Saiful Izham

Saiful Izham A Lawyer by profession, a former KEADILAN Senator fr Kedah, a Social Activist with Yayasan Aman & IN

30/08/2026

Perbandingan pendekatan antara keceluparan seorang Pimpinan Politik dari sebuah Wadah Politik yg terkenal dengan pendekatan mereka memperdagangkan agama demi sekelumit keberuntungan Politik di dunia VS seorang ilmuan agama bertaraf m***i, dalam soal realiti aktiviti perjudian di Negara ini.

Allah menganugerahkan kita dengan Ilmu & A'qal untuk Kita berfikir dgn waras, bukan utk dijumudkan dengan pemikiran takfiri seperti ini.

Pikiaq2 la sendiri...

Setuju sangat lapuran RCI tentang Tabung Haji segera didedahkan kepada umum, khususnya kepada orang Islam Negara ini, da...
25/07/2026

Setuju sangat lapuran RCI tentang Tabung Haji segera didedahkan kepada umum, khususnya kepada orang Islam Negara ini, dan tindakan undang2 segera diambil ke atas semua dalang2 & pengkhianat Amanah umat Islam Negara ini yang bertanggungjawab atas kerugian pelaburan & kehilangan asset strategik, BUKANNYA ke atas whistleblower yg tegas & berani seperti yg pernah terjadi kepada sdr Rafizi Ramli dulu!

Sudah sampai masanya PMX Anwa Ibrahim tuntas dan segera bertindak!

Walk The Talk!!

malaysiakini.com/news/780377

20/05/2026

Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dengan hala tuju & pendirian politik teman2 yg sudah berbeza dgn kita. Tetapi jgn sampai perTemanan dulunya, kini melampau menjadi suatu perMusuhan. No permanent enemies & no permanent friends in politics. Yang akan Kekal hanya Teman yang Istiqamah di sepanjang jalan kehidupan...

Politik hanya sekadar suatu Wadah & persoalan Ijtihad, bukannya persoalan Aqidah, maupun Nas/Hukum yang Mutlak.

Berhati2lah bila Kita berBicara, maupun menulis Kata2, kerana kelaknya, semuanya akan kembali kepada Kita ...

Fikir2kanlah

They called you the black sheep.Not because you were wrong — but because you were different.While the herd followed the ...
20/05/2026

They called you the black sheep.
Not because you were wrong — but because you were different.

While the herd followed the path without question, you paused.
Looked up.
Listened to the wind.
And whispered, “There must be another way.”

The black sheep doesn’t blend in.
Not because they can’t…
But because they won’t.

They’ve seen too many cliffs disguised as traditions. Too many cages called “normal.”

So they step out. Alone, maybe. But awake. 🖤✨

They ruffle feathers. Stir waters. Break silence.
And sometimes — they build the bridges the flock never knew it needed.

To every black sheep out there:
You are the quiet revolution.
The shift in the pattern.
The wild note in the chorus.

You don’t need to fit in.
You were born to stand out — and lead forward. 🖤

Selamat Maju Jaya Madani Mart...Beberapa teman meminta saya Komen terbuka tentang peluncuran Madani Mart hari ini di Ind...
03/04/2026

Selamat Maju Jaya Madani Mart...

Beberapa teman meminta saya Komen terbuka tentang peluncuran Madani Mart hari ini di Indera Mahkota oleh YAB DS Anwar Ibrahim @ PMX.

For me personally, this is a very good community based initiative by Yayasan Madani utk menambah akses Rakyat kepada barangan asas dengan harga yg murah dan berpatutan. Semoga cawangan2nya segera ditambah di pekan2 kecil di seluruh Negara untuk menyebarluaskan manfaat sebegini kepada Rakyat. And moga inisiatif sebegini, dengan bantuan dan sokongan Kerajaan Madani ini, mampu bertahan dan berkembang di era cabaran kegawatan Ekonomi yang makin meruncing.

