Wanita IKRAM Kedah

Directions Website

Wanita IKRAM Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wanita IKRAM Kedah, Non-Governmental Organization (NGO), Sungai Petani.

๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—  ๐—”๐—น๐—ผ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—”๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—›๐—ฅ๐—ฅ๐—” ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ14 Oktober | Dewan Des...
17/10/2026

๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—  ๐—”๐—น๐—ผ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—”๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—›๐—ฅ๐—ฅ๐—” ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

14 Oktober | Dewan Desa KEDA Wang, Kodiang

Wanita IKRAM Alor Setar dan Kubang Pasu berkesempatan menghadiri program pembangunan komuniti di Dewan Desa KEDA Wang, Kodiang, atas jemputan Dr. Yusni Abd Rahman, Pengerusi SALWA Kedah.

Program anjuran Development of Human Resources for Rurals Areas (DHRRA) Malaysia ini memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan komuniti melalui sesi konsultasi dan advokasi, pemetaan isu setempat serta pendidikan literasi undang-undang dan hak wanita. Penduduk, khususnya wanita dan belia, didedahkan kepada cara mengenal pasti isu komuniti, menyuarakan keperluan serta mendapatkan saluran yang sewajarnya bagi menangani permasalahan setempat.

Slot Sembang Bersama Pakar disampaikan oleh Dr. Muhammad Hafiz bin Badrul Zaman dari Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok. Manakala perkongsian dapatan kejadian dikendalikan oleh Ustaz Dr. Muhammad Naim bin Abd Halim juga dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pertemuan ini turut membuka ruang untuk menjalin kerjasama dan menyelaraskan gerak kerja bersama bagi komuniti Desa KEDA Wang, Kodiang.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada komuniti yang lebih berdaya, berdikari dan sejahtera.

๐Ÿค” SUAMI WAJIB TUNAIKAN SEMUA KEHENDAK ISTERI?Isteri minta, suami wajib beri? Atau ada batas tertentu dalam tanggungjawab...
16/10/2026

๐Ÿค” SUAMI WAJIB TUNAIKAN SEMUA KEHENDAK ISTERI?

Isteri minta, suami wajib beri? Atau ada batas tertentu dalam tanggungjawab nafkah seorang suami?

๐Ÿ’ญ Di mana garis pemisah antara keperluan dan kehendak dalam rumah tangga? Adakah sesuatu yang diinginkan isteri itu secara automatik menjadi kewajipan suami?

Jangan terus membuat kesimpulan! ๐Ÿ‘€

๐ŸŽฅ Jom tonton penjelasan Pak Utih sampai habis untuk memahami dengan lebih jelas tentang batas nafkah dan tanggungjawab suami dalam rumah tangga.

Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang selama ini.

๐ŸŒท Mohon Like, Comment & Share




๐ŸŒท ๐’๐ž๐ง๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐จ๐ฅ๐š๐ค ๐ˆ๐๐ž๐š ๐€๐ง๐š๐ค ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐๐š๐ฆ๐ค๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ข๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐ขTidak semua idea anak perlu dipersetujui. Namun, cara kita menola...
15/10/2026

๐ŸŒท ๐’๐ž๐ง๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐จ๐ฅ๐š๐ค ๐ˆ๐๐ž๐š ๐€๐ง๐š๐ค ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐๐š๐ฆ๐ค๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ข๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐ข

Tidak semua idea anak perlu dipersetujui. Namun, cara kita menolak boleh mempengaruhi keyakinan diri dan keberanian mereka untuk mencuba.

๐ŸŒฑ Hargai usaha, dengar pandangan dan bimbing mereka dengan hikmah.

Kerana mendidik bukan sekadar memberi arahan, tetapi membina insan yang yakin, matang dan berdaya tahan. โค๏ธ

๐ŸŒท ๐Œ๐จ๐ก๐จ๐ง ๐‹๐ข๐ค๐ž, ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ & ๐’๐ก๐š๐ซ๐ž.


