08/10/2026
SERAHAN HAMPIR 600 EKOR ITIK KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI ULU LEGONG
ULU LEGONG, 7 Oktober 2026 – PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda (PERKIM CDKM) telah melaksanakan program serahan hampir 600 ekor itik kepada masyarakat Orang Asli di Ulu Legong sebagai salah satu usaha kebajikan dan mendekati komuniti setempat.
Dalam program yang sama, sebanyak 50 ekor itik turut diserahkan kepada pihak Tahfiz Sungai Lalang untuk dimanfaatkan oleh warga tahfiz.
Rombongan PERKIM CDKM tiba di Ulu Legong sekitar jam 9.45 malam bagi menjayakan urusan serahan tersebut.
Hadir bersama ialah Ustaz Imron Kochem, Pengerusi PERKIM CDKM; Hjh Normizah, Setiausaha Kehormat; Hj Abdul Raof, Bendahari Kehormat, barisan Ahli Jawatankuasa (AJK), Team Gotong-Royong serta kakitangan PERKIM CDKM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Gotong-Royong PERKIM CDKM atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan urusan sumbangan ini.
Bermula daripada menangkap dan mengangkat itik, memuatkannya ke dalam lori, membawa ke Ulu Legong, sehinggalah proses menurunkan dan menguruskan penyerahan kepada penerima di kampung.
Program ini mencerminkan komitmen PERKIM CDKM dalam memperkukuhkan ukhuwah, menyantuni masyarakat serta menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan menjadi asbab terjalinnya hubungan yang lebih erat antara PERKIM bersama masyarakat setempat.