30/06/2026
βDia bukan setakat panas baran. Badan dia sedang overdrive.β
Pernah nampak seseorang tiba-tiba jadi lain macam?
Mata terbeliak.
Rahang mengetap.
Badan keras.
Tak boleh duduk diam.
Suara meninggi.
Cepat melenting.
Berpeluh walaupun tempat tak panas.
Macam curiga dengan semua orang.
Orang kita selalu panggil keadaan ini sebagai βkacip.β
Ini bukan istilah diagnosis rasmi.
Tapi dalam bahasa orang awam, βkacipβ biasanya merujuk kepada keadaan seseorang yang nampak tegang, gelisah, rahang mengetap, mata terbeliak dan emosi tidak stabil selepas mengambil substance tertentu.
Selalunya ia dikaitkan dengan bahan jenis stimulant seperti syabu, ice, amphetamine, M**A, kokain atau substance campuran.
Stimulant ini bukan sekadar buat seseorang βhighβ.
Ia menekan pedal minyak otak dan badan.
Otak jadi terlalu aktif.
Jantung jadi laju.
Otot jadi tegang.
Suhu badan boleh naik.
Emosi jadi pendek.
Fikiran jadi terlalu curiga.
Sebab itu gejala yang orang sekeliling nampak boleh jadi sangat jelas.
Penting juga untuk diingat:
Tanda βkacipβ bukan lesen untuk kita terus label seseorang sebagai penagih. Tetapi ia juga bukan benda yang patut kita buat-buat tidak nampak.
Kadang-kadang keluarga hanya nampak:
βDia makin panas baran.β
βDia tak tidur malam.β
βDia s**a menjerit.β
βDia macam lain.β
Sedangkan tubuh dan otaknya mungkin sedang dihentam stimulant.
Dapatkan bantuan sebelum keadaan jadi lebih buruk.