14/10/2026

๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—š๐—˜๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—ฃ๐—›๐—”, ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—ฆ ๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐—จ๐—ฃ๐—š๐—ฅ๐—”๐——๐—˜!

Zaman kita membesar dulu tak sama dengan zaman anak-anak kita hari ini.

Anak-anak makin bijak, dunia makin mencabar. Jadi, bagaimana kita nak membimbing mereka menjadi insan yang berakhlak, berdaya tahan dan berjaya?

๐Ÿ’ก Jom sertai ๐—ฆ๐—จ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ: ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ฃ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—œ๐—•๐—จ๐—•๐—”๐—ฃ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—”๐—Ÿ๐—ฃ๐—›๐—”!

๐ŸŽค Bersama Puan Jamilah Samian & Encik Ahmad Fakhri Hamzah, Perunding Profesional dalam Keibubapaan.

๐Ÿ“… 30 Oktober 2026 (Jumaat)
โฐ 2.30 โ€“ 6.30 petang
๐Ÿ“ Pejabat IKRAM Alor Setar
https://maps.app.goo.gl/iJLnFNXtLNFZsxR67?g_st=ac

โค๏ธ ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ-๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ฏ๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ฎ. ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ฏ๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ.

๐Ÿ“ฉ Penyertaan Percuma! Jom daftar sekarang !https://forms.gle/h4c6suZGPZt45sGP8

๐—ช๐—›๐—˜๐—ฅ๐—˜ ๐——๐—œ๐—— ๐—ช๐—˜ ๐—•๐—˜๐—š๐—œ๐—ก?๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต, ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต3 Oktober 2026 | SabtuAlhamdulillah, selesai sudah Daurah IKRAM Alo...
14/10/2026

๐—ช๐—›๐—˜๐—ฅ๐—˜ ๐——๐—œ๐—— ๐—ช๐—˜ ๐—•๐—˜๐—š๐—œ๐—ก?
๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต, ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต

3 Oktober 2026 | Sabtu

Alhamdulillah, selesai sudah Daurah IKRAM Alor Setar yang berlangsung di Pejabat IKRAM Alor Setar dengan lancar dan penuh makna.

Bermula dengan menelusuri permulaan perjalanan melalui sirah Rasulullah SAW, kemudian memahami hijrah dan perubahan zaman, sebelum melihat cabaran dakwah dalam dunia moden yang begitu dinamik dan sarat dengan teknologi.

Sesungguhnya perjalanan hidup kita juga tidak terpisah daripada sirah Baginda SAW. Kita menerima Islam sebagai satu amanah yang diwariskan daripada Rasulullah SAW. Maka, amanah itu bukan sekadar untuk kita pelihara dalam diri, tetapi juga untuk disampaikan dengan hikmah kepada manusia.

Zaman berubah, cara perjuangan juga berubah. Namun matlamatnya tetap sama iaitu memelihara iman, menyuburkan kebaikan dan membawa manusia mengenal serta mencintai Islam. Perjuangan perlu diteruskan dengan pendekatan yang sesuai dengan zaman, kebijaksanaan dan kemampuan yang ada.

Lebih indah, segala pengisian dilalui bersama dalam ukhuwah yang erat, suasana yang ceria dan semangat kebersamaan. Ada ilmu yang dikongsi, ada refleksi yang direnungi, ada aktiviti yang mengeratkan hubungan.

Semoga apa yang dipelajari bukan sekadar menjadi catatan di fikiran, tetapi menjadi bekalan untuk kita terus melangkah sebagai hamba Allah yang istiqamah membawa amanah Islam, dalam apa jua keadaan dan di mana sahaja kita berada.

Semoga Allah terus memimpin langkah kita dalam perjalanan ini.