Personally also, inisiatif ini juga adalah pengiktirafan secara tidak langsung kepada idea dan inisiatif yang sama yg dimulakan oleh Sdr Rafizi Ramli tahun lalu melalui penubuhan KESUM & Fleximart, walaupun beliau sering disindir, dikecam dan diperlekehkan sewaktu kedua2 inisiatif ini diluncurkan. Idea dan konsep asasnya sama, walaupun kemampuan dan wajah yang diperkenalkan tidak serupa... Terimakasih Sdr Rafizi Ramli kerana idea Sdr mencambahkan inisiatif sebegini ....

Apa2pun, secara peribadi, segala inisiatif yang meletakkan Keutamaan Rakyat di depan akan saya sokong dan dokong, tak kisahlah dari kelompok mana sekalipun, penyokong2 atau pengkritik2 Kerajaan Madani, maupun penyokong2 Pembangkang, asalkan manfaatnya sampai terus kepada Rakyat ....

Wallahualam..

fans

Kenyataan Rasmi 6 mukasurat Anakguam saya bertarikh 17 Februari 2026 untuk menjawab beberapa Fitnah Yang semakin bergent...
17/02/2026

Kenyataan Rasmi 6 mukasurat Anakguam saya bertarikh 17 Februari 2026 untuk menjawab beberapa Fitnah Yang semakin bergentayangan.

Rafizi Ramli has just released the following press statement.

17 Februari 2026

TUDUHAN-TUDUHAN RASUAH TERHADAP SAYA:BUKTI KENAPA TAN SRI AZAM BAKI WAJAR DIGANTUNG SEGERA

Sejak beberapa hari yang lalu, dengan tiba-tiba Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat menyiasat tuduhan kononnya ada salah laku dan rasuah terhadap saya semasa di Kementerian Ekonomi dahulu.Tuduhan-tuduhan itu berkisar kepada dua dasar utama kerajaan:

(1) Program Visi Silikon (seperti dihuraikan di https://siliconvision.ekonomi.gov.my/) yang melibatkan kerjasama strategik di antara Kerajaan Malaysia dan ARM untuk mencipta cip-cip semikonduktor pertama negara; dan

(2) Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menggariskan sasaran peralihan tenaga negara menjelang 2050 dan melibatkan pelaburan besar ke dalam industri hijau negara.

Kedua-dua dasar utama kerajaan ini dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’Seri Anwar Ibrahim setelah melalui pelbagai proses kelulusan peringkat kerajaan (dari jawatankuasa kerja, ke majlis-majlis kabinet hingga keputusan Jemaah Menteri).

Laporan-laporan terhadap saya mengenai kedua-dua dasar negara ini dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan yang anti Perdana Menteri sendiri, iaitu PERKASA dan PPIM, atau individu perseorangan yang tidak dikenali.

NETR dilancarkan dalam Ogos 2023.

Visi Silikon dengan ARM dilancarkan dalam Mac 2025.

Sejak kedua-dua dasar ini dilancarkan dan dijalankan, tidak ada satu laporan atau kontroversi yang ditimbulkan. Malah, pimpinan kerajaan terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggunakan kedua-dua dasar ini sebagai bukti perancangan ekonomi di bawah pentadbirannya.

NGO dan individu yang membuat laporan SPRM juga tidak pernah menunjukkan minat atau ambil tahu mengenainya.

Sehinggalah minggu lepas, apabila saya lantang menuntut Tan Sri Azam Baki digantung dan satu siasatan bebas dijalankan berikutan pendedahan Bloomberg mengenai dakwaan-dakwaan penyelewengan di SPRM.

Modus operandi ini bukanlah baru.Dalam tahun 2022, dakwaan pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki didedahkan buat pertama kali. Beliau memberi alasan bahawa akaun sahamnya digunakan oleh orang lain, yang menimbulkan p**a tuduhan melanggar peraturan pasaran saham yang perlu disiasat Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Tidak lama selepas dakwaan itu, secara tiba-tiba SPRM menyerbu Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas alasan ada dakwaan salah laku terhadap pegawai-pegawai kanan SC.

