Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami

Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami Dataran Tsunami

Lampu spotlight di Memorial Tsunami yang sebelum ini telah dipecahkan akibat perbuatan vandalisme oleh individu yang tid...
07/10/2025

Lampu spotlight di Memorial Tsunami yang sebelum ini telah dipecahkan akibat perbuatan vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab, akhirnya dibaiki hari ini. Wakil daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah hadir bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan.

Perbuatan merosakkan harta benda awam seperti ini amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku. Marilah kita bersama menjaga kemudahan awam demi kepentingan semua.

RUTIN GOTONG-ROYONG JAWATANKUASA PERTUBUHAN KOMUNITI DATARAN TSUNAMISetiap hari Jumaat, Jawatankuasa Pertubuhan Komuniti...
05/09/2025

RUTIN GOTONG-ROYONG JAWATANKUASA PERTUBUHAN KOMUNITI DATARAN TSUNAMI

Setiap hari Jumaat, Jawatankuasa Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami akan menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan tepi pantai dan kawasan sekitar Dataran Tsunami. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan kawasan sentiasa bersih dan terpelihara, sekali gus membuka pemandangan laut yang indah.

Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk setempat, tetapi juga kepada para pengunjung dari daerah Kuala Muda dan kawasan sekitar yang datang untuk menikmati keindahan matahari terbenam.

SUMBANGAN 2 BUAH MESIN RUMPUT AHLI PARLIMEN SUNGAI PETANI KEPADA PERTUBUHAN KOMUNITI DATARAN TSUNAMISatu majlis ringkas ...
02/09/2025

SUMBANGAN 2 BUAH MESIN RUMPUT AHLI PARLIMEN SUNGAI PETANI KEPADA PERTUBUHAN KOMUNITI DATARAN TSUNAMI

Satu majlis ringkas telah diadakan sempena penyerahan sumbangan 2 buah mesin rumput daripada YB Dr Taufiq Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani, kepada Pengerusi Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami, Encik Shukri Ismail@ Cikgu Shukri.

Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan YB Dr. Taufiq untuk menyokong inisiatif komuniti setempat dalam menjaga kebersihan dan kehijauan kawasan sekitar.

Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan penduduk setempat.

MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANG KEPADA PERTUBUHAN KOMUNITI DATARAN TSUNAMIPenyerahan Jalur Gemilang oleh Ketua Bahagian...
26/08/2025

MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANG KEPADA PERTUBUHAN KOMUNITI DATARAN TSUNAMI

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Ketua Bahagian Bersatu Sungai Petani, Saudara Muhammad Najmie, kepada Pengerusi Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami, Encik Shukri Ismail @ Cikgu Shukri, pada petang semalam.

Turut hadir bersama Timbalan Pengerusi Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami, Encik Kamal Abidin,rakan-rakan Bersatu Sungai Petani, wakil Pemuda PAS Sg Petani, Saudara Syazwan,Ahli Jawatankuasa pertubuhan dan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kg Kepala Jalan, Pak Ngah Idris.

Penyerahan Jalur Gemilang kepada Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami ini merupakan tanda sokongan dan galakan kepada usaha mereka dalam menyemai rasa cinta kepada negara serta memperkukuh perpaduan di peringkat akar umbi.

Diharapkan dengan penyertaan aktif pertubuhan komuniti seperti ini, semangat kemerdekaan dapat terus dihayati dan diwarisi oleh generasi muda.

Setiap hari Jumaat, Musolla Dataran Tsunami dipenuhi oleh jemaah solat Maghrib, para peniaga Pasar Malam Tsunami, serta ...
11/07/2025

Setiap hari Jumaat, Musolla Dataran Tsunami dipenuhi oleh jemaah solat Maghrib, para peniaga Pasar Malam Tsunami, serta pengunjung dari sekitar Daerah Kuala Muda.