๐Ÿ’š SINGGAH SANTUNI ASNAF | WANITA IKRAM SPSesekali, kehadiran kita mungkin tidak mampu menyelesaikan segalanya, tetapi se...
14/10/2026

๐Ÿ’š SINGGAH SANTUNI ASNAF | WANITA IKRAM SP

Sesekali, kehadiran kita mungkin tidak mampu menyelesaikan segalanya, tetapi semoga dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung.

Alhamdulillah, pada 7 Oktober 2026 (Rabu), Wanita IKRAM SP berkesempatan ziarah & menyantuni beberapa keluarga di Kg Masjid, Tikam Batu & Pokok Asam.

Seramai 5 orang ahli Wanita IKRAM, termasuk 4 orang AJK, bersama-sama dalam kunjungan ini. Antara yang disantuni ialah seorang bekas guru SRAI yang anak bongsunya menjadi satu-satunya anak dalam keluarga yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Sumbangan turut diberikan kepada dua orang bekas peserta IMPAK. Seorang daripadanya mempunyai anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej MARA, manakala seorang lagi sedang menggalas tanggungjawab menjaga ibu mertua dan ayah yang kurang sihat dikala mata sendiri tidak dapat melihat.

Alhamdulillah, pertemuan ini turut membuka ruang kepada ukhuwah yang lebih erat apabila kedua-dua bekas peserta IMPAK bersetuju untuk menyertai IKRAM.

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan mengurniakan kebaikan buat semua. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’š
Moga yang sedikit ini membawa makna, yang dihulurkan menjadi asbab kebaikan, dan setiap pertemuan meninggalkan kesan yang baik di hati.



๐ŸŽฅ Ikuti juga aktiviti & perkongsian terkini melalui Tiktok Wanita IKRAM Kedah : https://vt.tiktok.com/ZSg13bMoq/

Bila suami isteri sama-sama bekerja, adakah pembahagian tanggungjawab dalam rumah tangga juga perlu sama?Jom dengarkan p...
10/10/2026

Bila suami isteri sama-sama bekerja, adakah pembahagian tanggungjawab dalam rumah tangga juga perlu sama?

Jom dengarkan penjelasan pakar. ๐Ÿ‘€
https://vt.tiktok.com/ZSb72auUb/



10/10/2026
10/10/2026

๐ŸŒฟ HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2026 - 10 OKTOBER 2026
โ€œPengalaman Hidup Didengari: Suara Sebenar, Perubahan Sebenar.โ€

Setiap insan melalui perjalanan hidup yang berbeza. Ada kisah yang mudah diceritakan, ada juga yang tersimpan jauh di dalam hati.

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026, marilah kita bersama-sama membina ruang yang selamat untuk mendengar, memahami dan menghargai pengalaman hidup setiap insan, khususnya mereka yang mungkin sedang berdepan cabaran kesihatan mental.

Kadangkala, satu pendengaran yang ikhlas mampu menjadi titik mula kepada perubahan. ๐Ÿค
Ayuh kita:
๐ŸŒฑ Berani bersuara dan berkongsi pengalaman.
๐ŸŒฑ Sedia mendengar tanpa menghakimi.
๐ŸŒฑ Saling menyokong dalam menghadapi cabaran.
๐ŸŒฑ Bersama membina masyarakat yang lebih prihatin dan cakna terhadap kesihatan mental.
๐ŸŒฑBerani dapatkan bantuan untuk kualiti hidup yang lebih baik.

Kerana setiap suara penting, setiap pengalaman berharga, dan setiap insan berhak untuk didengari.

Ada perkara yang kita ingin luahkan, tetapi jarang kita ucapkan kepada anak-anak.IMPAK kali ini ibu bapa diberi ruang un...
04/10/2026

Ada perkara yang kita ingin luahkan, tetapi jarang kita ucapkan kepada anak-anak.

IMPAK kali ini ibu bapa diberi ruang untuk menyampaikan satu pesanan dalam Surat Cinta Untuk Anak.

Address

Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita IKRAM Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share