฉ๐š ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐š๐ง/๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐ง๐๐š ๐๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ?

โ–ช๏ธDalam keadaan dunia yang tidak menentu, termasuk kesan konflik di Timur Tengah, kos makanan semakin meningkat dan memberi tekanan kepada golongan kurang berkemampuan.

โ–ช๏ธMasih ramai yang jarang menikmati daging, malah ada yang hanya berpeluang merasainya setahun sekali ketika musim korban.

โ–ช๏ธSumbangan anda bukan sekadar ibadah, tetapi juga satu bentuk keprihatinan yang memberi kegembiraan dan kelegaan kepada mereka.

๐Ÿคฒ ๐‰๐จ๐ฆ ๐’๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ข & ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ 

Setiap bahagian yang anda sertai, setiap ringgit yang anda hulurkan, membawa makna besar kepada insan yang menanti.

Untuk maklumat lanjut:

๐Ÿ“žPuan Ramlah - 016-4215308
๐Ÿ“žAdmin MRA Kedah - 011-51917037

"๐‘†๐˜Œ๐ต๐˜ˆ๐ผ๐˜’-๐˜‰๐ด๐˜๐พ ๐‘€๐˜ˆ๐‘๐˜œ๐‘†๐˜๐ด ๐‘Ž๐˜ฅ๐‘Ž๐˜ญ๐‘Ž๐˜ฉ ๐˜ ๐ด๐˜•๐บ ๐‘ƒ๐˜ˆ๐ฟ๐˜๐‘๐˜Ž ๐˜‰๐ธ๐˜™๐‘€๐˜ˆ๐‘๐˜๐ด๐˜ˆ๐‘‡ ๐‘˜๐˜ฆ๐‘๐˜ข๐‘‘๐˜ข ๐˜บ๐‘Ž๐˜ฏ๐‘” ๐‘™๐˜ข๐‘–๐˜ฏ"

๐…๐ž๐ง๐จ๐ฆ๐ž๐ง๐š ๐๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐‚๐ž๐ซ๐จ๐ข ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐š๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐Š๐ข๐ง๐ขAlhamdulillah, kita kini sudah pun berada di bulan Ramadan yang ...
02/03/2026

๐…๐ž๐ง๐จ๐ฆ๐ž๐ง๐š ๐๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐‚๐ž๐ซ๐จ๐ข ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐š๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐Š๐ข๐ง๐ข

Alhamdulillah, kita kini sudah pun berada di bulan Ramadan yang mulia. Tapi perasan tak, kadang-kadang kualiti puasa kita rasa macam โ€˜kosongโ€™ atau dalam loghat utaranya ๐ถ๐‘’๐‘Ÿ๐‘œ๐‘–? Syarat sah puasa memang lepas, tapi pengisian jiwa itu ke mana?

Jom kita kupas isu ini secara mendalam dalam ๐”๐ฌ๐ซ๐š๐ก ๐‡๐ฎ๐ฆ๐š๐ง๐ข๐ญ๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐Ž๐ง๐ฅ๐ข๐ง๐ž (๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ). Kita bincangkan kenapa fenomena ini berlaku dalam masyarakat masa kini dan bagaimana cara untuk pastikan puasa kita kali ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata.

Butiran Sesi:

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: 2 Mac 2026 (Isnin)
๐Œ๐š๐ฌ๐š: 5.10 Petang
๐๐ฅ๐š๐ญ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ: Google Meet (https://meet.google.com/uix-twvu-rzf)

Barisan Panelis:

๐๐š๐ง๐ž๐ฅ ๐Ÿ: Dr Saifullah Alhany (Pengerusi MRA Negeri Kedah)

๐๐š๐ง๐ž๐ฅ ๐Ÿ: Ustazah Mawaddah (Pengerusi Mawaddah Care / AJK Unit Bina Insan MRA Kedah)

๐Œ๐จ๐๐ž๐ซ๐š๐ญ๐จ๐ซ: Mr Faiz (Ketua Unit Bina Insan MRA Negeri Kedah)

Jangan lepaskan peluang untuk menuntut ilmu agar kita dapat memperbaiki kualiti puasa dan memaksimumkan ganjaran pahala di bulan yang penuh barakah ini. Ilmu dapat, jiwa pun terisi!