Oleh itu, saya tahu bahawa dakwaan-dakwaan salah laku terhadap saya yang telah melepasi jumlah melibatkan Dato’ Seri Najib Razak (iaitu RM1.1 bilion melibatkan kerjasama ARM dan RM2.5 bilion untuk projek tenaga boleh baru) adalah satu bentuk intimidasi.

Saya mengalu-alukan siasatan oleh mana-mana pihak kerana saya tahu tiada salah laku berlaku di peringkat saya atau Kementerian Ekonomi.

Ia berasaskan perkara-perkara berikut:

VISI SILIKON: KERJASAMA DENGAN ARM

Rundingan dengan ARM melalui pelbagai peringkat iaitu:

(i) rundingan awal di antara pasukan Kementerian Ekonomi dan ARM;

(ii) rundingan peringkat jawatankuasa rentas kementerian (melibatkan tiga menteri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan MITI) dengan ARM. Rundingan dengan ARM ini turut disertai oleh Tengku Zafrul Aziz, Menteri MITI ketika itu dan Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II selain dari pegawai-pegawai kanan;

(iii) rundingan di antara Perdana Menteri sendiri dengan CEO ARM, Renee Hass dan pemegang saham terbesar ARM, Masayoshi San (pemilik Softbank); dan

(iv) dibentangkan di Jemaah Menteri sebanyak tiga kali (mengikut ingatan saya) dan diluluskan oleh Jemaah Menteri.

Kementerian Ekonomi bukan kementerian pelaksana. Ia kementerian yang merancang dan tidak ada kuasa untuk mengendalikan perolehan atau kontrak sebegini.

Oleh itu, kerjasama dengan ARM ini sebenarnya adalah di bawah MITI dan ditandatangani oleh MIDA, sebuah agensi di bawah MITI.

Sebarang pembayaran diproses oleh MIDA dan ditapis/diluluskan oleh M*F.

Draf perjanjian telah disemak terlebih dahulu dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibawa dan diluluskan oleh Jemaah Menteri.

Tuduhan bahawa perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan terburu-buru adalah tidak masuk akal kerana Jemaah Menteri itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Mengiyakan tuduhan itu bermakna menuduh sama ada Perdana Menteri lalai dalam menjalankan tugas atau tidak faham mengenai industri semikonduktor sehingga boleh diperdaya oleh saya.

Malah, tuduhan itu seolah-olah mengatakan semua menteri yang terbabit (Tengku Zafrul dan Amir Hamzah), pegawai-pegawai kanan kerajaan, Peguam Negara dan keseluruhan Jemaah Menteri telah diperdaya oleh saya.

Lebih penting lagi, sehingga kini tidak ada satu bukti pun ditunjukkan bahawa ada berlaku kebocoran dana awam dalam tuduhan ini. Tidak ada bukti saya mengambil wang, tidak ada bukti wang masuk ke akaun saya, tidak ada apa-apa bukti kewangan.

Paling berbahaya, tuduhan ini menggambarkan bahawa ARM, iaitu salah satu syarikat cip semikonduktor yang menguasa lebih 90% pasaran cip peranti dunia telah merasuah saya tanpa ada sebarang bukti. Apabila berita ini mula dilaporkan di peringkat antarabangsa, imej Malaysia dan industri semikonduktor negara akan mendapat liputan negatif yang akan menjejaskan negara.

NETR: PROJEK TENAGA BOLEH BARU OLEH UEM LESTRA

Kementerian Ekonomi membangunkan dasar, iaitu Pelan Peralihan TenagaNegara (NETR). NETR tidak melibatkan dana awam untuk membina projek-projek. Ia bukan melibatkan perolehan dan Kementerian Ekonomi tidak mengendalikan perolehan, itu di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

Salah satu dasar penting di bawah NETR ialah membenarkan pihak swasta membangunkan projek tenaga boleh baharu untuk membekalkan terus tenaga hijau kepada industri tanpa melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ini mempercepatkan pelaburan di dalam projek-projek berskala besar. Hasil dari dasar ini, syarikat-syarikat besar mula melabur untuk membangunkan projek tenaga boleh baharu berskala besar. Salah satunya ialah UEM Lestra, anak syarikat UEM yang dimiliki Khazanah. Projek tersebut adalah inisiatif pihak swasta sepenuhnya dan tidak melibatkan keputusan Kementerian Ekonomi mahu pun keputusan kerajaan, apatah lagi sebarang bentuk perolehan kerajaan.

