Kedah Chef Association

Kedah Chef Association The Kedah Chefs Association mission is to grow a community of culinary professionals to advance and elevate the art of Asian cooking.

BelangsungkawaLagi suasana pilu dan sedih dari keluarga KCA apabila kami kehilangan seorang lagi ahli keluarga kami tahu...
14/12/2024

Belangsungkawa

Lagi suasana pilu dan sedih dari keluarga KCA apabila kami kehilangan seorang lagi ahli keluarga kami tahun ini; Chef Mohd Nazri atau disenangi dengan panggilan Chef Bob Keriang pada jam 4.30 pagi tadi. Seorang yang sentiasa ceria, menghiburkan kami, bersuara merdu dan tak kenal erti penat dalam berusaha. Ya Allah sesungguhnya, semoga engkau merahmatinya, memudahkan perjalanan akhirnya dan salam takziah buat ahli keluarga. Sesungguhnya kami rindukan sahabat-sahabat kami yang telah pergi.

Team KCA memeriahkan jemputan rakan strategik KCA; 9B Coffee, ke Wisma mereka sempena sesi demo pastry bersama Chef Kean...
13/12/2024

Team KCA memeriahkan jemputan rakan strategik KCA; 9B Coffee, ke Wisma mereka sempena sesi demo pastry bersama Chef Kean di Sungai Petani pagi ini.

Kami dari pihak jawatankuasa KCA mendoakan semua sahabat kulinari yang berada di Kedah mahupun negeri-negeri lain yang t...
01/12/2024

Kami dari pihak jawatankuasa KCA mendoakan semua sahabat kulinari yang berada di Kedah mahupun negeri-negeri lain yang terkesan akibat banjir moga sentiasa dipermudahkan urusan dan sama-sama kita medoakan musibah ini beransur pulih sediakala dalam rahmat dan rahimNya. Amin.

Sila jaga kesihatan dan elakkan bermain air banjir yang berkemungkinan boleh menyebabkan penyakit.

Sekitar Program Pelancaran "Kedah Heritage Food Trail" pagi ini.29 Nov 2023 - President Kedah Chef Association, Chef Faz...
29/11/2023

Sekitar Program Pelancaran "Kedah Heritage Food Trail" pagi ini.

29 Nov 2023 - President Kedah Chef Association, Chef Fazley bersama ahli-ahli kulinari negeri kedah hari ini telah menghadiri sebuah majlis pelancaran "Kedah Heritage Food Trail" di Muzium Negeri Kedah pagi ini. Majlis anjuran Think City dengan kejasama Yayasan Hasanah ini bertujuan bagi melancarkan buku risalah dan laman web https://foodtrail.my. Pengunjung juga disajikan dengan demonstrasi masakan tradisional negeri kedah oleh Chef Saifuddin.

Kedah Chef Serata-Rata

BelangsungkawaBuat semua yang mengenali cikgu, sahabat, sifu serta penasihat KCA; Chef Sudirman. Beliau telah pergi meni...
02/09/2023

Belangsungkawa

Buat semua yang mengenali cikgu, sahabat, sifu serta penasihat KCA; Chef Sudirman. Beliau telah pergi meninggalkan kami buat selamanya. Segala jasa, pengorbanan, pengajaran dan pengalaman yang telah sama-sama beliau curahkan dalam industri ini amat-amatlah beharga, dan hari ini, dunia kulinari kedah kehilangan seorang permata yang amat hebat yang walau dikala akhir usianya masih terus memperjuangkan profesi ini. Salam takziah dari kami seluruh keluarga KCA buat keluarga al-marhum.

Semoga Chef ditempatkan bersama para kekasihNya. Amin ya rabbal'alamin.

Kedah Chef Association.

Address

110 Lengkok Cempaka 1, Persiaran Bandar Amanjaya
Sungai Petani
08000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedah Chef Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share