10/03/2026
青年住家前遭连砍毙命 警捕2男1女助查
【大年治安队-PPKSSP】
(双溪大年10-03-2026)双溪大年肯巴斯花园(Taman Kempas)今日,凌晨发生命案,一名20余岁男子在住家前遭人多次砍伤,当场毙命;警方迅速逮捕2名男子及1名女子助查,死者的妹妹也在事故中被砍伤手。
瓜拉姆拉县警区主任汉严指出,案件于今日凌晨约12时至2时之间发生,死者在住家前遭人以利器多次砍伤,因伤势严重,当场死亡。
他说,警方随后展开行动,逮捕3名印裔嫌犯,即1名成年男子、1名未成年男子及1名未成年女子,目前已被带返警局协助调查。
他指出,案中另有一名未成年女伤者手部严重受伤,几乎被砍断,目前已送院接受治疗。
汉严说,男嫌犯居住在同一地区,而案件动机仍在调查中,初步相信并非因醉酒引发,警方也在现场找到一些武器。
警方援引刑事法典302条文(谋杀)和第326条文(持危险武器严重致伤他人)展开调查,3名嫌犯也将在今早被带往法庭申请延扣。
新闻来自 : 中国报
*Lelaki maut ditetak manakala tangan adik perempuan hampir putus*
(Sungai Petani 10-03-2026) Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan manakala tangan adik perempuannya hampir putus dalam kejadian di hadapan rumah mereka di Taman Kempas, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 2 pagi tadi.
Beliau berkata, mangsa berusia 20-an ditemui berlumuran darah dan dipercayai mati di tempat kejadian.
"Mangsa dipercayai ditetak berulang kali sebelum meninggal dunia menggunakan senjata tajam.
"Kita turut menemui beberapa senjata dan dirampas untuk siasatan lanjut, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hanyan berkata, setakat ini pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian itu berlaku.
Beliau berkata, adik perempuan mangsa yang ada di tempat kejadian turut cedera dan kini dirawat di wad kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
"Setakat ini motif serangan masih dalam siasatan namun kejadian itu bukan disebabkan mabuk.
"Setakat ini kita masih siasat hubungan mangsa dengan penyerang. Suspek juga dikatakan tinggal di kawasan perumahan sama dengan mangsa.
"Susulan itu, polis menahan tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita untuk membantu siasatan," katanya.
Hanyan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapat permohonan reman bagi membolehkan siasatan dilakukan.
"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik HSAH untuk tindakan lanjut, " katanya
Disiarkan pada: Mac 10, 2026 @ 9:18am