Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia - MAPIM - Wilayah Utara

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia - MAPIM - Wilayah Utara Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM) Wilayah Utara
Peduli Ummah | Care of Ummah

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM) Wilayah Utara
Program Peduli Ummah
"Selamatkan Palestin-Syria-Rohingya"

21/11/2025

QATAR KECAM SERANGAN TERBAHARU ISRAEL, GUGAT GENCATAN SENJATA DI GAZA

Lima penduduk Palestin dibunuh dalam serangan udara dan tembakan artileri Israel di timur Khan Yunis, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap masa depan gencatan senjata yang bermula 10 Oktober.

Tiga mangsa daripada satu keluarga, termasuk bayi perempuan berusia setahun, menurut Hospital Nasser. Israel didakwa terus menyerang sasaran yang kononnya milik Hamas sepanjang tempoh gencatan, mengakibatkan lebih 312 rakyat Palestin terbunuh setakat ini.

Qatar sebagai perantara utama mengecam keras tindakan Israel yang dikatakan mengancam dan boleh menggagalkan keseluruhan perjanjian gencatan. Serangan turut berlaku selepas Israel mengebom sasaran Hizbullah di Lubnan.

Sumber: Buletin TV3



MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

17/11/2025

ISRAEL CURI 17,000 ARTIFAK BERUSIA RATUSAN TAHUN DI GAZA

Pihak berkuasa Palestin mendakwa tentera Israel mencuri lebih 17,000 artifak arkeologi dari Muzium Istana Al-Basha di Gaza sepanjang dua tahun serangan.

Bangunan bersejarah era Mamluk itu dibom pada Disember 2023 sebelum diratakan dengan jentolak. Hanya 20 artifak berjaya ditemui semula di tapak runtuhan.

Menurut penyelia restorasi, Hamouda al-Dahdar, muzium itu menyimpan artifak dari era Mamluk, Uthmaniyyah, Byzantine, Rom dan zaman prasejarah. Beliau percaya artifak dipindahkan oleh pasukan Israel sebelum bangunan dimusnahkan sepenuhnya.

Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Palestin menyatakan pemusnahan muzium ini termasuk ratusan tapak arkeologi lain yang menurut mereka bertujuan memadam identiti dan warisan Palestin.

Sumber: Sinar Harian



MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org



16/11/2025

HUJAN MEMBANJIRI KEM PELARIAN GAZA, KELUARGA BERGELUT TANPA PERLINDUNGAN

Hujan lebat pertama musim ini membanjiri kem pelarian di Gaza City. Ramai penduduk terpaksa mengeluarkan air dari khemah yang bocor, dengan pakaian, tilam dan barang asas rosak akibat basah.

Pasukan penyelamat Gaza menerima ratusan panggilan kecemasan sejak pagi kerana ribuan khemah tidak mampu menahan hujan. Kekurangan bahan binaan dan khemah kerana sekatan Israel yang masih menghalang kemasukan barangan penting untuk perlindungan.

Di kawasan rendah, air bertakung sehingga kanak-kanak terpaksa meredah air. Ramai ibu bapa berkata mereka tidak tahu bagaimana untuk melindungi anak kecil menjelang musim sejuk.

Di Khan Younis, keluarga yang tinggal di kawasan perkuburan memberitahu suhu malam yang jatuh sekitar 15 darjah Celsius menyebabkan bayi dan kanak-kanak kesejukan kerana khemah tidak mampu menahan angin dan hujan.

Sumber: MalayMail



MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org



15/11/2025

LEBIH 99,000 PENDUDUK EL-FASHER HILANG TEMPAT TINGGAL SEJAK PENAWANAN RSF

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) melaporkan lebih 99,000 orang awam Sudan telah melarikan diri dari El-Fasher sejak RSF menawan bandar itu pada 26 Oktober.

