Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sungai Petani

Call Directions Website

Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sungai Petani Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti ditubuhkan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) DItubuhkan bagi mendidik orang kurang upaya khususnya.

Bukan bawah JKM, tetapi bawah PANTAUAN Jab. Kebajikan Masyarakat.

Kami rancang nak beli sebuah lagi rumah untuk buka sebuah lagi pusat pemulihan dalam komuniti. Kiranya ada yang sudi nak...
08/09/2026

Kami rancang nak beli sebuah lagi rumah untuk buka sebuah lagi pusat pemulihan dalam komuniti. Kiranya ada yang sudi nak beri sumbangan boleh la scan QR atau isi di link ini https://toyyibpay.com/SUMBANGANPPDKSP

20/07/2026

Aktiviti 03

20/07/2026

Aktiviti 01 - 2

20/07/2026

Aktiviti 02

20/07/2026

Aktiviti 01 - 1

Lawatan terapi ERAT 20/07/2026
20/07/2026

Lawatan terapi ERAT 20/07/2026

💙 Hari Kesedaran Autism sedunia, bersama kita support bersama💙
01/04/2026

💙 Hari Kesedaran Autism sedunia, bersama kita support bersama💙

PDK Sungai Petani Terima Peruntukan RM373,268; Fokus Naik Taraf Kemudahan Dan Kapasiti​SUNGAI PETANI – Pertubuhan Pemuli...
29/03/2026

PDK Sungai Petani Terima Peruntukan RM373,268; Fokus Naik Taraf Kemudahan Dan Kapasiti

​SUNGAI PETANI – Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sungai Petani terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui penganjuran Mesyuarat Agung Kali Ke-8 Sesi 2026/2027 yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, di sini hari ini.

​Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai 56 ahli termasuk ibu bapa dan penjaga itu, Penasihat PDK Daerah Kuala Muda mengumumkan penyaluran bantuan kewangan berjumlah RM373,268.40 bagi sesi 2026/2027 ke akaun pertubuhan tersebut.
​Beliau menegaskan bahawa dana tersebut perlu diuruskan dengan cekap berdasarkan Garis Bantuan Kewangan yang baharu bagi memastikan kebajikan pelatih sentiasa diutamakan.

​"PDK memainkan peranan signifikan dalam membantu golongan OKU menjalani kehidupan yang lebih berdikari dan bermakna. Di Daerah Kuala Muda sahaja, kita mempunyai lapan buah PDK termasuk Sungai Petani yang sentiasa aktif dalam program pemulihan dan latihan," katanya dalam ucapan aluan.

​Kepimpinan Baharu Terajui PDK
​Mesyuarat tersebut turut menyaksikan pelantikan barisan jawatankuasa baharu bagi sesi 2026/2027. Mohammad Mohaidin bin Hashim telah dipilih sebagai Pengerusi, dibantu oleh Rusli bin Hasan selaku Naib Pengerusi.
​Jawatan Setiausaha digalas oleh Mazmah binti Idris, manakala Zulkefli bin Abu Seman dilantik sebagai Bendahari. Barisan kepimpinan ini diharapkan dapat membawa nafas baharu dalam memacu kecemerlangan pertubuhan.

​Isu Kapasiti Dan Infrastruktur
​Antara perkara utama yang dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut adalah keperluan mendesak untuk menaik taraf infrastruktur sedia ada. Pihak pentadbiran merancang untuk memohon perbaikan kemudahan tandas melalui Pejabat Daerah Kuala Muda demi keselesaan pelatih.

​Selain itu, susulan peningkatan jumlah pendaftaran OKU yang kini melebihi kapasiti asal, cadangan untuk memohon penggunaan bangunan bersebelahan PDK turut diusulkan. Langkah ini dilihat kritikal bagi memastikan lebih ramai golongan sasar mendapat akses kepada latihan pemulihan yang sempurna.
​Pengerusi yang baharu dilantik, Mohammad Mohaidin, dalam ucapan penutupnya menekankan bahawa kerjasama erat antara jawatankuasa, petugas, dan komuniti setempat adalah kunci utama kejayaan PDK.
​"Kita akan memperbanyakkan lagi aktiviti dan program sepanjang tahun 2026 dan 2027 bagi memastikan tiada golongan OKU yang terpinggir daripada arus pembangunan sosial," tambahnya sebelum menangguhkan mesyuarat pada jam 11.40 pagi.

​Senarai Jawatankuasa PDK Sungai Petani (2026/2027):
​Pengerusi: En. Mohammad Mohaidin bin Hashim
​Naib Pengerusi: En. Rusli bin Hasan
​Setiausaha: Pn. Mazmah binti Idris
​Bendahari: En. Zulkefli bin Abu Seman
​Ahli Jawatankuasa (AJK): En. Idris bin Ismail, En. Che Wan Daid bin C. W. Sulaiman, En. Arshad bin Hamid, En. Alif Fikri, En. Yusmizar, Pn. Selasiah binti Mahmud, dan Pn. Nur Mash*tah binti Mohd Fadzil.
Juruaudit dalaman: En. Khairudin & En. Farel

Address

No. 27 Jalan Anggerik 1/1
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Sunday 08:00 - 14:00

Telephone

+6044446399

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share