Kunjungan YB ADUN Pantai Merdeka ke Pejabat Pertubuhan Komuniti Dataran TsunamiKuala Muda, 9 Julai 2025 – YB ADUN Pantai...
09/07/2025

Kunjungan YB ADUN Pantai Merdeka ke Pejabat Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami

Kuala Muda, 9 Julai 2025 – YB ADUN Pantai Merdeka, Ustaz Sharir bin Long, telah mengadakan lawatan ke Pejabat Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami, selepas selesai menghadiri program bersama Pegawai Daerah Kuala Muda, di Dewan KEDA, Kg Tepi Sungai, Kuala Sungai Muda.

Ketibaan YB ADUN ke pejabat pertubuhan sekitar tengah hari tadi telah disambut mesra oleh Pengerusi Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami, Encik Shukri Ismail (Cikgu Shukri), bersama barisan Ahli Jawatankuasa pertubuhan.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan antara wakil rakyat dan komuniti setempat serta membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan dan kesejahteraan penduduk di kawasan Kuala Sungai Muda, Kedah.

Lawatan Komuniti Madani Bukit Duyong, Melaka ke Galeri Tsunami, Kota Kuala Muda, KedahKota Kuala Muda, Kedah – Komuniti ...
01/07/2025

Lawatan Komuniti Madani Bukit Duyong, Melaka ke Galeri Tsunami, Kota Kuala Muda, Kedah

Kota Kuala Muda, Kedah – Komuniti Madani Bukit Duyong, Melaka bersama Komuniti Madani Parlimen Sungai Petani, telah mengadakan satu lawatan bermakna ke Galeri Tsunami, melalui Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda,sabtu lalu, di Kota Kuala Muda, Kedah, sebagai usaha memperkukuh kefahaman mengenai tragedi tsunami yang melanda kawasan tersebut pada 26 Disember 2004.

Dalam lawatan ini, peserta telah diberi penerangan berkaitan Jerai Geopark oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), iaitu Dr. Mohd Amin bin Ali, yang turut menyentuh mengenai impak geologi dan kesan bencana alam tersebut terhadap komuniti setempat.

Turut hadir bersama ialah Penghulu Mukim dan wakil penduduk tempatan, Encik Shukri bin Ismail (Cikgu Shukri), selaku Pengerusi Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami. Beliau juga merupakan salah seorang mangsa terselamat tragedi tsunami yang mengorbankan 11 nyawa di kawasan Kuala Muda.

Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Dr. Taufiq Johari, turut berkesempatan singgah ke Galeri Tsunami selepas menyempurnakan program beliau di Pasar Bisik, Kuala Sungai Muda. Beliau telah bertemu dan beramah mesra bersama ahli Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami serta wakil Komuniti Madani Bukit Duyong.

Selesai program lawatan di Galeri Tsunami, Dr. Mohd Amin, bersama wakil Pejabat Ahli Parlimen Sungai Petani, turut mengadakan kunjungan ke Pejabat Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami, sesi ramah mesra dan perbincangan berkaitan hala tuju serta peranan pertubuhan tersebut dalam pembangunan komuniti tempatan telah diadakan.

Lawatan ini bukan sahaja memberi pendedahan mengenai peristiwa tsunami 2004, tetapi juga membuka ruang kerjasama antara komuniti luar dan komuniti setempat.

Lensa l Program Korban 2025, kerjasama Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami, dengan Komuniti Taman Permatang Katong, Kota...
08/06/2025

Lensa l Program Korban 2025, kerjasama Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami, dengan Komuniti Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda, Kedah.



Selamat Hari Raya Aidiladha 1446 Hijrah. Semoga tiap-tiap pengorbanan kita di dunia mendapat berkat dan redha dari Allah...
07/06/2025

Selamat Hari Raya Aidiladha 1446 Hijrah.

Semoga tiap-tiap pengorbanan kita di dunia mendapat berkat dan redha dari Allah.

Address

Kampung Kepala Jalan, Kuala Sungai Muda
Sungai Petani
08500

Telephone

+60134126997

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami:

Share