Set Reminder anda sekarang melalui pautan ini: https://meet.google.com/uix-twvu-rzf

๐‰๐ž๐ฃ๐š๐ค ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐Ÿ’ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง: ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง, ๐’๐ž๐›๐š๐ซ ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐งAlhamdulillah, pada 22 Februari 2026 bersamaan 4 Ramadan, MRA KEDAH  ...
23/02/2026

๐‰๐ž๐ฃ๐š๐ค ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐Ÿ’ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง: ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง, ๐’๐ž๐›๐š๐ซ ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง

Alhamdulillah, pada 22 Februari 2026 bersamaan 4 Ramadan, MRA KEDAH telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga yang memerlukan sekitar Sungai Petani, antaranya di Kg Teluk dan Sungai Layar.

Antara penerima ialah:

โ€ข Sebuah keluarga dengan tiga orang anak yang masih bersekolah.

โ€ข Seorang ibu tunggal yang menyara anak termasuk anak OKU akibat kemalangan.

โ€ข Sebuah keluarga lima beranak yang memerlukan sokongan untuk keperluan harian.

โ€ข Seorang kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan serius dan dijaga oleh ibu tunggal yang tidak bekerja.

Semoga bantuan yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam menjalani ibadah Ramadan dengan lebih tenang.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus bersama dalam usaha kebajikan ini. Setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi sinar harapan buat mereka yang sedang diuji.

Sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun Maybank 552059697628 (Ref: Infaq Ramadan)

"๐‘†๐ธ๐ต๐ด๐ผ๐พ-๐ต๐ด๐ผ๐พ ๐‘€๐ด๐‘๐‘ˆ๐‘†๐ผ๐ด ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Œ๐ด๐‘๐บ ๐‘ƒ๐ด๐ฟ๐ผ๐‘๐บ ๐ต๐ธ๐‘…๐‘€๐ด๐‘๐น๐ด๐ด๐‘‡ ๐‘˜๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘Ž๐‘–๐‘›"

๐Œ๐‘๐€ ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐จ๐ค๐จ๐ง๐  ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ˆ๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐‡๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ขAlhamdulillah, pada 21 Februari 2026 bersamaan 3 Ramadan, Malaysian Rel...
23/02/2026

๐Œ๐‘๐€ ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐จ๐ค๐จ๐ง๐  ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ˆ๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐‡๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข

Alhamdulillah, pada 21 Februari 2026 bersamaan 3 Ramadan, Malaysian Relief Agency Kedah telah menyalurkan sumbangan kopi dan teh kepada Surau Al-Ansar Darulaman Perdana.

Sumbangan ini adalah bagi menyokong penganjuran iftar harian yang dilaksanakan oleh pihak surau sepanjang bulan Ramadan, demi meraikan jemaah dan komuniti setempat yang hadir berbuka puasa bersama.

Semoga sumbangan kecil ini dapat menambah keberkatan majlis, mengeratkan ukhwah dan menjadi asbab kebaikan berpanjangan buat semua penyumbang.

Ramadan adalah bulan memberi dan setiap pemberian, walau sederhana, tetap besar nilainya di sisi Allah.

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐Ž๐๐’๐”๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐”๐‘ ๐‹๐€๐”๐“ ๐Œ๐‘๐€ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡๐Ÿ“ Daerah Kulim โ€“ Mukim Sungai Seluang๐Ÿ“… Tarikh: 17 Februari 2026 (Selasa)โฐ M...
22/02/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐Ž๐๐’๐”๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐”๐‘ ๐‹๐€๐”๐“ ๐Œ๐‘๐€ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡
๐Ÿ“ Daerah Kulim โ€“ Mukim Sungai Seluang

๐Ÿ“… Tarikh: 17 Februari 2026 (Selasa)
โฐ Masa: 5.00 petang
๐Ÿ  Tempat: Rumah Pengerusi JPKKP Kg Sungai Seluang
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Penerima: 25 keluarga

Bersempena kehadiran Ramadan yang penuh keberkatan, MRA daerah Kulim telah turun padang menyantuni mangsa banjir di Mukim Sungai Seluang, Kulim melalui Program Sumbangan Monsun Timur Laut.

Seramai 25 keluarga yang terjejas akibat banjir telah menerima bantuan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan dalam menghadapi ujian ini, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan.

Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban, mengukir sedikit senyuman dan memberi kekuatan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan dengan penuh harapan.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang terus setia bersama dalam misi kemanusiaan ini.

