Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia atau ringkasnya KUPEKMAS ini ditubuhkan oleh beberapa orang bekas pemimpin CUEPACS dan Kesatuan Sekerja Sektor Awam yang telah bersara setelah dimaklumkan dan mendapat restu daripada Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam perbincangan ringkas antara Y.Bhg Dato’ Hj. Omar Osman (Presiden CUEPACS) dan Y.Bhg Dato’ Abd Rahman Manan (B
ekas Setiausaha Agung CUEPACS/Presiden PERBEKAS Malaysia) pada 15 Ogos 2011 di Sri Perdana, WP Putrajaya semasa Majlis Berbuka Puasa bersama Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia. Objektif Kelab Berkonsepkan 5M:
1. MENYATUPADUKAN PESARA-PESARA DI BAWAH SATU ORGANISASI UNGGUL DI MALAYSIA
2. MENGADAKAN HUBUNGAN YANG HARMONI DENGAN KERAJAAN PUSAT & KERAJAAN NEGERI
3. MEWUJUDKAN KERJASAMA DENGAN KERAJAAN KHASNYA JPA (PASCA PERKHIDMATAN) DAN UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) JPM UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN & KEBAJIKAN PESARA-PESARA.
4. MENGEMUKA SERTA MEMPERJUANGKAN ISU-ISU SEMASA KEPADA KERAJAAN DAN MENGANJURKAN PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT.
5. MENJALINKAN KERJASAMA DENGAN LAIN-LAIN PERSATUAN & KELAB PESARA. FAEDAH & KEMUDAHAN KUPEKMAS
1. Sumbangan Waktu Sakit / Uzur Kritikal (Sekali dalam tempoh 1 tahun)
2. Sumbangan semasa Kemalangan Serius / Kritikal / (Sekali dalam tempoh 1 tahun)
3. Sumbangan Bencana Alam / Kebakaran Dll (Sekali dalam tempoh 1 tahun)
4. Saguhati Kematian
5. Membawa aduan / isu-isu kepada pihak berkuasa seperti JPA (Bahagian Pasca Perkhidmatan) dan lain-lain. FAEDAH & KEMUDAHAN JPA
1. Bayaran urusan pengkebumian (kematian pesara) @ RM3000 (kuatkuasa 15 Oktober 2010)
2. Kenaikan Tahunan Pencen Pesara
3. Kemudahan hospital
4. Bayaran kos perubatan yang diluluskan
5. Bayaran perubatan luar negeri yang diluluskan
Nota: Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Blok C1 dan C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 W.P. Putrajaya. Tel.: 03-8885 3000/4000
PENGERUSI:
En. Abdullah Hj. Ismail
No. Hp: 011-1474 0588
(Call/SMS/Whatsapp)
Emel: [email protected]