Maklumat yang diumumkan oleh UEM Lestra melalui kenyataan media yang dilaporkan The Edge (https://theedgemalaysia.com/node/741401) menyatakan:

(i) UEM Lestra akan melabur RM2.5 bilion untuk membangunkan projek tenaga boleh baharu dengan kapasiti puncak 750 MW di Segamat;

(ii) Projek itu diusahakan oleh sebuah syarikat usaha sama di antara UEM Lestra dan I-Squared Capital, sebuah firma USA yang melabur di dalam projek infrastruktur sedunia;

(iii) UEM Lestra telah berjaya memuktamadkan jualan tenaga boleh baharu itu dengan ESR Group Limited, sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong.

Sejak bila seorang menteri yang bertanggungjawab membangunkan dasar dituduh menyeleweng atas keputusan-keputusan yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta yang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi.

Apa-apa keputusan komersial yang dibuat oleh UEM Lestra, atau mana-mana syarikat swasta yang membangunkan projek tenaga boleh baharu selepas NETR dilancarkan, adalah keputusan swasta yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan; apatah lagi ia bukan perolehan awam.

Saya sedia maklum ada serangan terancang yang menggunakan pempengaruh untuk melontarkan tuduhan salah laku terhadap saya seperti di atas. Salah satunya ialah tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh seorang yang bernama Ariz bin Ramli (No KP: 86###X-XX-XX75) di bawah nama Caprice.

Beliau membuat kandungan yang menuduh saya menganugerahkan projek yang diusahakan oleh UEM Lestra itu kepada sebuah syarikat yang dikatakan saya berkepentingan, yang cuba memberi gambaran saya mengambil rasuah.

Fakta-fakta yang saya kongsi setakat ini jelas menunjukkan bahawa saya atau Kementerian Ekonomi tidak ada kuasa atau terbabit dalam apa-apa urusan komersialsyarikat swasta.

Saya akan terus bentangkan fakta-fakta yang lebih mendalam dalam minggu ini, terutamanya di dalam podcast YBM pada hari Jumaat, 20 Februari 2026.

Selepas fakta-fakta ini dibentangkan, saya memberi peluang kepada Caprice untuk menyiarkan fakta-fakta itu kepada pendengarnya dan dalam kandungan-kandungan beliau; seterusnya meminta maaf kepada saya kerana memfitnah.

Sekiranya beliau gagal berbuat demikian setelah diberi peluang, saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan saman terhadap beliau.

Serangan-serangan terhadap saya, terutamanya dengan tindakan SPRM yang secara tiba-tiba mahu menyiasat dasar-dasar kerajaan yang tidak ada unsur perolehan atau motif kewangan kepada saya, menunjukkan betapa bahayanya apabila seorang yang dituduh seperti Tan Sri Azam Baki meneruskan tugas dan memegang kuasa semasa beliau sedang disiasat.

Keadaan ini membuka ruang kepada risiko salah guna kuasa apabila SPRM dijadikan senjata untuk menyerang pihak-pihak yang mempersoalkan beliau, seperti mana siasatan-siasatan terhadap SC (2021) dan saya (2026) yang kebetulan berlaku apabila integriti beliau dipersoalkan.