โ€œ๐‘…๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐ท๐‘–๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘ก๐‘–, ๐‘†๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘™ ๐ท๐‘–๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž๐‘š๐‘Ž๐‘ก๐‘–โ€

๐ˆ๐๐…๐€๐ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐ ๐Œ๐‘๐€ ๐˜๐€๐ + ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐› ๐‘๐š๐ค๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐๐š (๐Š๐‘๐Œ) ๐‰๐„๐‘๐€๐ˆ๐Ÿ“… Tarikh: 21 Februari 2026โฐ Masa: 9.00 pagi โ€“ 9.00 malam๐Ÿ“ Lok...
22/02/2026

๐ˆ๐๐…๐€๐ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐ ๐Œ๐‘๐€ ๐˜๐€๐ + ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐› ๐‘๐š๐ค๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐๐š (๐Š๐‘๐Œ) ๐‰๐„๐‘๐€๐ˆ

๐Ÿ“… Tarikh: 21 Februari 2026
โฐ Masa: 9.00 pagi โ€“ 9.00 malam
๐Ÿ“ Lokasi: Rumah BUDI Yan

Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, MRA Yan dengan kerjasama KRM Jerai serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan telah menganjurkan program Infaq Kasih Ramadan bagi menyantuni seramai 35 orang penghuni dan 12 orang staf Rumah BUDI.

Pelbagai pengisian telah dilaksanakan sepanjang program bermula seawal pagi dengan aktiviti memasak bubur lambuk yang melibatkan AJK MRA Yan, AJK KRM Jerai dan pegawai Pejabat Belia & Sukan Daerah Yan. Sebanyak 215 bungkus bubur lambuk berjaya disiapkan hasil semangat gotong-royong dan ukhwah yang terjalin.

Selain itu, AJK Pendidikan MRA Yan turut mengadakan aktiviti dan sesi motivasi bagi menyuntik semangat serta memberi sokongan moral kepada anak-anak yatim Rumah BUDI.

Sebagai tanda penghargaan kepada barisan petugas keselamatan, sebanyak 119 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada agensi penguat kuasa sekitar daerah Yan antaranya warga Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Balai Bomba Yan & Guar Chempedak), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Guar Chempedak, Balai Polis Guar Chempedak serta anggota RELA Yan.

Tidak dilupakan, 51 bungkus bubur lambuk turut diedarkan kepada orang ramai di hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) Yan.

Program diteruskan dengan Iftar Jamaie bersama penghuni dan staf Rumah BUDI sebelum diakhiri dengan Solat Tarawih berjemaah yang diimamkan oleh Tuan Haji Ir. Nazri (AJK MRA Yan).

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Stein Van Lutam (Bendahari MRA HQ), Puan Asnatul Adha binti Ahmad (Pegawai Belia & Sukan Daerah Yan), wakil MRA Kubang Pasu Pn Rahimah dan En. Mawardi serta Ketua MRA Pendang, Paksu Ramdzan.

Semoga segala aktiviti yang dilaksanakan ini memberi sokongan moral, keceriaan dan kenangan indah buat anak-anak yatim serta menjadi asbab kebaikan berpanjangan kepada semua yang terlibat.

"๐‘†๐ธ๐ต๐ด๐ผ๐พ-๐ต๐ด๐ผ๐พ ๐‘€๐ด๐‘๐‘ˆ๐‘†๐ผ๐ด ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Œ๐ด๐‘๐บ ๐‘ƒ๐ด๐ฟ๐ผ๐‘๐บ ๐ต๐ธ๐‘…๐‘€๐ด๐‘๐น๐ด๐ด๐‘‡ ๐‘˜๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘Ž๐‘–๐‘›"

๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฐ๐š ๐ซ๐š๐ก๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ง ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ฌ๐š๐ฒ๐š๐ง๐ Pada hari kedua Ramadan, kami menjejak langkah ke Flat Paya Nahu, Sungai P...
20/02/2026

๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฐ๐š ๐ซ๐š๐ก๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ง ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ฌ๐š๐ฒ๐š๐ง๐ 

Pada hari kedua Ramadan, kami menjejak langkah ke Flat Paya Nahu, Sungai Petani untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.

Di celah kesederhanaan hidup, terpancar senyuman yang cukup bermakna. Ada yang menahan sebak, ada yang mengucap syukur perlahanโ€ฆ dan kami juga pulang dengan hati yang terasa sayu.

Semoga sedikit yang disampaikan ini menjadi asbab kekuatan buat mereka meneruskan hari-hari Ramadan dan menjadi ladang pahala yang berpanjangan buat semua penyumbang.

Terima kasih kerana terus bersama dalam misi kemanusiaan ini.

Address

2685, Jalan Joget 1, Taman Ria Jaya
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRA KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MRA KEDAH:

Share