Antara 9 hingga 12 November sahaja, lebih 10,000 lagi penduduk terpaksa melarikan diri akibat keganasan yang berterusan.

Mereka kini berselerak di kawasan El-Fasher, Tawila dan Kutum di Darfur Utara. IOM memberi amaran mengenai keadaan jalan yang sangat tidak selamat serta situasi yang terus tegang dan tidak dapat dijangka.

Konflik antara tentera Sudan dan RSF sejak April 2023 telah meragut sekurang-kurangnya 40,000 nyawa dan menyebabkan lebih 12 juta penduduk hilang tempat tinggal.

Sumber: Anadolu



MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org



14/11/2025

ANGKA KEMATIAN GAZA MELEPASI 69,000 DI SEBALIK GENCATAN SENJATA

Sumber perubatan di Gaza melaporkan jumlah korban kini melebihi 69,187 nyawa, majoritinya wanita dan kanak-kanak. Angka kecederaan turut meningkat kepada 170,703 orang sejak 7 Oktober 2023.

Pasukan penyelamat berdepan kesukaran besar untuk mengeluarkan mangsa yang masih tertimbus kerana banyak kawasan tidak dapat dimasuki akibat serangan berterusan dan kekurangan peralatan.

Dalam tempoh 24 jam lalu, hospital menerima dua jenazah termasuk mangsa yang baru dibunuh dan satu mayat yang ditemui semula di bawah runtuhan, selain lima orang cedera.

Data ini menunjukkan pelanggaran berterusan terhadap gencatan senjata yang diumumkan pada 11 Oktober 2023.

Sumber: IMEMC News



MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org




13/11/2025

16,000 PESAKIT GAZA MASIH PERLU RAWATAN DI LUAR WILAYAH – PBB

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) melaporkan lebih 16,500 rakyat Palestin di Gaza masih memerlukan rawatan perubatan segera di luar wilayah itu, sebulan selepas gencatan senjata bermula.

Sejak 10 Oktober, hanya 165 pesakit berjaya dipindahkan untuk rawatan luar, manakala lebih 60% kemudahan kesihatan di Gaza masih tidak berfungsi akibat kemusnahan besar.

OCHA turut memberi amaran bahawa peluru tidak meletup (UXO) terus mengancam nyawa penduduk yang cuba kembali ke kawasan rumah mereka untuk mencari barangan asas.

Situasi kesihatan di Gaza kekal kritikal dengan sistem perubatan lumpuh, hospital rosak dan ubat-ubatan semakin berkurang.

Sumber: Middle East Eye (MEE)



MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org




11/11/2025
11/11/2025

SEKATAN ISRAEL TERUS GAGALKAN BANTUAN KE GAZA SELEPAS SEBULAN GENCATAN SENJATA

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa sekatan Israel masih menyekat aliran bantuan kemanusiaan ke Gaza walaupun sudah sebulan gencatan senjata dilaksanakan.

Jurucakap PBB, Farhan Haq, berkata usaha menambah jumlah bantuan terhalang oleh birokrasi Israel, kekurangan lintasan sempadan, larangan terhadap NGO utama dan keadaan tidak selamat di lapangan.

“Dalam beberapa kawasan, setiap pergerakan pasukan bantuan masih perlu mendapat kelulusan tentera Israel,” katanya sambil menambah hanya dua daripada lapan misi bantuan berjaya sepenuhnya.

PBB menegaskan kelewatan pembukaan lintasan baharu berpunca sepenuhnya daripada pihak Israel.

Sumber: Anadolu



MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org




09/11/2025

AIR GAZA BERTUKAR RACUN, KESAN GENOSID ISRAEL SEMAKIN PARAH

Kemusnahan akibat perang Israel bukan sekadar meranapkan rumah dan hospital, tetapi kini meracuni tanah dan air yang menjadi sumber kehidupan rakyat Gaza.

Empat minggu selepas gencatan senjata yang sering dilanggar, laporan Qatar Tribune mendedahkan krisis alam sekitar semakin kritikal.