Sebab itu, tindakan sewajarnya ialah menggantung tugas Tan Sri Azam Baki serta-merta, seperti yang sepatutnya dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari minggu lepas lagi.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

07/01/2026

https://vt.tiktok.com/ZS5xYDSjf/

Hebahan Jualan Rahmah Madani anjuran Yayasan Aman (Kedah) Siri ke 28

Kali ini pada Hari Sabtu (10/01/2026) mulai jam 9pagi hingga 12 tengahari di Perkarangan Masjid Kampung Kuala Sin, K17, Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau, 08010 Sungai Petani, Kedah

https://share.google/fMZ5PPtqpgojXAN1i

Kepada warga Sg Petani berdekatan, khususnya tinggal berdekatan di kawasan Bukit Selambau, Kampung Sungkup, Kampung Kuala Sin, Kg Batu Belachan, Kg Pokok Machang dan lainnya yg berdekatan, jangan terlepaih peluang utk dapatkan barangan keperluan asas harian Anda yg berkualiti dengan harga murah, disamping boleh periksa Tahap Kesihatan Anda dengan Percuma, mendaftar dengan NADI berdekatan serta beberapa pameran kecil yg lain, semuanya dibawa kpd Anda hasil Inisiatif Kerajaan Malaysia Madani.

Sila kongsi info ini kepada jiran tetangga Dan saudara mara Anda yg berdekatan...

Jumpak nanti kat Sana....


Kita sama2
Di negeri

Kita sama2 berbakti

Sekadar cdgn Penambahbaikan Penguatkuasaan Budi Ron95 untuk Tahun 2026.Mana2 Rakyat Malaysia yg melaporkan kpd KPDNKSH s...
03/01/2026

Sekadar cdgn Penambahbaikan Penguatkuasaan Budi Ron95 untuk Tahun 2026.

Mana2 Rakyat Malaysia yg melaporkan kpd KPDNKSH sebarang aktiviti penjualan Ron95 kpd kereta pendaftaran Luar Negara atau warga luar Negara, beserta bukti2 bergambar atau video, akan diberikan ganjaran secara tunai atau Kuota tambahan Ron95, dan stesen minyak yg menjual Ron95 kpd warga luar Negara ini akan didenda bersama jumlah ganjaran yg ditawarkan serta ditamatkan lesen operasi stesen minyak slps kesalahan yg sama diulang sebanyak 3x.

Cara aduan? Melalui Aplikasi Khas aduan online Budi95 yg diuruskendali oleh KPDNKSH

Mohon mencadangkan

31/12/2025

https://vt.tiktok.com/ZS5jVeYDX/

Part 4 sesi Podcast Kerusi Panas berkenaan Isu Titah Addendum Pengampunan DS Najib Razak serta hubungkaitnya dengan Penghakiman terkini kes Skandal 1MDB

"Apa Bezanya Kes Pengampunan Najib Razak Vs Anwar Ibrahim?"

Dijemput mendengaq sendiri untuk memahami dan berkongsi sekiranya bermanfaat.

Terimakasih daun keladi kepada team yg sudi jemput saya buat Kali ke 2 utk membincangkan isu di atas.

Posting asal ini diambil dari akaun Tiktok Nadi Rakyat di pautan
https://vt.tiktok.com/ZS5jUMJk6/, dan posting penuhnya di saluran YouTube Channel Kerusi PanasPodcast https://youtu.be/sgto6SnP-8s?si=9Bv9sBRCwmE3S_0P

Silalah Like, Comment and Share sekiranya bermanfaat...

31/12/2025

https://vt.tiktok.com/ZS5ju9hoY/

Part 3 sesi Podcast Kerusi Panas berkenaan Isu Titah Addendum Pengampunan DS Najib Razak serta hubungkaitnya dengan Penghakiman terkini kes Skandal 1MDB

"Kronologi Pengampunan DS Najib Razak & Konsep Raja Berperlembagaan Di Malaysia"

Dijemput mendengaq sendiri untuk memahami dan berkongsi sekiranya bermanfaat.

Terimakasih daun keladi kepada team yg sudi jemput saya buat Kali ke 2 utk membincangkan isu di atas.

Posting asal ini diambil di akaun Tiktok Nadi Rakyat di pautan
https://vt.tiktok.com/ZS5Yuk3hJ/, dan posting penuhnya di saluran YouTube Channel Kerusi PanasPodcast https://youtu.be/sgto6SnP-8s?si=9Bv9sBRCwmE3S_0P

Silalah Like, Comment and Share sekiranya bermanfaat...

Address

Sungai Petani

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saiful Izham posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share