Di kawasan Sheikh Radwan, Gaza City, kolam tadahan air hujan yang dahulu menjadi sumber utama kini dipenuhi sisa kumbahan dan runtuhan bangunan.

Bagi ribuan keluarga pelarian, tempat itu menjadi tempat tinggal dan ancaman dalam masa yang sama.

Gaza kini bukan sekadar wilayah yang musnah, tetapi bumi yang sedang diracun perlahan-lahan.

Sumber: Qatar Tribune



MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org




08/11/2025

TURKIYE ARAH TANGKAP NETANYAHU ATAS DAKWAAN GENOSID GAZA

Turkiye mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta 36 pegawai kanan Israel lain atas dakwaan melakukan genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Senarai yang diumumkan Pejabat Pendakwa Raya Istanbul turut termasuk Menteri Pertahanan Israel Katz, Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir dan Ketua Tentera Eyal Zamir.

Turkiye menuduh Israel melakukan jenayah secara sistematik sejak Oktober 2023, termasuk pengeboman Hospital Al-Ahli Baptist yang mengorbankan 500 nyawa dan serangan ke atas Hospital Persahabatan Turki-Palestin pada Mac lalu.

Israel mengecam tindakan itu sebagai “gimik politik”.

Sumber: Al Jazeera



MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org



04/11/2025

AMERIKA SYARIKAT DESAK ISRAEL BENARKAN WARTAWAN LUAR MASUK KE GAZA

Pentadbiran Amerika Syarikat dilaporkan mendesak Israel membenarkan kemasukan wartawan antarabangsa ke Gaza, ketika sekatan media rejim zionis kini memasuki tahun kedua.

Menurut The Times of Israel, Presiden Donald Trump pernah menyatakan hasrat agar wartawan dibenarkan masuk, namun pegawai AS mengakui isu itu bukan keutamaan utama Washington, sekali gus memberi isyarat tekanan terhadap Israel masih lemah.

Mahkamah Tinggi Israel memberi masa 30 hari kepada kerajaan untuk menjelaskan larangan itu selepas Persatuan Media Asing memfailkan petisyen yang menyifatkan sekatan tersebut melanggar prinsip asas demokrasi.

Sementara itu, Ynet melaporkan Israel sedang menyiapkan “tapak demonstrasi” di timur garisan kuning untuk lawatan media yang dikawal tentera, dalam usaha membentuk naratif yang memihak kepada mereka.

Sumber: Quds News Network (QNN)



MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org



03/11/2025

Di Khan Younis, selatan Gaza, puluhan keluarga Palestin terpaksa berlindung di tanah perkuburan selepas kehilangan rumah akibat perang.

Bagi mereka, kubur bukan lagi tempat persemadian semata-mata, tetapi tempat berteduh daripada kezaliman.

Lebih 30 keluarga kini tinggal di kawasan perkuburan, menjadikan batu nisan sebagai kerusi dan meja makan.

Antara mereka, Maisa Brikah bersama empat anak kecil yang sudah lima bulan menetap di situ.

“Apabila malam tiba, anak-anak ketakutan. Mereka takut pada anjing… dan juga pada kawasan perkuburan tersebut,” katanya.

Dua tahun perang menyebabkan lebih dua juta penduduk Gaza hilang tempat tinggal.

Walaupun gencatan senjata dikuatkuasakan, ramai masih hidup di bawah khemah di kawasan yang tidak lagi dikuasai rejim zionis.

Sumber: AP News



MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org



Address

MAPIM WILAYAH UTARA @ BAITUL UMMAH No. 67, Jalan Sungai Layar, Pinggiran Taman Seri Negeri, Kg. Penghulu Him, Sungai Petani Darul Aman
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6044216510

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia - MAPIM - Wilayah Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia - MAPIM - Wilayah Utara:

Share